Jan 1, 2010

2010 Anno Domini: Tahun Baru, Masalah Baru atau Masalah Lama

Selamat menyambut tahun baru 2010.

Tahun baru menerjah lagi. Ramai yang pasang angan-angan dan cita-cita baru. Tapi kebanyakkannya keazaman dan usaha je tak baru. Haha. Sama macam aku jugak.

Dah trend buat azam tahun baru, walhal hari-hari boleh buat azam. Azam macam "aku berazam untuk buat yang lebih baik dari semalam" dan segala crap yang sewaktu dengannya.

Sepanjang 2009 secara umumnya politik negara kita macam sarkis. Rebut kuasa macamlah boleh bawak masuk dalam kubur. Kejap jadi MB, kejap tak jadi. Saman sana saman sini. Pilihanraya yang kerap dan boleh compete dengan kadar pertukaran manager Real Madrid.

Awal 2009 juga Malaysia mula dilanda badai economic downturn. Seperti biasa yang paling teruk kena tempias sektor pembuatan atau manufacturing. Sana-sini dengar orang kena retrench, ambil offer VSS secara 'rela'. Potong gaji, potong elaun. Perlahan-lahan ke pertengahan tahun pula, sektor lain pula yang terjejas. Kesian kepada mereka yang kena.

Ok, baik aku stop kat situ je.

Sepanjang tahun 2009, aku involved mainly dengan department punya KPI dan kompeni punya top KPI. Tiada apa yang boleh refleks kita punya performance melainkan result yang kita dapat. Ada lagi 3 bulan lagi untuk lengkapkan kompeni punya fiscal year, tapi end result untk KPI dah boleh expect. Tahun ni juga pengalaman bekerja dengan 2 team yang berlainan untuk achieve KPI department. 2 team yang berbeza dari segi background, skill, knowledge, experience, personality. Hampir-hampir aku kena high blood. Antara root cause kenapa aku kurang hensem tahun ni. Ptttttttui. Haha.

Tahun ni juga aku dah list down beberapa skill yang aku kena improve. Elektrical - ekselen. Mechanical - ekselen. Electronic - aku suck ass big time punya. Man management - fair. Sebelum hujung tahun 2009, ada seorang professional engineer kat dept aku yang 'sudi' tutor aku pasal electronic wiring. Jadi 2010, aku memang kena fokus lebih sikit kat sini. Sebab tu sampai sekarang aku tabik kat my bini, macam mana dia boleh design circuit diagram. Zaman sekarang ni takde boundary dalam engineering. Aku paling jengkel dengar "aku tak reti pakai multi-meter sebab aku background mekanikal". Elakkan.

Tahun 2010 akan menjadi tahun learn, unlearn dan relearn.

Learn - new knowledge.
Unlearn - non relevant method, skills, etc.
Relearn - unpolished skills.

Tahun 2010 akan naik setapak lagi dalam tangga karier. Maka perlu lebih diplomasi dan tactful. Kurang sinikal.

Tahun 2010 perlu tambah lagi kawan-kawan yang boleh share ilmu dan pengalaman. Kawan-kawan yang share same enthusiasm dan hobi.

Tahun 2010 juga adalah tahun mengubah hobi menjadi sesuatu yang profitable. Small time entrepreneur ladies and gentlemen.

Tahun 2010 perlu lebih banyak ketawa, ketawakan diri sendiri. Lebih optimistik tapi tak perlu terlalu serius dalam kerja. I do take my job toooooo seriously. Se-ri-yessss. Haha. Kena kurangkan reputasi bad-ass kat tempat kerja.

Tahun 2010 perlu booking red box 1 kali sebulan. Kena selalu jamming.

Tahun 2010 perlu lebihkan masa untuk keluarga.

Tahun 2010, selalu ingat tuhan.

Bila baca macam bunyi azam baru pulak. Sebenarnya lebih kepada perkara-perkara yang aku expect untuk next year. Terutama sekali yang last tu.

Aku berani kata (taip/tulis) tahun 2010 ni 80% masalah kat dunia ni adalah carry forward dari 2009. Jadi sempena pada hari pertama dua ribu sepuluh tahun menurut kiraan anno domini oleh Dionysius Exiguus, aku share bait lirik lagu Man in the mirror (Michael Jackson).

I'm starting with the man in the mirror,
I'm asking him to change his ways,
No message could have been any clearer,
If you wanna make the world a better place,
Take a look at yourself and then make the change.