Nampaknya perniagaan membuka studio jamming tak dapat menjamin masa depan yang gemilang atau mungkin kesilapan strategi marketing yang menyebabkan diorang lingkup. Lahanat betul. Studio besar-besar kat BBU semua dah tak buka lagi.
"Ni surat bersepah kat depan kedai, macam dah lama tak bukak," Alanzed bersuara macam Grissom.
Aku, Alanzed dan wak terus bergerak ke Taman U.
Nampaknya setelah semua student kena duduk kolej, Taman U rasa macam dah setengah mati. Kebanyakkan tempat makan kosong dan layu. Apa yang aku faham, pihak universiti nak menangani masalah sosial di kalangan student yang duduk luar kolej. Dulu bersepah student duduk kat rumah sewa, sekarang semua kena paksa duduk dalam kolej. Tokeh-tokeh kedai makan gigit jari jela. Berkorban sikit demi anak bangsa.
Studio pertama yang kitorang sampai ialah Fly Studio, nampaknya tokeh masih sama. Dia tersengih tengok kitorang. Dulu kitorang regular kat sini. Cekal betul brader ni berniaga. Rasanya dia buka studio ni tahun 2002. Aku perhatikan dressing dia pun maintain sama je. Baju collar neck putih dengan seluar khakis. Mungkin juga itu je baju yang dia ada. Berjimat demi nak maintain studio. Nampaknya studio fully booked sampai subuh. Info dari brader tu studio lain kat Taman U dah lingkup. Aiseh. Budak-budak sekarang ni tak Metallica langsung. Dulu ada 3 studio pun berebut. Sekarang tinggal satu je.
Kitorang buat satu round kat tempat-tempat studio lain. Memang betul. Semua dah lingkup. Ada satu studio tu, S.O.D. ke apakebende namanya dah jadi tempat rumah urut. Aku pun call abang aku tanya kat mana studio lain yang ada. Cruz Studio Sri Skudai. Banyak-banyak tempat aku tak sangka kat Sri Skudai ada studio.
"Ada satu studio kat Sri Skudai? Perghh, dulu masa student Sri Skudai port mat jiwang berdating makan nasi lemak dengan awek," selamba aku berkata-kata sesekali jeling kat Alanzed. Dia diam je. Mungkin tengah fokus bawak kereta. Tak tau la kalau dia terasa.
Malam tu memang rasa umur dah lanjut. Main 2-3 lagu berhenti sampai 10 minit. Hahaha. Tua. Penat disebabkan main 3 piece je. Sorang lagi cancel last minute sebab













