Nov 10, 2009

Apabila Dah Mengantuk

Hari ni aku cuti dan banyak masa free. Aku nak compile cerita apabila aku dilanda mengantuk dan tak cukup tidur. Time tengah mengantuk ni kalau sesapa buat lawak bangang kat tempat kerja boleh kena siku. Emo aku bertambah kalau mengantuk tengok bola, lepas tu result macam haram. Tapi macam mana kalau sendiri yang buat perkara bangang?

Ini salah satu ceritanya.

Tempat kerja aku ada 3 factory. Factory 1 dan factory 2 berada 30 minit daripada rumah aku dan kedua-duanya berada di kawasan industri A. Factory 3 terletak lebih kurang 15 minit je dan terletak kat kawasan industri B. Industrial area A dan B mempunyai route yang berlainan. Main office aku kat Factory 2, tapi ada masanya aku kena pergi factory 1 atau 3 untuk meeting dan apa-apa aktiviti lain.

Ada satu hari tu aku plan nak pergi factory 3 sebab ada meeting pukul 8 pagi. Apesal orang-orang kat sini suka sangat meeting pagi-pagi. Anyway, hati senang sikit kalau pergi factory 3 sebab jalan ke sana tak jem. Lagipun malam tadi stay up champion league punya pasal. Result pula macam jahanam.

Hari tu aku pun bangun macam biasa, siap-siap lepas tu layankan MHI. Aku jeling-jeling jam, "Oh awal lagi. Mata pun mengantuk ni. Relak-relak dulu." Sikap bertangguh yang aku warisi sebagai graduan IPTA memang terserlah.

Tepat 20 minit lagi nak pukul 8 pagi aku pun gerak ke ofis. Kerja mesti precise. Tapi tak sedar tahap mengantuk aku menyebabkan kebebalan aku bertambah 18% daripada biasa. Precise kepala hotak aku.

Masa on the way tu, dalam keadaan separa mengantuk cuba layan lagu-lagu kat radio. Dah separuh jalan baru aku perasan aku dah masuk highway Pasir Gudang. Ini dah ambil route pergi ke factory 2. Bagi menambah rencah derita aku jalan pula jem ada eksiden. Macam biasalah, eksiden kat lane kiri, lane kanan sibuk nak tengok. Nak cilok sana-sini pun payah.

Memang best. Akibatnya perjalanan aku ditambah dengan re-route sampai ke factory 3 pukul 8.30 pagi. Semua dah start meeting. Masa tu aku janji dengan diri sendiri jangan cerita pasal bola selama 2 minggu.

3 comments:

Arab said...

Terbukti IPTA berjaya mendidik ko untuk mengekalkan identiti sbg Graduan Lengah

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha~
Sekurang-kurangnya result malam tadi bisa buat aku tenang dan bertenaga di sekolah~

=p

Azhan said...

arab,
lengah, bingai, bangang dan sewaktu dengannya

...dan juga semangat jati diri yg konon2 tinggi

cikgu munakahat,
2 minggu, 2 minggu...