Nov 24, 2011

Johor FA & Peter Kovacs

Kat bawah ni video penyerang kelab Grenland, Peter Kovacs menjaringkan gol yang dikatakan tak adil atau tiada semangat kesukanan. Keeper kelab Brann FC nak tendang tapi kaki terpeleot pula. Lalu si Kovacs pencuri ayam ambil kesempatan score gol.

Cerita banyak pun tak guna, si Peter Kovacs ni dulu main dengan team Johor tahun 2005 dulu.


LOL.

Sep 23, 2011

Politician

Who sends monsters to kill us, and at the same time sings that we'll never die?


p/s: dengar-dengar pilihanraya dah dekat.

Sep 21, 2011

Neutral

Dalam hal politik, orang Malaysia mudah buat assumption.

Keluar satu ayat dituduh, hei BN!
Keluar satu ayat, dituduh hei Pakatan!

Tak boleh cakap atas dasar neutral, atas pagar. Nanti disuruh buat parti sendiri.  What the hell?

Kenapa taksub sangat sampai jadi denial. Kalau sifat taksub dan partisan tu dah sebati dengan darah daging kau aku boleh confirm 0.003% je lagi kebarangkalian untuk kau jadi bahlol sejati. Tak tahu nak beza mana yang betul, mana yang bahalol.

Aku ada kawan yang hari-hari ada hujah kenapa mesti sokong PAS. Sampai berpeluh hujah dengan aku last-last aku bagi reply sarkastik. Ada sorang lagi asyik puji kerajaan je. Dengar dia bercakap dah macam narrator Utusan. Pun aku muak.

Tahu tak apa yang aku nampak?
Kerajaan tak buat kerja, pembangkang lagi la merapu. Dua-dua messed up.

Tahu tak tak siapa yang boleh ubah nasib kita?
Jawapannya senang. Diri sendiri.

Sep 20, 2011

Sampah Fest part 2

Follow up to Sampah Fest entry.

So tahap kemuncak kesabaran aku dah makin menipis (walaupun sediakala tipis). Kedatangan lori sampah memang dinanti macam Khairil Johari Johar tunggu awek baju kurung biru. But what in the name of pubic hair punya kerja ni? Tong sampah ditinggal kat tengah jalan. Lepas tu penutup sampah dibiar bersepah-sepah.

Aku dah berapa kali nampak tong sampah melayang kena langgar kereta, penutup tong sampah dilenyek. Cuba bayangkan betapa bahaya kalau kenderaan cuba elak tong sampah/penutup di kawsan perumahan yang ramai budak-budak jalan kaki pergi sekolah etc.?

Aku dah beli tong sampah beberapa kali sebab penutup tong sampah aku selalu hilang lepas lori SWM lalu. Adakah penutup tong sampah aku dianggap sisa pepejal wahai SWM? Tong sampah kalau takde penutup ibarat time bomb. Anjing, kucing, tikus, lalat, lipas, nyamuk semua boleh check in. Tambah lagi kalau hari hujan. Oh disaster kalau tong sampah penuh dengan air. Maggot, faggot, ADUN, even ahli parlimen pun boleh infested dalam tu.

So long story short, aku hantar email kat brader ni. Sunday, early morning at about 4.00 am. Dia reply as early as 8.05 am Monday (oklah aku puji sikit) dan pada pukul 9 pagi hari yang sama, 2 orang pemotong rumput tengah sabit rumput depan rumah aku. Inilah untungnya kalau pilihanraya menjelang tiba. Tapi sampai bila? Nak kena hantar email tiap-tiap bulan ke?


YB Chia Song Cheng
Adun Pengkalan Rinting
email: n46songcheng@yahoo.com.my
Blog:Tiada
Hobi: Tiada, tapi tak suka bolasepak

Knee jerk reaction hasil dari email aku memang dah expected. Terutama kalau pilihanraya dah dekat ni. Semua ADUN , ahli parlimen punyai refleks macam Iker Casillas. Tunggu lah 2-3 bulan lepas pilihanraya. Nak reply pun lembab.

Dulu aku ada complaint kat MPJBT pasal tahap kerja kontraktor, tapi reply ADMIN MPJBT macam menteri kat Buletin Utama, kami akan PANTAU. Kalau setakat pantau takde follow up action, buat apa?

Content email aku...

  • tahap kualiti pengangkutan sampah yang macam SAMPAH oleh kontraktor tunggal, SWM.
  • kerja pemotongan rumput (ni pun under PBT punya responsibility. Tak tahu ke?).
  • kerja pembersihan longkang (ni pun under PBT, pun tak tahu ke?).
  • YB, kenapa I tak pernah kenal you sebelum ni.
  • YB, I can tell that you are overpaid.
  • MPJBT tak buat kerja, kalau buat pun tak efisien. Melepas batuk di tangga.
  • YB, busy ke rasmi rumah berhala?
Sori la, aku memang zero tolerance dengan orang tak reti buat kerja. Tak amanah. Fuck em.

