Showing posts with label local but special. Show all posts
Showing posts with label local but special. Show all posts

Sep 20, 2011

Sampah Fest part 2

Follow up to Sampah Fest entry.

So tahap kemuncak kesabaran aku dah makin menipis (walaupun sediakala tipis). Kedatangan lori sampah memang dinanti macam Khairil Johari Johar tunggu awek baju kurung biru. But what in the name of pubic hair punya kerja ni? Tong sampah ditinggal kat tengah jalan. Lepas tu penutup sampah dibiar bersepah-sepah.

Aku dah berapa kali nampak tong sampah melayang kena langgar kereta, penutup tong sampah dilenyek. Cuba bayangkan betapa bahaya kalau kenderaan cuba elak tong sampah/penutup di kawsan perumahan yang ramai budak-budak jalan kaki pergi sekolah etc.?

Aku dah beli tong sampah beberapa kali sebab penutup tong sampah aku selalu hilang lepas lori SWM lalu. Adakah penutup tong sampah aku dianggap sisa pepejal wahai SWM? Tong sampah kalau takde penutup ibarat time bomb. Anjing, kucing, tikus, lalat, lipas, nyamuk semua boleh check in. Tambah lagi kalau hari hujan. Oh disaster kalau tong sampah penuh dengan air. Maggot, faggot, ADUN, even ahli parlimen pun boleh infested dalam tu.

So long story short, aku hantar email kat brader ni. Sunday, early morning at about 4.00 am. Dia reply as early as 8.05 am Monday (oklah aku puji sikit) dan pada pukul 9 pagi hari yang sama, 2 orang pemotong rumput tengah sabit rumput depan rumah aku. Inilah untungnya kalau pilihanraya menjelang tiba. Tapi sampai bila? Nak kena hantar email tiap-tiap bulan ke?


YB Chia Song Cheng
Adun Pengkalan Rinting
email: n46songcheng@yahoo.com.my
Blog:Tiada
Hobi: Tiada, tapi tak suka bolasepak

Knee jerk reaction hasil dari email aku memang dah expected. Terutama kalau pilihanraya dah dekat ni. Semua ADUN , ahli parlimen punyai refleks macam Iker Casillas. Tunggu lah 2-3 bulan lepas pilihanraya. Nak reply pun lembab.

Dulu aku ada complaint kat MPJBT pasal tahap kerja kontraktor, tapi reply ADMIN MPJBT macam menteri kat Buletin Utama, kami akan PANTAU. Kalau setakat pantau takde follow up action, buat apa?

Content email aku...

  • tahap kualiti pengangkutan sampah yang macam SAMPAH oleh kontraktor tunggal, SWM.
  • kerja pemotongan rumput (ni pun under PBT punya responsibility. Tak tahu ke?).
  • kerja pembersihan longkang (ni pun under PBT, pun tak tahu ke?).
  • YB, kenapa I tak pernah kenal you sebelum ni.
  • YB, I can tell that you are overpaid.
  • MPJBT tak buat kerja, kalau buat pun tak efisien. Melepas batuk di tangga.
  • YB, busy ke rasmi rumah berhala?
Sori la, aku memang zero tolerance dengan orang tak reti buat kerja. Tak amanah. Fuck em.

Info: Bermula 1 September, 3 syarikat iaitu Alam Flora, E-Idaman, SWM dibayar antara RM500 juta hingga RM600 juta untuk perkhidmatan menguruskan sisa pepejal di Malaysia kecuali Selangor, Perak dan Penang. Ini berikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan 'under pay' kontraktor berkenaan. Jadi dengan subsidi oleh kerajaan pusat ini, kita patutnya jangkakan servis yang jauh lebih baik daripada sekarang ni. Sumber.

Sep 5, 2011

Sampah Fest

Aku tak tahu macam mana syarikat pemungut sampah urus cuti pekerja dan operasi mereka. Apa syarikat shutdown sampai satu minggu ke?

Dah 3 tahun aku tengok setiap kali cuti raya dan tahun baru cina (cuti panjang) sampah tak angkat sampai satu minggu. Tahun ni adalah kemuncak kebodohan syarikat yang uruskan sisa pepejal ni. Hari Sabtu 27 Ogos diorang datang angkat sampah. Hari Ahad 28 Ogos datang lagi. Kalau hari Sabtu dah clear buat apa nak datang lagi the next day? Bangang. Lagipun schedule angkat sampah kat area rumah aku hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Itupun tak pernah meet schedule.

Kat area aku sisa pepejal diuruskan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd.

Dan setiap kali cuti panjang juga aku nampak reputasi SWM ni kat celah-celah sampah yang bertimbun tu. Kadang-kadang ada sekali ADUN dan ahli parlimen kat celah-celah tu.