Nov 6, 2009

Proton Patut Diajar Sejarah Bukan Teknologi

Adakah kesilapan Tun Mahathir melindungi Proton? Perlindungan terhadap produk automotif tempatan sebenarnya dah lama ada kat negara Jepun. Itu adalah salah satu polisi untuk majukan industri automotif tempatan kat sana. Rasanya kalau tiada perlindungan daripada kerajaan, industri automotif tak wujud kat Malaysia ni. Aku bukan nak kipas TDM, tapi ini fakta.

Sepatutnya yang menjadi isu ialah kenapa pihak pengurusan Proton yang sekian lama mendapat keuntungan daripada 'payung' ini tak ambil kesempatan ini untuk bangunkan Proton menjadi lebih mirip macam Toyota, Honda mahupun Nissan. Pada aku yang tak patriotik ialah orang kat Proton, bukannya orang yang tak beli kereta Proton. Mereka sepatutnya pikul segala tanggungjawab untuk jadikan Proton kebanggaan orang Malaysia bukan bahan cemuhan kat seluruh dunia.

Perbezaan ketara proton dan lain-lain jenama ialah kualiti. Kalau nak senaraikan kecacatan kualiti yang berkait dengan proton ni panjang lebar dan kelakar pun ada. Pada pendapat aku, kesilapan pihak pengurusan kat proton ialah diorang tak belajar daripada sejarah. Aku kongsi sikit pasal sejarah industri kereta melalui pengetahuan aku yang sekangkang kera ni.

Sakichi Toyoda (pengasas Toyota) dan anaknya Kiichiro Toyoda dan Taiichi Ohno (jurutera Toyota) melawat ke kilang pembuatan Ford, untuk melihat sendiri industri yang membuatkan Ford jadi kaya raya. Di sana, pasukan Ohno tak puas hati dengan keadaan yang ada di Ford. Banyak masalah di production floor, overstock dan rework di hujung proses. Dah menjadi budaya kerja orang Jepun, cuba buat benda yang sama tetapi lebih baik.

Di kilang Ford, mereka lebih tahu "what not to do" berbanding "what to do". Yang menjadi inspirasi kepada pasukan Ohno ini ialah semasa mereka berada di pasaraya bernama Piggly Wiggly. Keadaan yang bergitu sistematik dan teratur di pasaraya tersebut menjadi inspirasi kepada Sakichi Toyoda, Kiichiro Toyoda dan Taiichi Ohno untuk merintis sistem yang diberi nama Toyota Production System (TPS) dan seterusnya Lean System. Ya kawan-kawan, sampai pergi supermarket pun diorang berfikir pasal kerja.

Pada masa tu, pasukan Toyota pergi ke Ford bukan untuk mencari atau mencuri ilmu mahupun teknologi Ford. Mereka ke sana untuk menjadikan proses di Toyota menjadi lebih efisyen dan menghasilkan produk yang lebih value untuk customer. Tapi kenapa? Asas kepada sistem TPS ialah "the right process will produce the right result". Dengan adanya sistem ini, mereka cuba mewujudkan budaya kerja yang "not fixing the problem, but get quality right at the first place."

Orang Jepun bekerja memang berfalsafah kan? Daripada dua falsafah yang mudah itu, mereka cuba menghapuskan 3 elemen, Mura, Muda, Muri di assembly line. Dan falsafah back to basic ini menjadi taruhan kerana pasukan Ohno percaya setelah proses menjadi licin, barulah boleh menjadikan segala masalah atau "waste" lebih visible untuk dihapuskan dan seterusnya membangunkan teknologi-teknologi yang lebih reliable dan sustainable. "Waste" yang dimaksudkan itulah masalah-masalah kualiti yang selalunya terlepas ke tangan pembeli-pembeli malang. Secara logiknya kalau tak dapat dikesan, macam mana nak improve? Sebab itu penting untuk menjadikan "waste" visible, sebab itu juga mereka bekerja keras menjadikan proses lebih licin.

