Sep 27, 2008

Moving to another phase

It's the final week of Ramadan. Alhamdullilah. Syukur. For all the blessing.

As the days going by & towards Hari Raya, I have some job left unattended. Still this Saturday need to drive back to office. This week have been a revelation. A truth definition between truth & lies. Wisdom & idiotic. Friends & foes. An act of sincerity or just an act? I am seeing things I have never seen before, hear things I never heard before. Really great though.

This Hari Raya holiday will be the time to decide. To accept or not. This will be a stepping stone. Far away from home.

InsyaAllah.

Sep 24, 2008

A little bit of this....

Just another project have been transferred, a new task/project have been declared by the big boss. OK! Set the dateline by next March.

Now going through all the details, while browsing the net looking for some info (yelaa tu!). Then, I stumble with this website. Although not quite related to my job (i don't care), but quite interesting for those lazy or don't want to complicate your life with Photoshop. (Jentik dikecualikan daripada kategori ini...haha)

The web, Imagechef.com enable u to personalized the image. I have some good photos. hehe. Have some laugh. Jangan serius sangat, nanti cepat tua (as what my wife said).

my songs collection...

kereta racing Wak Zailan....

Babat's new hair cut...
a reminder to Mr. Jentik...
last but not least...a public secret...hehe


Sep 23, 2008

Kempen Pandu Cermat Hari Raya 2008


Salam,

It's Ramadhan, and hope all of u Muslim can make the best of it.

Hari Raya semakin hampir, mesti ramai yg sudah sedia membuat persiapan raya. Yang menyambut hari raya sebagai pengantin baru mesti excited giler...memandangkan salah seorang akan menempuhi satu pengalaman baru beraya bersama keluarga suami/isteri, macam si Faiz & Farah ni. So good luck guys. Hehe. Nanti share² sket citer lepas raya.

Kepada rakan² yg drive utk balik kampung tuh, drive la bebaik. Kalau ada passenger kat belakang tuh, buckle up for your own safety. Jangan gaduh² nak tukar siaran radio atau nak tukar cd lagu. Gilir² la dengar lagu tuh. Haha. Kalau nyampah dengar lagu raya Datuk Siti tuh, korang laki bini dengar jek album Death Magnetic (Metallica). Pun ok gak. Kepada yg bujang pun sama, drive baik², yg naik motor tuh tunggang la elok². Umur pun dah lanjut, takkan nak jadi mat rempit lagi kan? Tunjukkan contoh yang baik kepada belia² kat kampung anda. HohOhoo...

Apa-apa pun mulakan perjalanan dengan doa. Moga dapat keberkatan. Amin.

Sep 14, 2008

Hari mendebarkan sepanjang minggu


Salam,

Kepada peminat-peminat Man Utd yg beragama Islam, di harap anda semua sabar menjalani ibadah puasa dan terimalah hakikat & ketentuan-Nya. Memang hakikat bolasepak ada yang menang (macam Liverpool) dan yang loser (macam Man Utd).

Sekian, pesanan penaja. You'll never walk alone..........you'll never walk alone! Walk on! Walk on!

Liverpool (2) - Man Utd (1)

Sep 13, 2008

Diari Ramadan Azhan 2



Salam,

Akhirnya, Selasa lalu dapat juga singgah Pasar Ramadan Perling beli ikan bakar. Ikan Pari. Yeah. Sesungguhnya waktu berbuka adalah satu daripada waktu gembira yg dijanjikan Allah swt bagi orang yang berpuasa. :-) Seperti biasa (dan dijangka), ramai sungguh orang kat pasar Ramadan, ramai sungguh orang yang dikenali kat pasar Ramadan, banyak plak tangan nak kene salam. Bercerita pasal pasar Ramadan, pengunjung kat pasar Ramadan Perling memang hebat dan tergolong dalam banyak kategori. Mereka ni boleh dikatergorikan:
  1. Pembeli setia - suami, isteri bekerjaya, orang bujang yang busy. Golongan ini yang memakmurkan ekonomi IKS. Yang bekeluarga biasanya beli makanan utk berbuka & sahur. Yang bujang pulak, beli makanan utk sahur, berbuka & juga sarapan pagi.
  2. Jalan-jalan tengok orang - mengisi waktu sebelum berbuka. Kalau duduk rumah tengok muka bini & anak2 nanti hilang selera. Umur pertengahan.
  3. Jalan-jalan tengok awek - budak2 underage. Diorang ni mesti jalan dalam group. Fesyen sejenis, aksesori sejenis, motor sejenis, topi sejenis. Handphone volume pada tahap maksima. Biasanya tak beli apa-apa.
  4. Beli makanan sambil cari calon isteri/suami - workaholic yg tiada gf/bf, tiada masa utk relationship walaupun online dating. Sangat multi-tasking, jeling makanan, jeling orang.
  5. Penanti setia - sentiasa tunggu bulan ramadan utk juadah yg hebat2 & yg rare. Tiada batasan umur, bangsa & keturunan.
  6. Model-model - dapat dikenali dari jarak 30 hingga 50 meter (to be precised) melalui minyak wangi yang mereka guna. Aksesori tambahan, bulu mata palsu & kasut tinggi. Tangan sebelah kiri biasanya memegang PDA phone berjenama. Pembelian mereka terhad kepada 2 plastik kecil sahaja.
  7. Group of anak dara - datang berkumpulan, bujang, tinggal di rumah sewa & sangat disukai peniaga (terutama abang2 jual air tebu, murtabak, etc). Berbincang sebelum membeli. Sepakat & unite. Jika giliran anda selepas mereka, lebih baik pergi ke tempat lain dulu. Aplikasi teknik brain storming. Topik menjurus kepada lauk kegemaran, rupa peniaga yang iras-iras pelakon siri Samarinda, etc. Lebih sesuai di konsert Jom Heboh.
Sesungguhnya di atas tuh hanya persepsi dan tanggapan aku sahaja. Mungkin sipi-sipi atau mungkin tak kena langsung. Kalau silap, ampun. Hehe.

