Kasut pam.
Aku masih ingat lagi masa aku darjah 6, glamer gila kasut ni. Memandangkan dalam kelas aku tuh terdiri daripada rich brats, maka pergi kelas tambahan UPSR pun masing-masing nak tunjuk kasut Reebok Pump. Ada yang boleh pam kat depan, ada yang boleh pam kat tepi, kat belakang jangan cerita la.
Ni yang best kalau sekelas dengan anak-anak orang kaya ni. Kita boleh tau trend terkini. Itu belum masuk cerita bawak cd Duran-Duran pergi sekolah. Masa tu aku pelik gila tengok cd. Apa menatang la sebab aku dengar lagu pakai kaset lagi. Itu pun kaset dubbing. Beli RM5.00 kat supermarket pastu rekod je lagu-lagu kat radio. Dah boring dengar, boleh padam lagu lama, rekod lagu baru. Tapi jenuh juga nak tunggu lagu kat radio.
Balik semula cerita pasal kasut, rival kepada Reebok Pump ni masa tu ialah British Knight. Budak-budak reebok pump sibuk nak tunjuk pam kat kasut, budak-budak british knight sibuk nak tunjuk kasut ada kelip-kelip lampu. Aku kat tengah-tengah rasa nak tinju dua-dua.
Ada sorang kawan aku bagi try dia punya kasut Reebok Pump yang dia baru beli. Memang baru betul, ada bau kedai, bercampur sikit dengan bau stokin dia. Aku try sarung, kasi pump sikit beberapa Pascal. Peh, macam jalan atas bantal.
"Patutlah harga beratus-ratus." kata aku kagum.
"Ayah aku cakap sekarang ni kasut lagi mahal daripada baju sebab kaki kena jaga lebih sikit. Banyak penyakit datang dari kaki." jawab kawan aku tu yang umur 12 tahun macam aku juga.
Aku angguk je tanda setuju buat-buat macam faham apa yang anak doktor tu cakap.
Masa aku hantar kasut aku repair, aku berbual-bual sikit dengan brader cobbler tu.
"Kasut ni tampal koyak ke bang?" aku tanya brader tukang kasut tu sambil tunjuk kasut Reebok.
"Entah la, budak yang hantar tu cakap pancit, tak boleh pam." Jawab brader tu.

11 comments:
hoh, mesti kaki ko sakit pki sipar jepun, dh biasa pki designer shoes.
gile la aku tak pernah pun tau kewujudan kasut ni.
aha..pancit.. kasi tampal la
dashyat laaa ko pakai kasut power, tapi ingat...jgn tinggal kasut tu mase masuk masjid semayang jumaat... takut kisah Doc Mart berulang, hehehehe
arab,
aku saje je tulis valentino kasi gempak. walhal aku pun baru2 dengar brand tu. silap2 kilang kat gombak je. haha.
faiz,
tula pasal.
wak,
aihh? mcm penah dengar
hua hua huaarghhhh....nice. u ni funny la zooul!
pancit?!
wth?!
aku terpaksa meninggalkan zaman memakai baju kurung dengan sneakers bila aku dah mulakan alam pekerjaan~
sedih gila!
pakmet,
lols.
funny dan juga cute
zara,
sama la aku. hahaha. auww.
salam perkenalan dan saya follow anda ya...
dulu aku pakai selepar jepun jer..itu pun dah kira hebat..biasanya berkaki ayam sajer
bahaya beb...kalau ko pakai ke masjid UTM alamatnya kaki ayam la balik...tu belum asics disc lagi tu...
a kl citizen,
follow? ok
kraznaya,
tapak kaki tebal ke?
babat,
satu lagi cerita sejarah
Post a Comment