Aliran proses yang licin dan penghapusan mura, muda dan muri juga antara punca kejayaan Toyota menghasilkan kenderaan yang lebih kos efisyen. Orang-orang Jepun punya konsep pemikiran, kalau kos hasilkan barang Rm10, mereka akan cuba hasilkan Rm5, kerana mereka percaya ada beberapa peratus kos datang daripada COPQ iaitu Cost of Poor Quality. Sebab itu barang-barang buatan Jepun murah walaupun advance dari segi kualiti dan teknologi.

Satu lagi cerita sejarah. Ada suatu ketika Ford menghasilkan satu model yang menggunakan transmisi (gear) buatan Amerika dan juga Jepun. Tetapi berdasarkan feedback pembeli, ramai yang berkata tansmisi buatan Jepun lebih baik malah pembeli-pembeli baru sanggup menunggu kereta yang ada transmisi dari Jepun. Kes ini antara yang paling menarik berlaku di dalam industri automotif. Jurutera di Ford pening sebab kalau dibandingkan ukuran (dimension), dua-dua penuhi spesifikasi.

Jadi jurutera Ford menjalankan ' autopsi' ke atas transmisi buatan Jepun. Hasilnya mereka mendapati segala ukuran (dimension) dalam gear buatan Jepun lebih kecil range tolerance. Contohnya jika spesifikasi 10 inci +/- 3 inci, maka gear buatan Jepun dalam range 10 inci +/- 1.5 inci. Itulah puncanya transmisi Jepun lebih berkualiti. They make the same thing, only better and cheaper.

Aku boleh teruskan lagi pasal masalah vendor, sebab kebanyakkan parts dalam kereta Proton dihasilkan vendor-vendor. Tetapi itu semua akan balik semula kepada masalah 'visibility of waste'. Jika kualiti parts atau kelengkapan yang dihasilkan oleh vendor adalah lemah, bagaimana pula pengawalan kualiti di Proton dan bagaimana agaknya Proton membantu untuk sama-sama membangunkan vendor-vendor dan juga pekerja-pekerjanya.

Tiada industri yang boleh berjaya tanpa sama-sama bangunkan vendor dan pekerjanya, seperti yang tertulis dalam buku sejarah The Toyota Way. Membantu membangunkan kualiti vendor-vendor ini ibarat "you scratch my back, I'll scratch yours." Tapi tak tahulah kalau ada orang yang gunakan ayat itu di luar konteks.

Sesekali jenguk dan pandang ke belakang dan lihat macam mana path atau laluan yang Toyota, Ford, etc. lalui. Asyik nak tengok ke depan dan teknologi tapi assemble power window pun tak pandai-pandai sampai sekarang.

Sebelum korang nak assume apa-apa, aku juga pengguna kereta Proton. Hasilnya, kemahiran hands-on aku meningkat sebab hampir semua problem aku troubleshoot dan repair sendiri. Ini dikira first hand experience. Yela, kalau sibuk-sibuk nak jadi R&D engineer tapi pegang spanar pun tak tahu, buat malu je. Jadi kepada fresh grad engineering, belilah Proton untuk karier yang lebih gemilang. Ha ha.
Autobot Savvyo. Korang tak nampak dia dalam movie transformer sebab dia gagal sampai ke planet bumi, breakdown halfway perjalanan dari Cybertron. Sedih.

8 comments:

Arab said...

Peh sblum dgr khutbah jumaat, aku baca teks khutbah ko nie dulu, boleh aku tdo time khutbah jumaat nanti.

Mmg penting utk buat kerja "right at the first place" dan slogan ini menjadi polisi company tempat aku kerja...even ada polisi right at the first place ni waste company 2008 hampir mencecah USD2M...byk tu dan ini memberi kesan ke atas employee's bonus.

so kat company tempat aku kerja, rata2 ramai yg try to avoid waste and rework...tp dunia tak seindah mana.....mesti ada rework punye...