Info: Bermula 1 September, 3 syarikat iaitu Alam Flora, E-Idaman, SWM dibayar antara RM500 juta hingga RM600 juta untuk perkhidmatan menguruskan sisa pepejal di Malaysia kecuali Selangor, Perak dan Penang. Ini berikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan 'under pay' kontraktor berkenaan. Jadi dengan subsidi oleh kerajaan pusat ini, kita patutnya jangkakan servis yang jauh lebih baik daripada sekarang ni. Sumber.

Sep 19, 2011

Hibernating

Lebih setahun yang lepas aku tukar kerja. April 2010. Aku hibernate di ofis baru dan cuba digest the so called new adventure. Konon. Si konon.

Past data. Drawings. Meeting minutes. Kaizen. Lean activities. SOP. Process chart. Downtime. Semua kena digest dan yang paling best tak semua dokumen ni wujud lagi. LOL. Ini satu tips, by looking at past data (whether valid or not, tamper, or inaccurate) we can estimate where exactly we are right now. Kalau past data semua cantik belaka dan actual condition macam tahi maka kat situ kita dapat tahu la ada tahi lembu jantan di sebalik report atau data collection tu. So in a way dapat membantu.

Wife as usual super super duper supportive.

Masa interview aku dah dapat rangka beberapa cabaran yang aku bakal tempuh.

Engineering problem - 70%
Non-engineering problem - 30%


Aku di kalangan beberapa orang yang dipanggil 'new blood'. Hanya disebabkan hired by new management, dah dapat nama gelaran. Ini dikira pre-emptive attack, macam dah tau aku nak bagi nama juga kat diorang. Few managers dah dapat surat 'cinta' dari management baru dan dah dapat habuan  masing-masing. Kira ok la tu dapat duit beratus ribu. Bukan sikit. So masa aku join company ni, company dalam masa transition from the old CEO to the new CEO. Younger one, hungry with success and fame, much aggressive, good reputation in this industry dan yang paling penting dia ada PHD dalam mechanical engineering. Director kat Malaysia pun baru. Muda dan ada background dalam mechanical engineering.

Yeah, ada di kalangan orang kat luar sana akan kata "yeah, you are fucked sebab dapat big boss background engineering. Macam mana nak goreng report?"

Goreng? Aku tak pernah plan pun. Aku rasa you will be more fucked up kalau dapat bos yang tak faham sepatah haram technical report yang korang present. Tak percaya tanya dengan staf-staf teknikal MAS. Habis jahanam lingkup. Macam berbual ayam dengan itik.

Aku pun pernah ada pengalaman bos yang takde technical background. Saat-saat ini berjaya aku lalui dengan LOL. Mana tak? Setiap kali weekly meeting, bos 'bijak' ini akan tanya pasal countermeasure untuk setiap masalah. Dan setiap minggu aku akan menonton lakonan para jurutera memberi jawapan merapu untuk soalan merapu. Sampai satu tahap perkataan MONITOR (pantau) dah menjadi sinonim dengan weekly report. LOL. Dan setiap kali juga bos mengangguk tanda setuju. Entah faham atau tak.

Issue: Filling machine down due to load cell intermittent error.
Countermeasure: MONITOR the load cell condition.
Issue: Heat welding machine down due to temperature not consistent.
Countermeasure: MONITOR the temperature.

Hahaha. Kalau bos dah tak faham apa kau buat, sikit sebanyak sikap malas dan complacent tu wujud. Mula la buat kerja asal boleh je. Tapi masa sindrom MONITOR ni melanda memang lawak gila. Sampai tahap semua gelak macam orang sewel kat bilik meeting.

Tapi siapa sangka, kalau tengok tv ada je menteri yang tak habis-habis guna perkataan PANTAU (monitor). So adakah aku boleh buat conclusion yang bos menteri ni tak faham apa anak buah dia punya kerja?

Humility

My sister in law have shown signs of recovering. Dah mula makan dan beberapa tiub dah dikeluarkan dari badan. Alhamdulillah.

Aku ada mixed experience masa kakak ipar aku lalui saat-saat getir tu. Tak dapat bayangkan kalau aku berada kat tempat abang aku. That's why ada beberapa adik-beradik yang beri support masa operation berjalan sampai ke awal pagi. Tunggu di situ sampai ke awal pagi. Itupun ada yang tak faham dan si dungu-dungu ni semua ingat kita semua berkelah dan berpiknik kat situ dan bersenang-senang. Kalau aku mengharungi saat-saat getir mesti isteri bagi support kat sebelah. Tapi kalau dah isteri terlantar siapa lagi? Dah tentu ahli keluarga, adik-beradik.

