Ini bukan seleksi cerita seram. Aku pun tak tau kategori apa.
Kat dept/section aku ada seorang budak lulusan dari UTEM yang keje dengan aku. Dia tak report dengan aku. Tapi kerja dia, aku kena monitor. Apa la punya organisasi ni?
Walaupun aku tak berapa nak kawan dengan budak-budak man utd ni, tapi si Amir ni boleh dikatakan reliable la juga. Boleh la juga diperhambakan. Ha ha.
Baru-baru ni, Amir cakap aku bela toyol. Sampai 4 ekor pula tu. Aku gelak.
Toyol yang dimaksudkan bukanlah toyol yang curi duit tu. Ini jenis toyol urban. Kalau toyol yang curi duit tu setakat mintak hisap ibu jari kaki je sebagai balasan. Balasan yang toyol urban ni mintak lebih daripada sedut darah kat ibu jari. Toyol-toyol urban atau korporat ni betul-betul punya cekik darah.
Toyol-toyol urban ni biasanya jenis yang buat kerja sikit-sikit, tapi mintak balasan lebih-lebih. Nak mintak itu, nak mintak ini. Yang jenis buat baik, tapi baik ada makna tuuu. Ada juga toyol yang buat baik, last-last nak pinjam beratus-ratus ringgit. Buat-buat baik, last-last kena join dia punya downline. Ha ha ha macam jahanam. Celcom pun tak cekik darah macam ni.
Nampaknya toyol-toyol sudah mula menunjukkan berantakkan terhadap aku. Dan terpaksa la aku tabur guli dan kacang hijau kat sekitar meja aku. Syuh syuh syuh.
Kalau dulu kat sekolah atau u, term 'toyol' ni maksudnya bawak notes kecik masa exam. Relevan lagi ke term ni sekarang?
5 comments:
beb ni bukan toyol, tp hantu raya....senior aku ckp hantu raya kolar biru
Patutnya kau tulis, graduate hari ini adalah toyol sebenar, buat kerja sikit, cekik darah lebih.
toyol tu Mahat jeee yang buat, lepas tu bila time nak anto, kertas kecik seperti di lurah tu, terjatuh... menggelabah Mahat nak amik balik kertas tu
hahaha~
keji gambar terakhir~
bebudak yang bawa toyol kat sekolah kadang2 terlampau kreatif sampai meniru cara sepuluh tahun lepas~
ngok ngek~
arab,
hantu raya ada musim...toyol all season
hazrey,
ha ha. u read my mind.
wak,
mahat kurus kering, celah mana dia nak selit toyol?
Zara,
budak sekolah sekarang mmg shuffle
Post a Comment