Sep 27, 2009

Celcom: Recovery From Downtime

"Den tak bersalah." John Terry menjawab soalan pasal
tragedi Celcom dan juga tragedi Chelsea. Ha ha ha.

Celcom mengalami outage/downtime selama hampir 24 jam. Disebabkan takde network, aku suspek beberapa orang tak dapat contact aku untuk direction ke rumah aku, dan dapatlah aku tidur nyenyak di siang hari sampai la Apis dapat jumpa rumah aku. Ha ha. Mari cerita pasal Celcom time-time raya ni.

Celcom's Capability
Celcom mempunyai beberapa MVNO yang berkongsi trafik yang sama (RedTone, U Mobile, Tune Talk, etc). Dan paling pelik CEO Celcom declare outage disebabkan pertambahan trafik sehingga 5 kali ganda. Sepatutnya dengan beban trafik dan MVNO yang sedia ada, team teknikal Celcom boleh predict keadaan pada musim perayaan.

Kebiasaannya satu nod cukup untuk menampung trafik harian, dan pertambahan trafik hanya ada backup satu nod? Jadi adakah Celcom, sebagai Service Provider of the year 2009, sedar capability mereka. Mampu ke menanggung pelanggan Celcom dan MVNO? Sejauh mana Celcom sanggup invest untuk memperbaiki aliran trafik komunikasi mereka?

Dalam telekomunikasi GSM, kesan avalanche disebabkan oleh limit spektrum dan frekuensi bukan baru semalam wujud. Masalah ini juga berlaku kat China yang mana pertambahan pengguna handphone yang mendadak, dengan China yang memang ada rakyat jelata yang ramai.


Celcom's Recovery.
Setiap kali downtime, yang paling penting ialah recovery. Time is money. Every second counts. Recovery dalam perkataan yang geek/nerd macam aku guna ialah MTTR atau MeanTime To Repair.

Orang takkan complaint unless downtime berjam-jam lama. Kalau setakat 15-20 minit kita takkan complaint sebab kita semua sedar Celcom memang tak efisyen. Ha ha.

Downtime ialah kehilangan fungsi peralatan atau mesin atau servis. Downtime juga bermaksud loss cost. Dalam kes Celcom (service provider) loss kepada syarikat dan juga pelanggan. Kalau dalam manufacturing industry, every minute of downtime will cost thousands of ringgit dan industri oil and gas, melibatkan jutaan ringgit. Rugi kan? Kalau dalam healthcare, downtime akan melibatkan nyawa.

World class team manage to handle MTTR in less than 8 minutes. Ini sekaligus melayakkan Celcom jatuh ke peringkat MSSM atau MSSD sahaja. Kalau team tu kerja dengan aku, selayaknya mereka kena maki dan ayat standard yang aku bagi ialah "baik kau kerja kat kilang kicap".

Masalah human resource management sepatutnya bukan isu untuk syarikat HEBAT macam Celcom. From top to bottom mesti tersusun. Aku masih ingat lagi sensei aku cakap pasal improvement in working area or kaizen. Before any implementation of kaizen, the Kaikaku must take place first. Kaikaku is the top management improvement or top overhaul.

Kalau lah komen yang aku baca kat sini betul, amatlah menyedihkan sebab team technical adalah core atau tulang belakang kepada syarikat telekomunikasi. Adakah Celcom sedar siapa yang tentukan QOS sebenarnya?

Sepatutnya team technical mesti world class. Barulah dapat service world class. Cutting cost kat team teknikal then hired newbies to take over? Watdehel?

Ini belum lagi masuk cerita method of troubleshooting and how lean the system is. Takde FMEA ke?

Kalau betul limitation dalam team ialah human resource skills, then dalam menuju ke arah wold class, sila ambil 3 perkara basic ini sebelum ke perkara yang lebih kompleks.

(1) Improve service procedure
(2) Improve testing procedure
(3) Improve skills of staff

Sep 16, 2009

Sensei is going back

September, will be the last month my sensei will be in Malaysia. After spending 6 years in Malaysia and developing our department the way it is today, he will travel around the world as part of our company global human resource development program.

There's a lot that I can/need to learn from him and as what I can see, his successor will have a hell of a task to do. Apart from his notorious reputation, people really look up to him. In technical terms as well as management wise.

Among the last words from him revolving around hardware and software development. Sorry because I cannot disclosed any infos here. However it was really encouraging.

All the best to him.

Sep 13, 2009

Aku Tunggu 18 September

18 September kem Anfield umum sponsor jersey terbaru. Maka tamatlah riwayat 17 tahun Carlsberg kat jersey Liverpool. Dengar-dengar Standard Chartered nak amik alih sponsorship. Asalkan bukan company beer yang take over, aku no hal.

Analysis for Liverpool's sponsors & League Title:
Hitachi - 1979 ~ 1982 (3 league titles)
Crown Paints - 1984 ~ 1988 (2 league titles)
Candy - 1988 ~ 1992 (1 league title)
Carlsberg - 1992 ~ 2009 (zero...)
New sponsor? - 2009 (titles?)