Selepas kakak ipar aku transfer ke wad kardiotoraksik. Kami ditakdirkan berjumpa dengan seorang pakar yang jauh panggang dari api. Langsung tak serupa 15% pun macam staf hospital kerajaan yang biasa kita jumpa. Rendah diri, bersabar, dan yang paling penting aku perhatikan dia ambil wuduk sebelum pembedahan. Susah nak jumpa pakar dalam sesuatu bidang itu calm and compose. Walaupun aku dan doktor ni berlainan bidang, ini sesuatu yang perlu aku , kau dan sesiapa yang nak jadi specialist kat luar sana perlu belajar. Masa dia bagi explanation pun tenang so indirectly orang yang berada di receiving end of the conversation will be at ease too. Walau macam mana kritikal pun keadaan. Ini baru doktor HEBAT.

Tiada apa ilmu yang absolute walau super genius atau pakar mana kita. Once kita dah declare semua ilmu dan kemahiran itu ABSOLUTE and to believe that nothing is beyond your knowledge, you are doomed man. I should know because I am not the most humble guy around. Damn to that. LOL.

Aku selalu dengar semakin kita mahir dalam sesuatu bidang tu semakin banyak perkara yang kita tak faham. Makin banyak perkara yang kita tak tahu. Tapi selalu juga aku jumpa 'pakar' yang perangai macam asshole, makin banyak misleading information yang dia bagi, semakin banyak belit-belit yang dia cakap, semakin tak competent dan entah apa benda yang mengarut lagi. Kalau korang tak percaya cubalah sesekali tengok Buletin Utama.

Sep 10, 2011

Hope

As some of you may know, my sister in law is fighting for her life now.  I know she is a strong person, tambah lagi if you have 2 lovely children to think of.

Ada orang bagi tau, "maybe the doctor left her unattended to attend more serious case, more critical."

After almost a month in the hospital macam tiada apa-apa tindakan, now she is fighting for her life after 2 major operations. Totaling 16 hours of operation time. 16 hours with your chest open. Believe me, she is a strong person as what the doctor said yesterday. Surgery ini pun take place after my brother made a complaint. Kalau tak, doktor in charge pun tak nampak batang hidung, in fact nak jumpa pun selalu mengelak.

Dah complaint baru nak diagnosed betul-betul and later found out that keadaan makin kritikal dan immediately transfer ke wad kardiotorasik. Why?

What is beyond me, macam mana korang define critical? Ini bukan sekadar pergi hospital nak buka jahit or whatever. Tambah lagi dia ada history of heart surgery.

Aku call kawan aku yang ada background in biomedic, a scientist. Not even a doctor.

Dari apa yang dia inform aku semua ni simptom biasa untuk jangkitan kuman di injap jantung. It's all buku teks. How can a doctor misdiagnosed? Doktor mengatakan dia hepatitis and then the other told my brother yang kakak ipar aku ada tibi.

Manusia as we know, bukanlah sempurna, perfect. Tapi ini boleh dianggap bekerja sambil lewa. And guess what? Negligence will cost life.

Memanglah hidup dan mati itu ketentuan tuhan, tapi jangan buat-buat lupa bahawa kerja itu satu amanah yang tidak patut dibuat sambil lewa. Tak kira la apa jawatan sekalipun.

Sungai Chat

Aku selalu lepak kat sini, in case ada orang nak tahu.
http://sungaichat.blogspot.com

Ada ke?

Sep 5, 2011

Sampah Fest

Aku tak tahu macam mana syarikat pemungut sampah urus cuti pekerja dan operasi mereka. Apa syarikat shutdown sampai satu minggu ke?

Dah 3 tahun aku tengok setiap kali cuti raya dan tahun baru cina (cuti panjang) sampah tak angkat sampai satu minggu. Tahun ni adalah kemuncak kebodohan syarikat yang uruskan sisa pepejal ni. Hari Sabtu 27 Ogos diorang datang angkat sampah. Hari Ahad 28 Ogos datang lagi. Kalau hari Sabtu dah clear buat apa nak datang lagi the next day? Bangang. Lagipun schedule angkat sampah kat area rumah aku hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Itupun tak pernah meet schedule.

Kat area aku sisa pepejal diuruskan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd.

Dan setiap kali cuti panjang juga aku nampak reputasi SWM ni kat celah-celah sampah yang bertimbun tu. Kadang-kadang ada sekali ADUN dan ahli parlimen kat celah-celah tu.

Sep 3, 2011

Gila

Gila babih, baru gua perasan dah nak setahun baru nak update.

Aug 29, 2011

Selamat Hari Raya, Merdeka!

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.

Hari raya ni drive hati-hati,
makan hati-hati,
berbual hati-hati,
bergembira hati-hati....
lepas raya bayar hutang makan hati. LOL.


"Most of us can forgive and forget; we just don't want the other person to forget that we forgave - Ivern Ball."  Quote yang aku rasa sangat sinonim dengan Hari Raya dan Merdeka tahun ni.

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka.