Aku tak tahu macam mana syarikat pemungut sampah urus cuti pekerja dan operasi mereka. Apa syarikat shutdown sampai satu minggu ke?
Dah 3 tahun aku tengok setiap kali cuti raya dan tahun baru cina (cuti panjang) sampah tak angkat sampai satu minggu. Tahun ni adalah kemuncak kebodohan syarikat yang uruskan sisa pepejal ni. Hari Sabtu 27 Ogos diorang datang angkat sampah. Hari Ahad 28 Ogos datang lagi. Kalau hari Sabtu dah clear buat apa nak datang lagi the next day? Bangang. Lagipun schedule angkat sampah kat area rumah aku hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Itupun tak pernah meet schedule.
Kat area aku sisa pepejal diuruskan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd.
Dan setiap kali cuti panjang juga aku nampak reputasi SWM ni kat celah-celah sampah yang bertimbun tu. Kadang-kadang ada sekali ADUN dan ahli parlimen kat celah-celah tu.