Ada yang bergayut berjam-jam sampai berpeluh cuping telinga. SMS sampai lebam jari. Senyum sorang-sorang macam sakit mental. Tenung handphone macam nak telan, menunggu bunyi dering. Tengok handphone selang 10 saat takut kalau-kalau takde coverage atau tetiba handphone off sendiri.
Ada yang hari ni bergaduh beriya-iya sampai nangis mata lebam, tapi esoknya selamba aku tengok keluar dating macam semalam baru kenal. Aku tak mahu huraikan kisah relationship yang clash dan recover dalam masa kurang 24 jam. Itu cerita kontroversi. Ada yang gaduh baling kunci, baling kasut, baling kuih raya, tumbuk dinding, tumbuk cermin. Macam cilake je bunyinya. Apatah lagi kisah sedih kena dump kat LRT. Lagi la bahlul.
Orang selalu cakap kita jadi bebal bila bercinta sebab cinta itu buta dan membutakan. Kalau betul cinta itu buta, barangkali ungkapan itu lebih sesuai untuk wife aku. Hahaha. Betul. Aku selalu tahu yang my lovely wife is the one. She's the best. Yang menjadi misteri kenapa agaknya wife aku terima lamaran aku. Sebagai manusia yang serba kekurangan aku bersyukur ada orang yang nak kahwin dengan aku. When basically 86.21% of my ex-gf said that I treat them like thrash, layan diorang macam tugu, ignore them for weeks, bla bla bla. Hahaha. Ini true story. Well, nobody is perfect.
Sejak kebelakangan ni barulah aku sedar sedikit sebanyak macam mana perasaannya jadi fools in love. Diherdik, dikutuk, dikeji, disindir, tapi kalau dah sayang perasaan kita tetap tak berubah. Kita lihat kualiti yang orang lain tak dapat lihat. Macam kena jampi serapah bomoh mak piah. Relak dulu beb, jangan salah sangka. Aku bukannya ada affair atau ada girlfriend baru. Malah aku antara orang yang menyokong gagasan 1Malaysia, 1Bini.
Aku malas nak taip panjang-panjang lagi. Liverfool ke, team lauk ke, kipas susah mati ke, team asam pedas ke, team bola pantai ke, aku tak kisah. Nah, terimalah hakikatnya...puas aku ketawa sambil taip. Hahaha.
LIVERPOOL (2 )- MANCHESTER UTD (0)















