Ini bukan seleksi cerita seram. Aku pun tak tau kategori apa.
Kat dept/section aku ada seorang budak lulusan dari UTEM yang keje dengan aku. Dia tak report dengan aku. Tapi kerja dia, aku kena monitor. Apa la punya organisasi ni?
Walaupun aku tak berapa nak kawan dengan budak-budak man utd ni, tapi si Amir ni boleh dikatakan reliable la juga. Boleh la juga diperhambakan. Ha ha.
Baru-baru ni, Amir cakap aku bela toyol. Sampai 4 ekor pula tu. Aku gelak.
Toyol yang dimaksudkan bukanlah toyol yang curi duit tu. Ini jenis toyol urban. Kalau toyol yang curi duit tu setakat mintak hisap ibu jari kaki je sebagai balasan. Balasan yang toyol urban ni mintak lebih daripada sedut darah kat ibu jari. Toyol-toyol urban atau korporat ni betul-betul punya cekik darah.
Toyol-toyol urban ni biasanya jenis yang buat kerja sikit-sikit, tapi mintak balasan lebih-lebih. Nak mintak itu, nak mintak ini. Yang jenis buat baik, tapi baik ada makna tuuu. Ada juga toyol yang buat baik, last-last nak pinjam beratus-ratus ringgit. Buat-buat baik, last-last kena join dia punya downline. Ha ha ha macam jahanam. Celcom pun tak cekik darah macam ni.
Toyol generasi ke-5.2, Udin.Nampaknya toyol-toyol sudah mula menunjukkan berantakkan terhadap aku. Dan terpaksa la aku tabur guli dan kacang hijau kat sekitar meja aku. Syuh syuh syuh.
Kalau dulu kat sekolah atau u, term 'toyol' ni maksudnya bawak notes kecik masa exam. Relevan lagi ke term ni sekarang?
Ni baru la define...size, just nice. Ya betul, ukuran kertas tu. Just nice. Ha ha