Kat sini boleh nampak kurang 'berkat' pakai non-halal sponsorship. ha ha.

Kapten Marvel, saying goodbye to looser kit.

Malam tadi aku layan Liverpool v Burnley (tak challenging langsung). Sambil-sambil tu aku tukar-tukar siaran, Man City belasah Arsenal. Ramalan pundits nampaknya ada sikit menunjukkan kebenaran. Akan ada big four baru season ni. Ni semua duit punya pasal. Sebagai penutup, korang layan la gambar hero Man City, Niall Quinn dengan jersey yang ditaja kompeni hebat dari Jepun. Sekian. he he he.

Niall Quinn, hero City dolu-dolu.

Sep 9, 2009

What we can learn from others

Aku suka baca quote yang inspiring. Baca pasal kejayaan orang lain. Sebab sedikit sebanyak dapatlah bagi inspirasi kat aku.

Dulu masa aku aktif dalam sukan, coach selalu cakap, bila dalam keadaan yang tricky, cuba fikir apa yang idol anda akan buat. Itu coach punya motivational pep talk. Di sekeliling aku ramai yang bagi inspirasi kat aku, wife, family, friends, foe and colleague.

Kawan aku tergolong daripada bermacam-macam orang. Bermacam-macam background. Ada yang kaya nak mampos. Ada yang backround begitu Islamik. Ada gak yang datang dari keluarga huru-hara. Ada yang kedekut ilmu. Ada yang pemurah duit.

Macam geng Yasin aku, setiap kali berkumpul, berbual memang berbual sambal. Ketawa terbahak-bahak walhal topik cerita lebih kurang sama je plotnya sejak 10 tahun lepas. Kawan-kawan banyak bagi inspirasi kat aku. Bila diorang share cerita. Aku dapat pengajaran. Benda yang patut dibuat atau benda yang tak patut dibuat. Buat benda bodoh atau buat benda pandai. Buruk atau baik. Bengap atau genius.

Cerita pasal wife aku pulak. Aku memang pantang kalau cerita pasal kerja kat rumah. Dulu wife aku kerja design electronic schematic dan diagram untuk electronic devices. Bayangkan kalau kitorang balik rumah cerita pasal kerja. Silap-silap haribulan barang-barang kat rumah, kitorang buat jadi automatik. Hahaha. Ada suatu hari tu, wife share cerita pasal kuih-kuih yang rumit untuk dibuat. Katanya lagi, alangkah senang kalau semua kuih boleh dibuat dengan one touch button. Kat situlah aku dapat idea untuk buat projek S.M.E.D. untuk cost saving. Comel kan bini aku.

Anyway, apa yang aku nak cakap alangkah ruginya kalau ada manusia yang tak dapat belajar daripada orang lain. Aku tak rasa rugi pun belajar daripada orang lain. Aku bukan pandai sangat pun. Lagipun, benda-benda berharga ni biasanya free.

Sedangkan Cobain pun cakap "Forever in debt to your priceless advice".

"Agaknya apa yang Azhan buat kalau riff
jadi camni?" kata Cobain.

Gambar kredit shelvesofvinyl.blogspot.com

Sep 5, 2009

Rewind 1991: True Champ

Juara berganda musim 1991, Liga semi-pro Divisyen 1 dan Piala Malaysia. Yang terbaik pada malam final Piala Malaysia, kalahkan Selangor 3-1. Hatrik oleh Ervin Boban. Karel Stromsik, keeper Selangor sikit punya terer pun boleh nganga bolos 3. Jangan main-main, Karel Stromsik wakil Czechoslovakia kat World Cup 1982!

Adunan pemain import, Ervin Boban, Alistair Edwards dan Abbas Saad dengan pemain tempatan seperti Nasir 'the prof' Yusof, Khalid Shahdan, Hassan Miskam, Nazarudin Atan memang menjadi. Khalid Shahdan dengan long shoot, Nasir Yusof punya first touch macam tak ikhlas tapi selamba, dengan through pass yang boleh buat defender kejung macam model sedang posing. Tambah pula finishing Alistair Edwards dan Boban, dan hardworking midfielder Abbas Saad.

Antara memorable moment ialah separuh akhir Piala Malaysia lawan Kuala Lumpur kat Stadium Larkin. KL datang dengan star strikers Subadron Aziz dan Azman Adnan dan home win 2-1. Super sub, Anuar Abu Bakar masuk tak sampai 2 minit score winning gol kat Larkin. Johor menang 4-3 on aggregate. Selebihnya macam orang kata, was history.

Team Johor sekarang tak macam team Johor dulu. Sama macam bolasepak kat Malaysia. Tak macam dulu.

Skuad champion 1991. Coach: Michael Urukalo, manager: Datuk Suleiman.

"I am da mannnn!"
Ervin Boban, sepanjang musim dibayangi duo
Australia (Abbas & Alistair), tapi mengganas malam final.

Cuba ciplak jersey Johor 1991. Mamat ni nak celebrate
pun tiru gaya Boban.

