May 19, 2009

Komen Semi-Pro

Musim lepas takde piala, musim ni kempunan lagi. Dah la tahun ni kecoh-kecoh jadi challenger (konon), last-last semua cup terlepas. Tahun ni pendekatan selamat Rafa yang ditukar ke corak menyerang. Ok, aku nak bagi ulasan semi-pro aku kat bawah ni.

Reina antara player yang tak boleh nak agak dia punya performance. Bila dia in-form, memang save-save spectacular, tapi bila masa dia relak-relak, masa tu la kesilapan-kesilapan Hassan Miskam muncul.

Dua wing back kiri dan kanan takleh nak protect Reina, dan lebih baik menyerang daripada bertahan. Contohnya 2 game penting Liverpool, vs Chelsea & vs Arsenal. Arbeloa & Aurelio memang petualang.

Dulu aku masih ingat tranformasi Igor Biscan daripada midfield jadi center half. Clumsy mengalahkan Mr. Bean. Tak taula kalau dia memang sengaja pangkah kaki lawan sebab menyampah jadi defender. Carra memang model professional, tapi tade skill pun apa jadah? Kalau takde speed lagi la haram jadah. Skrtel pulak ok-ok jek. Agger? ON-OFF. Ada sindrom injury memanjang.

Di enjin midfield, musim ni adalah musim Xabi Alonso. Serius. Satu ketika nak dijual ke Juve oleh Rafa, but proved why he is valuable. Pin-point passing and long distance goal. Yang ni kriteria yang tak nampak pada midfield 'masa depan' Liverpool, Lucas Leiva. Ok, Fergie boleh amik Lucas balik, takyah rebut-rebut. Left & right midfield, Kuyt memang model pro, work rate tinggi. Riera, ON-OFF. Babel, first touch berterabur. Nabil El-Zhar, pendek sangat, bontot berat. Kekurangan di sayap ni, ketiadaan winger tahap poyo macam Christina Ronaldo yang boleh silang-silang kaki macam nak sabit rumput. Bayangkanlah, mana ada footballer cukur kening ala Aishwarya Rai (komen emo). Last-last si yahudi Benayoun jugak yang berguna.

Takde keraguan pasal Torres, tapi tahun ni dia injured lama, Liverpool pun tersungkur sama. Seri seri seri berseri-seri. Sama juga dengan Stevie G. Masa tu ada back up, Robbie Keane ada pun sampah. Nak harapkan sapa lagi? David Ngog? yang kualiti sekadar Rusdee Sulong. Takde striker yang clinical, takde la match winner.

Satu lagi, tahun ni Liverpool banyak bolos daripada set-piece. Zonal marking. Gila ahhh, tiap-tiap kali corner atau free-kick serius suspen. Hatta kalau Johor FC lawan Liverpool sekalipun boleh score kalau dapat corner. Next season aku kempen Anti-Zonal Marking.

Persoalan sekarang...mampukah Rafa bawak BPL ke anfield, mampukah Rafa membawa 2 orang kampungnya, David Silva & David Villa ke Anfield? Kita tunggu musim depan.

p/s: remove the carlsberg will ya!

3 comments:

Wak Zailan said...

beli Joaquin, Villa, Lucio, Modric, ...eh, berat juga tu nak kena beli semua..hahahahahahahahhaahahaaaa

Azhan said...

smlm petisyen beramai2 dr malaysia suh Benitez beli keseluruhan skuad LEEDS untuk gantikan skuad skrg.

baru la boleh fight dengan SUNDERLAND.

bole wak? ha ha

Wak Zailan said...

wak lu!!!