Nov 25, 2009

Gelang Penunjuk Aras Emo

Emel ni salah satu bentuk komunikasi yang agak penting kat tempat kerja. Akan tetapi apa jua bentuk komunikasi pasti ada adab dan tatasusilanya. Walaupun tak apply bagi sesetengah orang yang macam tak reti atau faham etika hantar email. Guna CAPS LOCK. Guna simbol !!!!!!!!!

Ada jugak yang kerjanya asyik berdebat dalam emel atau email war. Biasanya melibatkan dua pihak yang hobinya berdebat dan mengadap PC atau laptop membalas emel. Satu hari boleh jangkau sampai 8 hingga 15 emel. Emel berbalas sela masa 15 minit menunjukkan part time job mereka sebagai keyoard warrior. Biasanya sebagai pembaca setia, aku akan mengharapkan satu pertandingan debat yang mana neither side I wanna see lose. Hahaha. Yang kelakar c.c. list panjang berjela-jela sampai semua orang dia nak hantar. Nasib baik makcik cleaner takde emel account. Tak cukup dengan itu, boleh sambung kat bilik meeting. Tapi itu cerita masa kat tempat kerja lama.

Ada juga kes yang aku ketawa sampai hari ini. Emel yang pertama dan kedua nampak macam biasa je. Sampai emel ketiga tiba-tiba satu pihak emo. Puncanya satu pihak lagi tersalah tafsir emel kedua dan baca ikut nada dan kefahaman ke'emo'an sendiri. Yela, emel bukan ada nada atau lengguk suara. Emel ni kan medium written communication yang unik, tak macam tulis buku atau majalah, jadi info selalu disalah ertikan atau terjadi misinterpretations. Part yang ni selalu terjadi. Orang-orang macam ni biasanya berfikiran (atau tak pernah fikir) yang emel ni sama macam bercakap.

What can be misunderstood in an email message will in fact be misunderstood.

90% orang percaya yang mereka faham nada yang cuba disampaikan dalam emel. Aku baca kat sini. Cerita emel ni sama lah juga dengan sms, chat, YM. Selalu disalah erti, sama ada serius atau sarcasm atau lawak. Mana satu?

Kadang-kadang aku ada juga dapat emel yang menurut kefahaman aku nak provoke aku, lalu membuatkan darah aku membuak-buak nak hentak kepala dia kat laptop murahan aku ni 18 kali, tapi... "Oh wait, maybe he/she didn't mean it that way..."

Beberapa hari yang lepas aku jumpa device ni. Emo bracelet+bowl atau Phillips Rationalizer daripada Phillips. Asalnya konsep device ini dibuat untuk mereka yang terlibat dalam sektor pelaburan atau online investment. Peranti atau device bertindak sebagai "mirror of emotion" untuk mengelakkan pelabur buat keputusan pelaburan yang tidak rasional.

Saranan aku, kepada yang selalunya mengikut perasaan semasa hantar emel, boleh beli satu dan cuba. Kalau boleh letak buzzer kat device ni untuk lebih alert dengan level ke'emo'an anda itu. Nak lagi ekstrem boleh modify sikit letak 110 volt power supply supaya boleh bagi kejutan elektrik setiap kali emo sampai ke level kritikal. Boleh emel aku untuk modify tambah power supply 110 volt tu. Ha ha.

Kompeni sekarang ni aku dah tak nampak email war lagi. Mungkin bukan culture kat sini. Lagipun setiap kali aku dapat emel, aku bengang sebab tak faham. Bahse ingris orang jepun macam lahanat dia punya nahu.


Phillips Rationalizer. Gambar dari sini.

9 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Eh, nak beli lah~
Nak bagi pada bekas jantan yang emo semacam tu~
Hahaha~

faiz said...

menarik! Boleh aku pakai esok masa nak drive masuk Singapore untuk raya. Nak drive masuk singapore kan kene emo sket dgn driver cina singapore yg babi.

Azhan said...

Zara,
haha. bg dia pakai kt leher.

faiz,
aku rasa diorang pun berpikiran sama bila jumpa kau. kih kih kih

FrH said...

kahkahkah. email war. kenangan tu :P

Anonymous said...

biasa je terima email cam nie

"why??!!!..u din check????!!"

huargh..tensen2..

Azhan said...

Farah,
seriyes kenangan. tak jumpa kt tempat lain.

Anonymous,
padan muka. lenkali letak nama baru aku bole simpati. padan muka sekali lagi.

Farhana said...

rasanya bahasa inggeris org jepun jauh lagi boleh paham daripada bahasa inggeris cine m'sia yang pegi amik degree kat negara China!kaum die sendiri pun x paham ape die cakap(ade unsur emo, kena pakai Phillips Rationalizer nih- sayang nak satu boleh? kiki!)

junkfood said...

abang sasa aku rindu ngan kau ah weh.. bila la boleh lepak lagi macam dulu? memang pantas bergerak

Azhan said...

dear,
ha ha

amir,
gey siyal komen kau...haha
nnt tggu gua free