May 18, 2010

Paip dan Artis

Aku tengah browse katalog-katalog lama peninggalan sejarah dan artifak daripada staf-staf yang dulu. Nak buang je mana yang patut.

Dalam banyak-banyak katalog tu ada satu katalog paip pvc yang ada muka yang aku familiar.

Kalau sekarang artis sibuk nak jadi model jakel, jackass, gulati dan ntah apabende punya kedai kain lagi. Ni baru real, jadi model paip pvc. Hot tak?

Aku bagi sikit preview.

"why so light?"
Dinasihatkan korang jangan salah gunakan frasa ini.


Betapa ilmiahnya artis 80-an, selain berlakon boleh pulak pasang fitting paip dan valve dengan selambanya.

Mamat tu siap pakai safety helmet dan safety boots.
Minah, selamba pakai seluar pendek dan kasut sport.

Mar 30, 2010

It's a wrap.

Bulan ni berterabur kerja di luar dan di dalam ofis. Bersepah sana-sini. Sampai masa dapat jugak aku wrap up segala benda. Next week adalah chapter baru.

Mar 3, 2010

Proton Hybrid: EMAS

Ini adalah follow up untuk entri Proton Hybrid.

Seperti yang telah ditulis dalam entri yang lalu, baru-baru ini di Geneva, model terbaru Proton yang diberi nama EMAS atau Eco Mobility Advance Solution telah dilancarkan. EMAS memberi maksud GOLD (dalam bahasa inggeris). Sesuatu yang berharga. Sinonim dengan namanya, sempena projek kenderaan mesra alam dan menyambut ulangtahun ke-25 Proton. Model EMAS ini akan menjadi satu projek global.

Projek Proton Hybrid ini adalah usaha sama Proton dengan perekabentuk (designer) automotif yang terkenal Italdesign Giugiaro. Quote from Italdesign chairman, Fabrizio Giugiaro during the launch at Geneva Concept Car show, from The Star:

“This is a car for today, with a design for tomorrow,”
“We don’t want to call it a concept car, rather, this is a new concept for a car.”

Tun Dr Mahathir (penasihat Proton) melancarkan Proton EMAS di Geneva. Dijangkakan EMAS akan siap untuk ke production dalam tempoh 17 hingga 24 bulan lagi, walaupun TDM berharap agar EMAS masuk production dalam tempoh setahun.

Beberapa jurutera tempatan Proton dikatakan bekerjasama dengan Lotus dan Italdesign dalam development EMAS.

Quote from what TDM said in his blog:

"It may be remembered that one of the objectives of going into the automotive industry was to develop Malaysia's engineering capability. Seeing all these Malaysians in the development of sophisticated automotive designing and engineering work seems to indicate that we have largely acquired engineering design, development and production to put us on the road to becoming a developed country."

Interesting facts:

  • Italdesign akan redesign Persona untuk projek Proton seterusnya. Persona will be develop as a C-segment sedan untuk market Eropah dan Amerika Utara.
  • Enjin blok EMAS hanya mempunyai berat 56kg.
  • Enjin EMAS bukan pemacu roda seperti kenderaan petrol konvesional, sebaliknya hanya menjana tenaga untuk caj bateri.
  • Roda akan dipacu oleh motor elektrik, continuous 45kW dan maksima 75kW.

Info lanjut:
Review teknikal oleh Paul Tan
Gambar-gambar di Geneva

Sumber: The Star, Paultan.org, Che Det

Feb 27, 2010

MLM Jual Parang Yang Gagal

Aku dapat satu chain email. Dalam email tu ada petikan dari blog ni pasal MLM scam. Pusing-pusing sampai kat aku balik.

Ada seorang mamat yang dalam link email tu nak asah parang sebab content entri tu. Aku syak mesti budak MLM.

Aku gelak sambil sebut L...O....L.

Kalau kita betul, apa yang nak takut atau marah? Kalau kita ada facts and figure, buat apa nak asah parang?

Jangan jadi macam budak-budak punya emosi. Dapat gegula terus diam. Kalau tak dapat, nak merentan hentak kaki. Hahaha. Fail straight set.

Feb 24, 2010

Graphical Explanation - Crisis of credit

Graphical explanation about sub prime crisis in US that effected the whole world. Seriyes cool punya explanation and easy to understand. 'Credit' to crisisofcredit.com.