Dec 5, 2009

Two Headed Snake

Two Headed Snake (THS) , ni terma klasik yang diterjemah dalam Bahasa Malaysia, talam dua muka. Kenapa digelar THS, dah terang dan jelas sebab ular kan lidah bercabang tambah pulak ada dua kepala. Nak letak two headed pig tak sesuai sebab babi lidah kontot dan tak bercabang.

Bekerja di ofis 2.0 sekarang ni THS bergerak menyelinap secara senyap macam Mossad melalui emel, ip messenger, phone call, sms etc. Beware. Seawal (betul ke pemilihan perkataan aku ni?) karier aku, masa aku lurus bendul, naive dan agak boleh tahan bangangnya, selalu terkena dengan THS ni.

THS ni kalau dianalisis agak pandai pemilihan perkataan dan kata-kata. Andai kata kalau kita marah, ditambah lagi RON95 supaya meluap-luap lagi kita punya emo. Kalau kita down, kat situlah dia bagi positive vibe. On the other side, this madefaker will morph into his alter ego and use every info and data slam them back at you with other people.

Being THS is all hard work. Memerlukan segala ilmu PR, manipulatif dan juga spekulatif. Tapi kerja keras ni ada balasannya. Korang ingat hobi part time ini kerja sia-sia? Asalkan kita suka apa yang kita buat, ditambah ada gifted sikit mesti ada hasil. Hahaha. Ini aku list hasil-hasil dan faedah menjadi THS terbilang:

  • Curi idea dan hasil kerja. Claim segala credit yang boleh. Kerja sikit je, acting lebih.
  • Projecting negative image to you. Lebih-lebih lagi kalau same level of grade or seniority. They will kill you once dah perah segala susu dan keringat. Hahaha.
  • Mereka mahu sesuatu dari korang. Andai kata THS slams you in the face, they will losse all the ammunition. Lagi-lagi kalau diorang tu selalu rembat idea korang. Bijak tak THS ni? Makan dalam perlahan-lahan.
  • Backstabbing madefaker.
  • The lamest excuse ialah cuba mencari kawan. Jangan terperanjat sebab THS biasanya ramai connection dan kawan. Sebabnya orang lebih suka manusia yang tactfully dishonest berbanding brutally honest.
  • Developing your tact skill.
THS is very dangerous game to play at workplace. Mula-mula memang syiok tapi jangan terbelit diri sendiri sudah la beb.


4 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

THS tu cam nama kawan aku plak~

Tan Han Siong~

=]

BTW, orang2 camni patut panggil Jabatan Perhilitan je~ Kasi tembak~ Kulit amik, jual~

Azhan said...

good suggestion! haha

Arab said...

aku rasa ko patut pki gelang emo tu hehe...

Azhan said...

aku risau nanti 2 hari pakai dah rosak

haha