Sep 2, 2009

Value Degree Anda

Aku saja nak panjangkan cerita.

Bila selesai saja konvokesyen, sila bertanya kepada diri anda...apakah value degree anda?

Menjawab kepada soalan cepu emas, value atau nilai ijazah terletak pada orang yang pemiliknya. Aku ada tulis komen kat sini, value degree = person + knowledge. Pernah dengar book smart? Apa erti book smart tanpa street smart. Book smart mungkin banyak yang miliki selepas bertahun-tahun bertapa kat universiti, tapi street smart? Lepas anda-anda semua dapat derive formula tersebut barulah dapat calculate nilai degree anda.

Kepada yang tidak ngerti apa itu street smart, "Having practical rather than theoretical knowledge, such what is learned outside the classroom". Itulah yang mungkin ramai missed out. Mungkin kita rasa dah best dapat A berderet-deret, tapi bila terjun ke bidang pekerjaan, nangis tak berlagu. Atau mungkin juga asyik duduk terperap dalam kolej sampai naik rasa diri best dan menghadap PS2 24 jam lepas tuh hujung minggu balik kampung entah ulu mana, lupa pasal dunia luar. Penyangak, pembuli, pembodek, pencabul segala macam orang yang bakal jumpa apabila start kerja nanti.

Bulan ini bulan Ramadhan. Tak macam hari-hari lain, temper di tempat kerja aku kawal seelok-eloknya 26 darjah celcius sahaja. Tapi ada juga 2-3 insiden yang membuatkan aku tersengaja maki. Kisahnya, melihat budak-budak fresh grad yang kena putar dengan senior staf. Kalau buat kerja lambat, dikatakan overpaid. Kalau buat kerja lebih dikatakan membodek. Akhirnya spesis-spesis fresh grad tertekan dan tender resign letter. Inilah contoh takde skil street smart. Tak tau macam mana nak handle senior-senior staf yang mangkuk ayun (dan melayu bengap) macam ni. Yang jadi mangsa, diri anda sendiri, hai fresh grad.

Aku faham masalah budak-budak fresh grad yang macam ni. Result bagus, rambut kemas, seluar seterika licin-licin, sopan santun, handphone selit kat tali pinggang, etc etc. Dan masalahnya pergaulan diorang kat universiti pun terhad kepada yang sama spesis macam diorang. Itulah masalahnya. Bila pemikiran 2 dimension locus, hasilnya dunia pun dilihat dari 2 dimension locus. Aku pun tak tau nak tolong macam mana lagi.

Warning: Ini bukan street smart. Ini konon-konon smart. Haha!

10 comments:

teka siapa saya said...

value degree aku adalah sebuah fiat punto

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

manusia sebegitu memang sellaunya hadapi masalah di alam realiti~ universiti dah bekalkan generic skills, tapi kalau sendiri tak boleh adapt, they should blame themselves. Lagipun, dunia bukan hanya dalam lingkungan kawasan universiti, minda tidak dibuka, sampai bila ia akan tercerna?

frH said...

dulu masa aku fresh grad, kat tempat keje kene marah dgn senior aku, tp bleh terima laa sbb masa tu dia xgarang sgt mcm skang. & byk gak aku belajar dpd dia. time kaseh encik senior.

tp skang mcm lg garang nampaknya senior tu.

.
.
.

senior aku tu nama dia zul azhan. sama nama dengan kau la :P

faiz said...

degree = satu kursus yang melatih kau untuk menyelesaikan masalah dengan tepat & pantas dan kebolehan untuk manage sesuatu assignment dengan perfect dlm timeframe yg diberi. theory theory tu smeua boleh belajar balik.
first class degree bukan satu assurance yg kau boleh kerja lagi bagus.

teringat dulu masa memula kerja beli sarung handphone yg boleh sangkut kat pinggang.. senang nak jawab henpon...hehehe.

Azhan said...

siapa saya,
murahnya nilai degree kau. ilmu biasanya tiada nilai.

ZARA,
cikgu, bulls eye.

frH,
Those were the days. Kenangan beb...tapi org kata aku lepas kawen dah mellow sikit. ha ha

Faiz,
ya tepat sekali, 100 unit amanah saham 1malaysia untuk kau.
agak2 berapa handphone muat kat pinggang kau masa tuh?

udin said...

degree tu kertas je...aku kan dari 3RK1 dah mmg priceless...ahahaha

Azhan said...

dalil2 kenapa udin tak priceless:

(1) muka tak hensem. ada iras orang ghana kawin campur dengan org bangla. sikit2 pun ada rupa bambang pamungkas.

(2)tamat belajar pada umur 26 tahun.masa tuh kebanykan org dah beli rumah dan nak kahwin.

(3)suka ikut trend. beli converse sebagai kasut sekolah. org lain pakai pallas jazz.

(4) ada Munchausen syndrome.

(5) berjiran dgn org vietnam.

(6) kena clash dgn awek di LRT.

(7) pernah eja namanya OOOOOODIN. patut ke?

(8) kaki bangku. tapi perasan zinUDIN zidane. pencapaian sukan memang hampeh.

(9)suka duduk KL.

(10) kawan baik di mrsm bernama BOYE.

Hahaha.

faiz said...

mmg tepat sekali! ahahahahahhaha

Azhan said...

ada silap sikit....

(1) udin aborigine


kejam, kejam, kill kill

udin said...

oodeen la...salah tu ko eja.