Aug 12, 2010

SAJ awal sehari

Mei, Jun, Julai, Ogos. Tahniah.

Banyak insiden ajaib yang aku nak share. Wa tade masa nak blog sebab wa baru pindah kerja baru.


SAJ dan klinik.

Hari Isnin, 26 Julai aku dapat notis gangguan bekalan air. Dalam notis ada tulis, tiada bekalan air dari pukul 10 pagi sampai 6 petang sebab-sebab kerja pipe scouring. Lebih kurang 8 jam. Tarikhnya Khamis, 29 Julai 2010. Scouring pipe satu kerja pembersihan paip. Kalau tak payah putuskan bekalan pun boleh. Aku baca lagi, 21 cabang jalan yang terlibat, termasuk 2 buah sekolah dan sebuah tadika.

Pukul 9 pagi, Rabu 28 Julai 2010 aku detect takde air kat rumah. Tanya jiran sebelah-menyebelah takde air jugak. Sah aku kene tipu dengan SAJ. Notis gangguan air 29 hb tapi buat kerja 28hb. Ajaib. Jiran depan rumah aku lagi sedih, anak dah la ramai yang sekolah lagi, tangki air sure tak cukup. Dia keluar rumah sambil bawak notis tunjuk kat aku. Tengok gaya dia dah macam kene scam dengan MLM.

Aku pun telefon SAJ punya hotline, pegawai yang jawab memang berhemah tinggi siap boleh batuk-batuk pulak masa cakap kat telefon. Katanya ada hantar 2 notis pasal kerja pengalihan paip pada 28 Julai dan 29 Julai. Mungkin ada yang tak dapat notis tu, kata pegawai tu la. Makcik yang hujung jalan pun aku tanya tak dapat notis, lagi mahu rekacipta cerita sudah bagi notis. Lagi satu, apesal pulak nak hantar notis berasingan.

Dah puas brader telefonis tu mintak maaf dan berjanji nak improve, aku tanya la bila kerja siap. Pukul 10 malam. Total kerja 12 jam beb.

Satu trend kompeni kat Malaysia ni, officer yang jawab customer service selalu tak proaktif. Dah tau buat silap, tapi takde counter measure mahu hantar lori tangki air ke, kasi kurang sikit orang punya susah. Paling-paling pun ayat standard "mintak maaf, kami perlu improve".

Aku pun malas mahu bising-bising pasal aku demam, dah siap-siap nak keluar pergi klinik.

Rupa-rupanya rage aku disimpan untuk nurse kat klinik.

Sampai kat klinik yang ada berpuluh cawangan kat Johor ni, nurse hulur form untuk update personal details. Masa aku hulur form tu, akak nurse tu tanya-tanya peramah semacam sambil senyum-senyum.

Masa masuk bilik check up je, demam aku sikit reda bila nampak doktor tu punya stail rambut macam Dr Rozmy. Jangan salahkan aku, omputeh kata laughter is the best medicine. Aku ketawa dalam hati je memandangkan keadaan aku yang agak vulnerable masa tu. Kang tak memasal aku kene inject dengan ubat yang bukan-bukan.

Selesai je check up, masa aku amik ubat, nurse tadi bagi tiga plastik ubat macam aku diagnose ada kanser. Walhal aku demam je. Tengok bil nak dekat seratus ringgit. Konspirasi apakah ini?

"Claim je kat kompeni, takde limit kan?" Akak nurse punya nada ada sikit tone subahat. Suka-suka dia je suruh aku claim banyak-banyak, ingat tu ayah aku punya kompeni ke. Kalau grand ayah aku punya kompeni pun, belum tentu aku nak bayar RM100 sebab demam.

Pendek cerita, akak nurse tu dapat la bahagian dia. Potong sana, potong sini, tinggal RM48 je bil.

Aku keluar dari klinik tu sambil geleng-geleng kepala. Mesti akak nurse tu rasa bersalah. Walhal aku geleng kepala sebab kecewa, apesal la doktor bagi mc sehari je. Haha.

Ok lah, selamat berpuasa.