Showing posts with label engineering. Show all posts
Showing posts with label engineering. Show all posts

Mar 3, 2010

Proton Hybrid: EMAS

Ini adalah follow up untuk entri Proton Hybrid.

Seperti yang telah ditulis dalam entri yang lalu, baru-baru ini di Geneva, model terbaru Proton yang diberi nama EMAS atau Eco Mobility Advance Solution telah dilancarkan. EMAS memberi maksud GOLD (dalam bahasa inggeris). Sesuatu yang berharga. Sinonim dengan namanya, sempena projek kenderaan mesra alam dan menyambut ulangtahun ke-25 Proton. Model EMAS ini akan menjadi satu projek global.

Projek Proton Hybrid ini adalah usaha sama Proton dengan perekabentuk (designer) automotif yang terkenal Italdesign Giugiaro. Quote from Italdesign chairman, Fabrizio Giugiaro during the launch at Geneva Concept Car show, from The Star:

“This is a car for today, with a design for tomorrow,”
“We don’t want to call it a concept car, rather, this is a new concept for a car.”

Tun Dr Mahathir (penasihat Proton) melancarkan Proton EMAS di Geneva. Dijangkakan EMAS akan siap untuk ke production dalam tempoh 17 hingga 24 bulan lagi, walaupun TDM berharap agar EMAS masuk production dalam tempoh setahun.

Beberapa jurutera tempatan Proton dikatakan bekerjasama dengan Lotus dan Italdesign dalam development EMAS.

Quote from what TDM said in his blog:

"It may be remembered that one of the objectives of going into the automotive industry was to develop Malaysia's engineering capability. Seeing all these Malaysians in the development of sophisticated automotive designing and engineering work seems to indicate that we have largely acquired engineering design, development and production to put us on the road to becoming a developed country."

Interesting facts:

  • Italdesign akan redesign Persona untuk projek Proton seterusnya. Persona will be develop as a C-segment sedan untuk market Eropah dan Amerika Utara.
  • Enjin blok EMAS hanya mempunyai berat 56kg.
  • Enjin EMAS bukan pemacu roda seperti kenderaan petrol konvesional, sebaliknya hanya menjana tenaga untuk caj bateri.
  • Roda akan dipacu oleh motor elektrik, continuous 45kW dan maksima 75kW.

Info lanjut:
Review teknikal oleh Paul Tan
Gambar-gambar di Geneva

Sumber: The Star, Paultan.org, Che Det

Feb 13, 2010

Proton Hybrid

Aku pun selalu follow cerita Proton.

Semalam Autocarbe keluarkan satu story pasal Proton hybrid concept car. Daripada info di web itu, projek kereta hybrid ini adalah usaha-sama Proton dan designer kenderaan terkemuka dari Itali iaitu Italdesign. Kenderaan ini bakal diperkenalkan pada Geneva Autoshow March ini dan dijangka dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir di Geneva.


Proton Hybrid.

Nampaknya sekali lagi Proton berkerjasama dengan top player automobile. Italdesign ini bukan calang-calang nama dalam dunia automobil. Top designer Italdesign, Giorgetto Giugiaro pernah menang Car Designer of the Century pada 1999. Italdesign pernah bekerjasama dengan Proton semasa projek Persona dulu. Detail untuk development enjin, transmisi dan lain-lain masih lagi tiada info. Aku pasti Proton akan berusaha untuk develop R&D untuk match automotive design yang leleh air liur dari Italdesign ni. Takkan body je cantik tapi tak reliable kan?

Sumber: Autocarbe.com

Sep 27, 2009

Celcom: Recovery From Downtime

"Den tak bersalah." John Terry menjawab soalan pasal
tragedi Celcom dan juga tragedi Chelsea. Ha ha ha.

Celcom mengalami outage/downtime selama hampir 24 jam. Disebabkan takde network, aku suspek beberapa orang tak dapat contact aku untuk direction ke rumah aku, dan dapatlah aku tidur nyenyak di siang hari sampai la Apis dapat jumpa rumah aku. Ha ha. Mari cerita pasal Celcom time-time raya ni.

Celcom's Capability
Celcom mempunyai beberapa MVNO yang berkongsi trafik yang sama (RedTone, U Mobile, Tune Talk, etc). Dan paling pelik CEO Celcom declare outage disebabkan pertambahan trafik sehingga 5 kali ganda. Sepatutnya dengan beban trafik dan MVNO yang sedia ada, team teknikal Celcom boleh predict keadaan pada musim perayaan.

Kebiasaannya satu nod cukup untuk menampung trafik harian, dan pertambahan trafik hanya ada backup satu nod? Jadi adakah Celcom, sebagai Service Provider of the year 2009, sedar capability mereka. Mampu ke menanggung pelanggan Celcom dan MVNO? Sejauh mana Celcom sanggup invest untuk memperbaiki aliran trafik komunikasi mereka?

Dalam telekomunikasi GSM, kesan avalanche disebabkan oleh limit spektrum dan frekuensi bukan baru semalam wujud. Masalah ini juga berlaku kat China yang mana pertambahan pengguna handphone yang mendadak, dengan China yang memang ada rakyat jelata yang ramai.


Celcom's Recovery.
Setiap kali downtime, yang paling penting ialah recovery. Time is money. Every second counts. Recovery dalam perkataan yang geek/nerd macam aku guna ialah MTTR atau MeanTime To Repair.

Orang takkan complaint unless downtime berjam-jam lama. Kalau setakat 15-20 minit kita takkan complaint sebab kita semua sedar Celcom memang tak efisyen. Ha ha.

Downtime ialah kehilangan fungsi peralatan atau mesin atau servis. Downtime juga bermaksud loss cost. Dalam kes Celcom (service provider) loss kepada syarikat dan juga pelanggan. Kalau dalam manufacturing industry, every minute of downtime will cost thousands of ringgit dan industri oil and gas, melibatkan jutaan ringgit. Rugi kan? Kalau dalam healthcare, downtime akan melibatkan nyawa.

World class team manage to handle MTTR in less than 8 minutes. Ini sekaligus melayakkan Celcom jatuh ke peringkat MSSM atau MSSD sahaja. Kalau team tu kerja dengan aku, selayaknya mereka kena maki dan ayat standard yang aku bagi ialah "baik kau kerja kat kilang kicap".

Masalah human resource management sepatutnya bukan isu untuk syarikat HEBAT macam Celcom. From top to bottom mesti tersusun. Aku masih ingat lagi sensei aku cakap pasal improvement in working area or kaizen. Before any implementation of kaizen, the Kaikaku must take place first. Kaikaku is the top management improvement or top overhaul.

Kalau lah komen yang aku baca kat sini betul, amatlah menyedihkan sebab team technical adalah core atau tulang belakang kepada syarikat telekomunikasi. Adakah Celcom sedar siapa yang tentukan QOS sebenarnya?

Sepatutnya team technical mesti world class. Barulah dapat service world class. Cutting cost kat team teknikal then hired newbies to take over? Watdehel?

Ini belum lagi masuk cerita method of troubleshooting and how lean the system is. Takde FMEA ke?

Kalau betul limitation dalam team ialah human resource skills, then dalam menuju ke arah wold class, sila ambil 3 perkara basic ini sebelum ke perkara yang lebih kompleks.

(1) Improve service procedure
(2) Improve testing procedure
(3) Improve skills of staff