Sep 19, 2011

Humility

My sister in law have shown signs of recovering. Dah mula makan dan beberapa tiub dah dikeluarkan dari badan. Alhamdulillah.

Aku ada mixed experience masa kakak ipar aku lalui saat-saat getir tu. Tak dapat bayangkan kalau aku berada kat tempat abang aku. That's why ada beberapa adik-beradik yang beri support masa operation berjalan sampai ke awal pagi. Tunggu di situ sampai ke awal pagi. Itupun ada yang tak faham dan si dungu-dungu ni semua ingat kita semua berkelah dan berpiknik kat situ dan bersenang-senang. Kalau aku mengharungi saat-saat getir mesti isteri bagi support kat sebelah. Tapi kalau dah isteri terlantar siapa lagi? Dah tentu ahli keluarga, adik-beradik.

Selepas kakak ipar aku transfer ke wad kardiotoraksik. Kami ditakdirkan berjumpa dengan seorang pakar yang jauh panggang dari api. Langsung tak serupa 15% pun macam staf hospital kerajaan yang biasa kita jumpa. Rendah diri, bersabar, dan yang paling penting aku perhatikan dia ambil wuduk sebelum pembedahan. Susah nak jumpa pakar dalam sesuatu bidang itu calm and compose. Walaupun aku dan doktor ni berlainan bidang, ini sesuatu yang perlu aku , kau dan sesiapa yang nak jadi specialist kat luar sana perlu belajar. Masa dia bagi explanation pun tenang so indirectly orang yang berada di receiving end of the conversation will be at ease too. Walau macam mana kritikal pun keadaan. Ini baru doktor HEBAT.

Tiada apa ilmu yang absolute walau super genius atau pakar mana kita. Once kita dah declare semua ilmu dan kemahiran itu ABSOLUTE and to believe that nothing is beyond your knowledge, you are doomed man. I should know because I am not the most humble guy around. Damn to that. LOL.

Aku selalu dengar semakin kita mahir dalam sesuatu bidang tu semakin banyak perkara yang kita tak faham. Makin banyak perkara yang kita tak tahu. Tapi selalu juga aku jumpa 'pakar' yang perangai macam asshole, makin banyak misleading information yang dia bagi, semakin banyak belit-belit yang dia cakap, semakin tak competent dan entah apa benda yang mengarut lagi. Kalau korang tak percaya cubalah sesekali tengok Buletin Utama.