Trademark kereta Proton: Mesti ada bunyi2an tikus dlm kereta....oh my old proton Iswara, where are you now?

Azhan said...

maknanya slogan kat tempat keje kau tuh hanyalah slogan.

sama lah macam org cakap pasal lean system. kalau kucing mak aku boleh cakap pun pasti dia berbual pasal lean sistem. yg penting implementation.

kau kene tengok kompeni yg saving berjuta ringgit dgn sistem lean atau TPS. bukan takde. mcm kompeni aku skrg, kecil tapi going strong.

satu lagi line assy kt automotif ni panjang, bnyk part mekanikal dan elektronik, elektrik, proses assy rumit...so walaupun ada reject, yg penting detection dan quality barrier, pastikan jgn leak kpd customer.

dunia itu indah kalau semua proses LEAN.

tapi kalau setakat ada slogan je buat apa.

belajar dari sejarah dan jgn kompromi.

asik asik takpe, takpe, dah biasa, dah biasa...

Arab said...

haha...betul gak. mmg harap slogan je tp tak implement tak guna gak...patutla waste smpi USD2M.

ayat ko mcm promote Company sendiri mcm VP of Communication."mcm kompeni aku skrg, kecil tapi going strong."

aku rasa ko patut buat satu dokumentari psl benda ni pastu hantar ke Discovery Channel (suggestion aku suara latar ko guna suara Babat!!)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~
bukan tak tahu sejarah, tapi memang tak nak belajar agaknya.

eh, entah2 aku kena mengajar Sejarah tahun depan..=p

BTW, aku terfikir nak beli MyVi~
Eh, itu Perodua kan?
hahaha~

Wak Zailan said...

aku dah malas nak komen dan komplen...

cuma kalau ko nak buat dokumentari guna suara Babat, aku bleh compose background music dia!!!

Azhan said...

arab,
kalau tak dah tentu bonus 1mil untuk kau. cadangan ke NG tu susah sikit la. bnyk halangan.

Zara,
Myvi? beli superbike. baru nampak ganas kat sekolah.

wak,
hahahahaaha, aku mcm tau muzik apa

puji.dlm.hati said...

Easier for japan to do suc'ha things as their mind had been hammered to the concept and the FU way of "WA".For most Japanese( i mean the professional ones), Wa is a feeling close to perfection: a group situation in which everything goes smoothly, without contestation or ill will, everyone knows their place and act accordingly.Friends,bosses,vendors, supplier customer...all of them are humans that needs to be satisfied thru the concept WA. while they can seek forgiveness to their many gods if they did a mistake,human relationships applied differently.They can embraces Shinto 2day and married in a christian way d next day.If they buat dosa in a Buddhist way, they can seek forgiveness from other gods..If they make a mistake to a relationship,they will bow they faces to d the ground 2 seek forgiveness.If achieving wa requires a bit of
play-acting or shaving their own flesh then so be it.

Azhan said...

mouri,

TPS, lean are indeed inspired by WA (harmony, peace, and balance) but it is not impossible to implement even if u are jawa, malay, chinese, indian, european, buddhist, christian, n regardless of how many gods u have. companies all over the world are inspired by this socio-technical system which focus on interaction on people, technology and meaningful of task. it is what we refer as scientific management.

one of lean element, poka-yoke or mistake-proofing/fail-safing accepts the flaw of human. Its purpose is to eliminate product defects by preventing, correcting, or drawing attention to human errors as they occur. looking at it from another angle, human make mistakes but all we need to do is giving it a systematic, creative approach to prevent/detect the errors.shaving your own fleash for mistakes? hehe. i beg to differ.

if u read this entry again, it is about how ohno team learn from ford mistakes and refine it in a scientific management way. the concept is to eliminate waste by making it visible. imagine if our hospitals implement such system?

i don't think it is that difficult for us malaysian to implement such system. all we need to do is change the way we think. throw away those...takpe la, boleh la, dah biasa la.

anyway, thanks for ur comment.