Dec 12, 2009

Aku, dia dan Reebok Pump

4-5 hari lepas aku hantar kasut Valentino aku tukar tapak. Sejak kahwin, aku pakai designer shoe pergi ofis. Baru nampak profesional sikit. Mula-mula aku nak beli baru je tapi sayang la pula kasut tu sebab bini aku yang belikan. Masa kat kedai tukang kasut (cobbler) tu aku terperasan satu kasut yang yang dulu agak glamer.

Kasut pam.

Aku masih ingat lagi masa aku darjah 6, glamer gila kasut ni. Memandangkan dalam kelas aku tuh terdiri daripada rich brats, maka pergi kelas tambahan UPSR pun masing-masing nak tunjuk kasut Reebok Pump. Ada yang boleh pam kat depan, ada yang boleh pam kat tepi, kat belakang jangan cerita la.

Ni yang best kalau sekelas dengan anak-anak orang kaya ni. Kita boleh tau trend terkini. Itu belum masuk cerita bawak cd Duran-Duran pergi sekolah. Masa tu aku pelik gila tengok cd. Apa menatang la sebab aku dengar lagu pakai kaset lagi. Itu pun kaset dubbing. Beli RM5.00 kat supermarket pastu rekod je lagu-lagu kat radio. Dah boring dengar, boleh padam lagu lama, rekod lagu baru. Tapi jenuh juga nak tunggu lagu kat radio.

Balik semula cerita pasal kasut, rival kepada Reebok Pump ni masa tu ialah British Knight. Budak-budak reebok pump sibuk nak tunjuk pam kat kasut, budak-budak british knight sibuk nak tunjuk kasut ada kelip-kelip lampu. Aku kat tengah-tengah rasa nak tinju dua-dua.

Ada sorang kawan aku bagi try dia punya kasut Reebok Pump yang dia baru beli. Memang baru betul, ada bau kedai, bercampur sikit dengan bau stokin dia. Aku try sarung, kasi pump sikit beberapa Pascal. Peh, macam jalan atas bantal.

"Patutlah harga beratus-ratus." kata aku kagum.
"Ayah aku cakap sekarang ni kasut lagi mahal daripada baju sebab kaki kena jaga lebih sikit. Banyak penyakit datang dari kaki." jawab kawan aku tu yang umur 12 tahun macam aku juga.

Aku angguk je tanda setuju buat-buat macam faham apa yang anak doktor tu cakap.

Masa aku hantar kasut aku repair, aku berbual-bual sikit dengan brader cobbler tu.
"Kasut ni tampal koyak ke bang?" aku tanya brader tukang kasut tu sambil tunjuk kasut Reebok.
"Entah la, budak yang hantar tu cakap pancit, tak boleh pam." Jawab brader tu.

Dec 5, 2009

Two Headed Snake

Two Headed Snake (THS) , ni terma klasik yang diterjemah dalam Bahasa Malaysia, talam dua muka. Kenapa digelar THS, dah terang dan jelas sebab ular kan lidah bercabang tambah pulak ada dua kepala. Nak letak two headed pig tak sesuai sebab babi lidah kontot dan tak bercabang.

Bekerja di ofis 2.0 sekarang ni THS bergerak menyelinap secara senyap macam Mossad melalui emel, ip messenger, phone call, sms etc. Beware. Seawal (betul ke pemilihan perkataan aku ni?) karier aku, masa aku lurus bendul, naive dan agak boleh tahan bangangnya, selalu terkena dengan THS ni.

THS ni kalau dianalisis agak pandai pemilihan perkataan dan kata-kata. Andai kata kalau kita marah, ditambah lagi RON95 supaya meluap-luap lagi kita punya emo. Kalau kita down, kat situlah dia bagi positive vibe. On the other side, this madefaker will morph into his alter ego and use every info and data slam them back at you with other people.

Being THS is all hard work. Memerlukan segala ilmu PR, manipulatif dan juga spekulatif. Tapi kerja keras ni ada balasannya. Korang ingat hobi part time ini kerja sia-sia? Asalkan kita suka apa yang kita buat, ditambah ada gifted sikit mesti ada hasil. Hahaha. Ini aku list hasil-hasil dan faedah menjadi THS terbilang:

  • Curi idea dan hasil kerja. Claim segala credit yang boleh. Kerja sikit je, acting lebih.
  • Projecting negative image to you. Lebih-lebih lagi kalau same level of grade or seniority. They will kill you once dah perah segala susu dan keringat. Hahaha.
  • Mereka mahu sesuatu dari korang. Andai kata THS slams you in the face, they will losse all the ammunition. Lagi-lagi kalau diorang tu selalu rembat idea korang. Bijak tak THS ni? Makan dalam perlahan-lahan.
  • Backstabbing madefaker.
  • The lamest excuse ialah cuba mencari kawan. Jangan terperanjat sebab THS biasanya ramai connection dan kawan. Sebabnya orang lebih suka manusia yang tactfully dishonest berbanding brutally honest.
  • Developing your tact skill.
THS is very dangerous game to play at workplace. Mula-mula memang syiok tapi jangan terbelit diri sendiri sudah la beb.