The whole week, nothing interesting in the newspaper except, berita gempar sepanjang minggu (confirm bukan politik...), berkisar kes bunuh seorang isteri & ibu di Klang oleh perompak yg pecah masuk ke rumahnya. Gila apa! Kes ni melibatkan pendatang asing (halal + haram). Mesti ramai yang baca pasa berita nih. Macam mana kejadian camni bole terjadi, dahtu melibatkan pendatang asing plak. Aiseh...there must be something wrong with our system beb. Korang baca berita nih http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080910001048/Article/ . How come we cannot be safe even in our own home? And about the illegal immigrants....???

OK, move on.

Sep 8, 2008

Diari Ramadan Azhan (haha!)

Salam,

Ramadan sudah seminggu berlalu. This time around I am taking it slowly. Easy as it comes. Bayangkanlah, 3 tahun kebelakangan ni, aku beraya di 3 kompeni yang berlainan. Bole consider job hopper ke?

Tapi di sekitar tempat kerja tiada apa yang 'slow'. Perangai dan sikap orang memang 'macam2'. Kadang2 benda yg remeh-temeh pun boleh jadi isu besar. Entah la beb...

Di sekitar kawan2 pulak, 2 of my best buddy from Uni ---> wak & babat, dah nak kahwin. Both excited! (maybe sorang je nampak hectic sebab Wak memang manjang nampak relaks...haha...teringat aku malam final calculus!). Babat, everything must be tedious beb...hehe. Aritu melepak dgn diorang, just catching up the old days (macam gua tua sangat). Balik dari 'gathering' tuh, Wak posted his thoughts about relationship. Well to be fair, we might as well take something positive out of the post. Itu kisah hati. About relationship. Hubungan dua hala. Like he said, in a relationship, how hard it is to put trust & put your heart into someone's hand without knowing that he/she will crush it some day. From my point of view, you'll never know unless u try. Trust and respect. That's the keyword. Memang berbual dengan dua orang ni banyak pusing2 kat topik ni je untuk sekarang ni...memandangkan bulan mengambang. Haha. So Babat n Wak, it's trust n respect beb...

Di sekitar rumah, myHoney is busy with her home project. She really enjoy what she's doing now. Hope for your success dear!
Di sekitar Ramadan. Seperti biasa, pasar Ramadan Perling sentiasa sesak dengan orang. Tahun ni belum sempat jengah. Kalau pergi confirm beli ikan bakar. Balik dari kerja sempat jeling2 jek pasar Ramadan.

Di sekitar rumah mak, renovation almost complete. So mak will have her new kitchen for Raya 2008. Alhamdulillah.

Sep 3, 2008

Define bystander

Definition:

- Someone who observes: looker-on, observer, onlooker, spectator, watcher. awareness/unawareness, see/not see.

- a nonparticipant spectator


Translations for Bystander:

Dansk (Danish)
n. - tilskuer

Nederlands (Dutch)
toeschouwer

Français (French)
n. - spectateur

Deutsch (German)
n. - Zuschauer, Umstehender

Ελληνική (Greek)
n. - παρατυχών (θεατής), αμέτοχος θεατής ή παρατηρητής

Italiano (Italian)
astante, passante

Português (Portuguese)
n. - espectador (m)

Русский (Russian)
посторонний наблюдатель, зевака

Español (Spanish)
n. - espectador, circunstante

Svenska (Swedish)
n. - åskådare

中文(简体) (Chinese (Simplified))
看热闹的人, 旁观者

中文(繁體) (Chinese (Traditional))
n. - 看熱鬧的人, 旁觀者

한국어 (Korean)
n. - 구경꾼, 방관자

日本語 (Japanese)
n. - 傍観者

العربيه (Arabic)
‏(الاسم) متفرج‏

עברית (Hebrew)
n. - ‮עומד קרוב, משקיף‬