Jumaat dah lepas. Hari ni dah Sabtu. Cuti seminggu aku nampak mcm dah penghujung. hu hu hu. Lepas ni kesesakkan kepala akan bermula semula. Smlm drpd Yahoo sampai ke TV tayang story pasal scam. Paling kelakar entry ni.
Sbnr nya pompuan TEKUN tu dah berjasa kepada mangsa2 tuh semua. Bayangkan (sambil pejam mata) sorang pemohon pinjaman TEKUN nak buat loan RM75k utk join MLM. Pompuan TEKUN tuh mintak RM100 utk percepatkan proses loan. Tapi last2 lepas stahun loan tak dapat. Jadi diorang pun terasa kene tipu. Abih tu kalau loan tuh dapat, then diorang join MLM yg tak tentu tau ujung pangkal tu. Lagi banyak rugi kan. ha ha ha ha. Lepas mulut buaya masuk mulut rimau. Tuh belum kira mulut beruang lagi.
Citer pasal MLM @ skim cepat kaya @ investment internet nih, teringat 'kenangan2' kat tempat keje lama. Dulu aku ada member yg ajak aku join Swiss Cash & EA Index. Pastu bile aku taknak join, dia sindir2 sayang plak. Ceh. Lepas dia kene scam...senyap. Lepas tuh wujud plak perniagaan antar spam ke email. Konon-konon email iklan (advertisment). Skim tu lebih kurang camni, kompeni tuh sediakan pakej ikut jumlah email (dlm bentuk CD). Kau bayar la, let say, RM400 untuk 100 email address. Pastu antar la iklan ke email2 tuh, peringkat demi peringkat. Aku tengok semua iklan mengarut je. Pastu bayaran setiap minggu kot. Berdasarkan mamat yg kene scam tuh, sebulan dah balik modal. ha ha ha. Ni yang best. Bila org dah percaya, dan based on recommendation kawan2 (scam ni pun ada unsur piramid), ahli-ahli bertambah. Yang dah letak duit, tambah lagi duit. Scammer pun senyum sampai telinga.
Akhirnya last update aku baca, pejabat scam tuh kat Menara Public Bank depan City Square hampir runtuh kene serbu dgn mangsa-mangsa. Ada yg dapat untung (yg awal-awal masuk)...ada yg rugi beribu-ribu. Pastu aku baca kat paper, kompeni ni ada branch kat Skudai. Kesian btul. Paling kelakar, member aku siap inform aku, "weh, aku jumpa lecturer aku kat situ gak..." Ada ke? :)
Aku keje kat kilang, organisasi besar...orang pun ramai. Mangsa dan pemangsa bertambah populasi & probability. ha ha. Kat kilang ni, mcm2 skim ada. Ni skrip bila pemangsa yg cuba mendekati aku tapi ditepis, cuba permainkan intelektual & emosi kita plak. C'mon la. Desperate sangat, nanti kene maki korang emo plak. Sila layan skrip kat bwh:
(1) Ni la melayu...kita nak tolong dia. Dia perlekehkan kita plak.
Ayat standard @ default.
(2) Mana bole rugi, kau tengok bos aku punya kereta.
Kereta tuh dah abis bayar? kalau blum tuh bank yg punyer.
(3) Cuba pikir betul2, sampai bila kau nak kerja kilang.
Sampai kene VSS.
(4) Umat Islam kene strong financial, baru kita kuat. Hadith ada sebut...
Ni paling celake, guna agama nak lepaskan diri sendiri. Kalau aku jumpa dia ni lagi, aku flush kepala dia kat jamban.
(5) Aku nak tolong kau. Gaji kau beribu pon tapi tade freedom.
Freedom?...Seha & Shuib ke?...
(6) Skim ni senang. Kita sama2 naikkan group kita dulu. Kau cuma bayar RM2500 masa daftar.
Kau bayarkan la dulu. Kata sama-sama.
(7) Aku buat keje sikit jek. Seminggu aku bole dapat Rm1000.
Ko bela toyol perrr....?
(8) Dah susah nanti, datang mintak tolong kat aku plak.
Ehhh?....mcm silap jek nahu.
(9) Tak join takpe...dengar je dulu.
Dan banyak lagi. Bosan.