Nov 13, 2009

Bakhil bin Kedekut Ilmu

Aku pernah share satu quote yang aku tak ingat jumpa kat mana...
Kau bagi aku satu ringgit, aku bagi kau satu ringgit. Maka kita sama-sama ada satu ringgit. Kau bagi aku satu ilmu, aku bagi kau satu ilmu (yang lain). Maka, sekarang kita sama-sama ada dua ilmu.
Tapi hari ini ada orang cakap dengan aku, kalau kita bagi dia satu ilmu dia takde bagi kita apa-apa. Apa yang kita dapat?

Apa agaknya persepsi korang terhadap orang yang tanya soalan camtu? Ya, kedekut ilmu.

Barangkali orang yang berkata-kata itu lupa, "what you give is what you get." Kalau memberi ilmu yang bermanfaat takkan habis ilmu kita, bahkan akan datang lagi beberapa ilmu yang bermanfaat dengan izin tuhan. Pehh, tiba-tiba pandai pula aku macam pakar motivasi. Ada banyak lagi ungkapan yang berkaitan dengan ilmu ni. Letih kalau nak menaip.

Satu lagi, ada satu perangai di kalangan orang kita yang suka sangat simpan ilmu. Macam ni kata-katanya.

(1)"Aku tak boleh ajar kau benda ni. Ni periuk nasi aku ni."
(2) "Ini skil keramat aku belajar dari nenek embah aku punya mak sedara punya jiran, takleh share."
(3) "Kalau aku ajar kau, nanti value aku hilang la. Aku nak management nampak kalau aku takde, kompeni tak jalan."
(4) " Ni aku ajar kau lebih-lebih nanti kau naik pangkat sedap-sedap. Aku macam ni jugak."

Itu kata-kata keramat daripada orang-orang kita. Biasanya ilmu yang diorang kedek sangat tu bukannya ada nilai intelek atau spesial sangat pun. Aku hairan, sepatutnya diorang pikir dan aku juga pikir (sampai nak masuk sepital aku pikir) sebab aku dinaikkan pangkat tu dinilai daripada value aku kepada kompeni. Value yang dinilai dari skil dan pengetahuan yang relevan dan sentiasa mahu improve atau perbaiki diri. Kalau setakat kedekut ilmu lapuk yang orang lain boleh belajar. Lambat-laun orang baru masuk belajar slow-slow kemudian lebih pandai dan itulah masanya diorang sedar yang diorang sudah tidak relevan atau tiada value kepada kompeni lagi.

Kalau la terjejas hidup dan pintu rezeki kita apabila share ilmu dengan orang lain, kenapa agaknya jutawan-jutawan kat dunia ni tulis buku, buat blog, ceramah share rahsia kejayaan diorang. Takde pun diorang jatuh miskin atau bankrap. Ramai juga jutawan siber yang share cerita dan tips secara free kat blog masing-masing.

Itu cerita orang kita. Macam mana pula dengan bangsa lain?

Mengajar tapi bersifat selektif atau biased. Ini pun dikira kedekut juga. Mahu mengajar tapi tertakluk kepada kaler kulit. Sifat estet dan bukit ni memang wujud. Masa aku mula-mula kerja dulu dengan sebuah kompeni MNC, kebanyakkan senior staf mata sepet kat situ biarkan kitorang (budak-budak melayu) buat silap dan struggle bagai nak gila tetapi di group lain pula sentiasa diorang support penuh dengan kasih sayang. Satu benda kat sini yang kita perlu respect ialah cara diorang bantu-membantu. Walaupun dengan cara yang agak lahanat.

Masa tu aku tak hiraukan sangat sebab aku berpendapat itulah 'job's learning curve'. Sedangkan itulah 'life's learning curve' yang sebenarnya. Mak aku pula dengan tone dan pitching yang sempurna berkata "Sabarkan aje, bukannya kita mati pun diorang buat camtu."

11 comments:

Arab said...

haha...aku mmg setuju ngan ko, kat tempat lama aku selepas SDE, aku mengamalkan konsep ajar budak melayu smpi pandai pastu leh buat kerja aku, aku tukang arah2 je, tp ada satu mangkuk buat slack bagi ilmu kat pare2 yg perangai nye mcm anjing (keje tak tahu nak buat, tp gaji nak besar, nama nak naik) menyebabkan aku selektif pasal anak2 murid..adakah aku bersifat kedekut?

faiz said...

sejak akhir akhir ni abg Zul byk gile apdet. Tak terketchup.

Azhan said...

arab,
pare2?
itu anjing bukan tak tau buat keje, tapi dia work smart. ha ha.

faiz,
hormon berblog aku dijana oleh amarah.

udin said...

marah ye bang?

ehmm lama aku tak menggunakan perkataan 'kedek'....

Azhan said...

mmg la dah lama tak guna, sebab org selalu guna kat kau...weh kedek, bila nak belanja aku senibong?

udin said...

sila refer entry dengki....keh ekh ek

Azhan said...

mcm alasan je.

aku kene konfem dgn cikgu zaharah ni.

Arab said...

pare=filipino

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

dan mereka lupa, ilmu itu jika ilmu yang baik, bila diamalkan dan disampaikan kepada orang lain, makin bertambah pahal kita sehingga bila2 selagi mereka mengamalkannya~


(aku tetiba rasa cam bagi tazkirah)

Farhana said...

sabar pun sabar jugak...tapi kalau dah mcm lahanat memang patut diband @ blacklisted seumur hidup itu mata sepet....(ade unsur emo skit)

Azhan said...

Arab,
ok. noted.

Zara,
tq for that thoughtful comment

dear,
ha ha. u know, i know.