Gambar: cari.com.my, www.telegraph.co.uk

Sep 4, 2009

My Very Own Geng Yasin

Persimpangan Jalan Mahmoodiah, Jalan Sungai Chat
dan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Tempat 3 jurutera dan 1 saintis berkumpul dan bersidang mengenai hal-hal dunia dan akhirat, setiap kali ahli-ahli Geng Yasin pulang ke JB. Restoran ni betul-betul sebelah Thistle (dulu Hyatt) iaitu tempat original yang aku proposed tapi terpaksa ditolak atas faktor terlalu urban.

Disebabkan dekat juga dengan hospital (HSA), maka ramai la staf-staf hospital kat situ. Selalunya yang muka macam kurang vitamin tu doktor. Kesian betul.

Sep 3, 2009

Rewind: 2006

Tahun 2006. Apabila bos sudah nampak aku overload dengan projek and evaluations, she...ya aku dulu ada lady boss, buat keputusan untuk hire 2 lagi engineer untuk kurangkan load aku disamping pujuk aku untuk jangan resign.

Bos aku memang pandai buat surprise. Untuk memeriahkan lagi suasana, bos aku hire 2 fresh grad, girls. Ok...aku bukan male chauvinist (kalau itu yang kau fikir) tapi untuk hire fresh grad dan perempuan pulak tu untuk ambil sebahagian kerja aku...tak tau mana yang akan lebih menderita: aku atau 2 budak tuh. Shit.

Oklah aku admit, masa first time dengar news tuh aku dah nak pengsan. Hahaha.

Tapi ini dua budak lain sikit. Masa tu aku betul-betul 'share' kerja aku. Macam-macam kerja aku bagi (atau aku lepas tangan) tapi diorang tak mau mengalah. Kudos to both of them, betul-betul kental bukan hati tisu. Both of them, Tina & Farah were there to prove me and my devilish (haha) technicians wrong.

In fact working with both of them was one of the best experience I had with newcomer setakat ni. Apabila tiba masa untuk mereka berdua pindah ke tempat kerja baru, I know both of them will be ok.

Selepas itu pengalaman aku kerja dengan newcomer lain amatlah menyedihkan dan boleh menyebabkan my blood go upstairs. Dan yang aku tengok fresh grad sekarang yang datang kerja manja, dah tu mudah pulak kena influence oleh orang-orang yang negative thinker. Kena putar. Ini yang paling menyedihkan.

Semasa jadi samseng cleanroom 101. Macam teletubies? Haha.

Sep 2, 2009

Value Degree Anda

Aku saja nak panjangkan cerita.

Bila selesai saja konvokesyen, sila bertanya kepada diri anda...apakah value degree anda?

Menjawab kepada soalan cepu emas, value atau nilai ijazah terletak pada orang yang pemiliknya. Aku ada tulis komen kat sini, value degree = person + knowledge. Pernah dengar book smart? Apa erti book smart tanpa street smart. Book smart mungkin banyak yang miliki selepas bertahun-tahun bertapa kat universiti, tapi street smart? Lepas anda-anda semua dapat derive formula tersebut barulah dapat calculate nilai degree anda.

Kepada yang tidak ngerti apa itu street smart, "Having practical rather than theoretical knowledge, such what is learned outside the classroom". Itulah yang mungkin ramai missed out. Mungkin kita rasa dah best dapat A berderet-deret, tapi bila terjun ke bidang pekerjaan, nangis tak berlagu. Atau mungkin juga asyik duduk terperap dalam kolej sampai naik rasa diri best dan menghadap PS2 24 jam lepas tuh hujung minggu balik kampung entah ulu mana, lupa pasal dunia luar. Penyangak, pembuli, pembodek, pencabul segala macam orang yang bakal jumpa apabila start kerja nanti.

Bulan ini bulan Ramadhan. Tak macam hari-hari lain, temper di tempat kerja aku kawal seelok-eloknya 26 darjah celcius sahaja. Tapi ada juga 2-3 insiden yang membuatkan aku tersengaja maki. Kisahnya, melihat budak-budak fresh grad yang kena putar dengan senior staf. Kalau buat kerja lambat, dikatakan overpaid. Kalau buat kerja lebih dikatakan membodek. Akhirnya spesis-spesis fresh grad tertekan dan tender resign letter. Inilah contoh takde skil street smart. Tak tau macam mana nak handle senior-senior staf yang mangkuk ayun (dan melayu bengap) macam ni. Yang jadi mangsa, diri anda sendiri, hai fresh grad.

Aku faham masalah budak-budak fresh grad yang macam ni. Result bagus, rambut kemas, seluar seterika licin-licin, sopan santun, handphone selit kat tali pinggang, etc etc. Dan masalahnya pergaulan diorang kat universiti pun terhad kepada yang sama spesis macam diorang. Itulah masalahnya. Bila pemikiran 2 dimension locus, hasilnya dunia pun dilihat dari 2 dimension locus. Aku pun tak tau nak tolong macam mana lagi.

Warning: Ini bukan street smart. Ini konon-konon smart. Haha!