Salam,
Akhirnya, Selasa lalu dapat juga singgah Pasar Ramadan Perling beli ikan bakar. Ikan Pari. Yeah. Sesungguhnya waktu berbuka adalah satu daripada waktu gembira yg dijanjikan Allah swt bagi orang yang berpuasa. :-) Seperti biasa (dan dijangka), ramai sungguh orang kat pasar Ramadan, ramai sungguh orang yang dikenali kat pasar Ramadan, banyak plak tangan nak kene salam. Bercerita pasal pasar Ramadan, pengunjung kat pasar Ramadan Perling memang hebat dan tergolong dalam banyak kategori. Mereka ni boleh dikatergorikan:
- Pembeli setia - suami, isteri bekerjaya, orang bujang yang busy. Golongan ini yang memakmurkan ekonomi IKS. Yang bekeluarga biasanya beli makanan utk berbuka & sahur. Yang bujang pulak, beli makanan utk sahur, berbuka & juga sarapan pagi.
- Jalan-jalan tengok orang - mengisi waktu sebelum berbuka. Kalau duduk rumah tengok muka bini & anak2 nanti hilang selera. Umur pertengahan.
- Jalan-jalan tengok awek - budak2 underage. Diorang ni mesti jalan dalam group. Fesyen sejenis, aksesori sejenis, motor sejenis, topi sejenis. Handphone volume pada tahap maksima. Biasanya tak beli apa-apa.
- Beli makanan sambil cari calon isteri/suami - workaholic yg tiada gf/bf, tiada masa utk relationship walaupun online dating. Sangat multi-tasking, jeling makanan, jeling orang.
- Penanti setia - sentiasa tunggu bulan ramadan utk juadah yg hebat2 & yg rare. Tiada batasan umur, bangsa & keturunan.
- Model-model - dapat dikenali dari jarak 30 hingga 50 meter (to be precised) melalui minyak wangi yang mereka guna. Aksesori tambahan, bulu mata palsu & kasut tinggi. Tangan sebelah kiri biasanya memegang PDA phone berjenama. Pembelian mereka terhad kepada 2 plastik kecil sahaja.
- Group of anak dara - datang berkumpulan, bujang, tinggal di rumah sewa & sangat disukai peniaga (terutama abang2 jual air tebu, murtabak, etc). Berbincang sebelum membeli. Sepakat & unite. Jika giliran anda selepas mereka, lebih baik pergi ke tempat lain dulu. Aplikasi teknik brain storming. Topik menjurus kepada lauk kegemaran, rupa peniaga yang iras-iras pelakon siri Samarinda, etc. Lebih sesuai di konsert Jom Heboh.
The whole week, nothing interesting in the newspaper except, berita gempar sepanjang minggu (confirm bukan politik...), berkisar kes bunuh seorang isteri & ibu di Klang oleh perompak yg pecah masuk ke rumahnya. Gila apa! Kes ni melibatkan pendatang asing (halal + haram). Mesti ramai yang baca pasa berita nih. Macam mana kejadian camni bole terjadi, dahtu melibatkan pendatang asing plak. Aiseh...there must be something wrong with our system beb. Korang baca berita nih http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080910001048/Article/ . How come we cannot be safe even in our own home? And about the illegal immigrants....???
OK, move on.
2 comments:
kalau aku tak komen, takde orang nak komen!!!
nak komen tak tau amenda nak dikomen, susah juga ni!!!!
alah..pasar ramadhan mane2 pun sama...tapi kat batu pahat makanan murah laaa...tspi kat Pt Raja mahal, that what makes me wonder!!!
ni pehal plak mamat nih. kau takyah pikir2. kang terlebih emo plak.
Post a Comment