May 24, 2009

Terlupa atau buat-buat LUPA

Petikan daripada Berita Harian:

Askar terlupa sudah kahwin

BANDAR RAYA JEFFERSON: Seorang askar di bandar raya ini, terlepas hukuman atas kesalahan berpoligami, selepas mendakwa dia mengalami gangguan fikiran ketika berperang di Iraq sehingga terlupa dia sudah berkahwin.

Rivera berkahwin lagi dengan wanita di Missouri tidak lama selepas kembali ke Amerika. Bagaimanapun isteri pertamanya terlihat berita mengenai perkahwinan beliau di televisyen dan membuat laporan polis.

"Saya amat tertekan dan dihantui ingatan perang di Iraq," katanya. - Agensi

Lepas ni ramai artis-artis dan bukan artis yang akan guna pendekatan yang sama. Berderet-deret la diorang beratur nak join misi-misi pengaman.

Tapi boleh jek guna aksi batuk-batuk kokol untuk escape. Buat-buat pergi bilik air 2-3 kali pun kekadang berkesan gak, lagi la kalau bilik air tuh nun jauh. Encik Udin, jangan mare aaaaa...

Ir. vs Dr.

Aku dah muak dengan cerita kat Perak. 70% sibuk rebut kuasa, 20% pasal kereta, lebih kurang 10% jek buat kerja (ada ke?).

Ok, Dato' Seri Nizar, sebagai peminat filem P.Ramlee, mungkin kalau ada kesempatan nanti boleh kita duduk satu table dengan Zambry, recap pasal cerita Nasib si Labu-Labi. Ha ha.

Dan politik kat Perak menyebabkan produktiviti berkurangan di ofis-ofis yang penuh dengan 'politician' part time macam ofis aku. Ahhh kecoh!

Dato' Seri Nizar's blog. Pada hari dia jadi MB, profile blog dia tertulis: About me:
"Did challenged Rafidah Aziz in General election 2004 at Kuala Kangsar Parliamentary seat. Lost to her!" Baca kat sini.


p/s: jangan nak cerita politik dan bola dengan aku untuk 2-3 bulan ni.

May 19, 2009

Komen Semi-Pro

Musim lepas takde piala, musim ni kempunan lagi. Dah la tahun ni kecoh-kecoh jadi challenger (konon), last-last semua cup terlepas. Tahun ni pendekatan selamat Rafa yang ditukar ke corak menyerang. Ok, aku nak bagi ulasan semi-pro aku kat bawah ni.

Reina antara player yang tak boleh nak agak dia punya performance. Bila dia in-form, memang save-save spectacular, tapi bila masa dia relak-relak, masa tu la kesilapan-kesilapan Hassan Miskam muncul.

Dua wing back kiri dan kanan takleh nak protect Reina, dan lebih baik menyerang daripada bertahan. Contohnya 2 game penting Liverpool, vs Chelsea & vs Arsenal. Arbeloa & Aurelio memang petualang.

Dulu aku masih ingat tranformasi Igor Biscan daripada midfield jadi center half. Clumsy mengalahkan Mr. Bean. Tak taula kalau dia memang sengaja pangkah kaki lawan sebab menyampah jadi defender. Carra memang model professional, tapi tade skill pun apa jadah? Kalau takde speed lagi la haram jadah. Skrtel pulak ok-ok jek. Agger? ON-OFF. Ada sindrom injury memanjang.

Di enjin midfield, musim ni adalah musim Xabi Alonso. Serius. Satu ketika nak dijual ke Juve oleh Rafa, but proved why he is valuable. Pin-point passing and long distance goal. Yang ni kriteria yang tak nampak pada midfield 'masa depan' Liverpool, Lucas Leiva. Ok, Fergie boleh amik Lucas balik, takyah rebut-rebut. Left & right midfield, Kuyt memang model pro, work rate tinggi. Riera, ON-OFF. Babel, first touch berterabur. Nabil El-Zhar, pendek sangat, bontot berat. Kekurangan di sayap ni, ketiadaan winger tahap poyo macam Christina Ronaldo yang boleh silang-silang kaki macam nak sabit rumput. Bayangkanlah, mana ada footballer cukur kening ala Aishwarya Rai (komen emo). Last-last si yahudi Benayoun jugak yang berguna.

Takde keraguan pasal Torres, tapi tahun ni dia injured lama, Liverpool pun tersungkur sama. Seri seri seri berseri-seri. Sama juga dengan Stevie G. Masa tu ada back up, Robbie Keane ada pun sampah. Nak harapkan sapa lagi? David Ngog? yang kualiti sekadar Rusdee Sulong. Takde striker yang clinical, takde la match winner.

Satu lagi, tahun ni Liverpool banyak bolos daripada set-piece. Zonal marking. Gila ahhh, tiap-tiap kali corner atau free-kick serius suspen. Hatta kalau Johor FC lawan Liverpool sekalipun boleh score kalau dapat corner. Next season aku kempen Anti-Zonal Marking.

Persoalan sekarang...mampukah Rafa bawak BPL ke anfield, mampukah Rafa membawa 2 orang kampungnya, David Silva & David Villa ke Anfield? Kita tunggu musim depan.

p/s: remove the carlsberg will ya!

May 12, 2009