Apesal bila aku tulis benda-benda macam ni aku teruja? Sebab aku memang suka komplen. Ha ha ha.
Celcom patutnya rasa bersyukur ada customer yang memberikan feedback yang aktif macam aku. Walaupun 98.13% panggilan aku ke customer service dijawab oleh pekerja-pekerja Celcom yang mempunyai respons yang slow macam Wes Brown, tapi aku tetap setia dengan Celcom.
Daripada respons customer, kita dapat improve kita punya servis atau produk. Kalau servis atau produk yang dikeluarkan macam lahanat, dan customer lari ke tempat lain tanpa apa-apa feedback, macam mana kita nak improve? Lain la kalau terlibat dengan bisnes confirm untung macam tol atau TNB.
Hari ini ialah hari bertuah Celcom. Handphone aku kena barred sebab exceed credit limit. Di musim raya ni, mestilah banyak guna handphone...sms, call. SMS selamat hari raya je berlambak-lambak nak kena hantar. Tapi mengikut perkiraan aku, sampai je billing date takkan sampai credit limit sebab aku guna auto debit kad kredit aku.
Oh, nampaknya sekali lagi aku perkecilkan kemampuan Celcom.
Dulu masa aku guna khidmat tele-order pun diorang boleh salah payment, sekarang guna auto payment pun ada masalah. Ha ha ha ha.
Aku call Celcom customer service pada pukul 7.15 am (aku agak-agak), menurut mamat customer service yang bertuah tu, perkhidmatan auto debit bil belum dikemaskinikan. Sedangkan hari ni dah 9 haribulan, billing date ialah 3 haribulan. Watdehel! Dan menurut dia lagi khidmat auto bil mengambil masa sehingga 14 hari untuk clear. Takkan aku nak kena tunggu 8 hari lagi! Biasanya trek rekod Celcom ni paling lembab pun aku tengok, bil kad kredit 8 haribulan baru bayar. Ni dah catat rekod baru.
Tapi aku puji mamat tu, dia cuba untuk waive kan call barred tu untuk 6 hari. So, janjinya kena tunggu 30 minit.
Aku pun sambil tak marah-marah putuskan talian, tunggu jela 30 minit. Bukan lama pun.
Lepas habis meeting 9.05 am, aku tengok phone aku masih kena barred. Aku call sekali lagi. Dail hotline 1111. Kalau 666 tuh number of the beast, 1111 lagi seram aku tengok.
Kali ni minah yang jawab, "Encik punya request tu tengah proses."
"Berapa lama ya? Tadi last saya call katanya 30 minit "aku jawab berhemah, jarang-jarang berlaku.
"Biasanya 30 minit hingga 24 jam." jawab minah tu selamba.
Aku pun tak tahan nak gelak dah.
Kat sini aku nak share. Once dah guna auto debit facility, walaupun kita dah bayar cash kat kaunter. Auto debit tetap akan potong. So kena bayar dua kali la. Nanti nak claim rebate kat Celcom, banyak plak dia punya mentekedarah.
Lagi satu, kenapa tak guna spare line je? Yang ni, nanti la aku sambung.
6 comments:
Guna Maxis je lah~
=p
xleh tukar line, aku suka komplen
tak pe aku maseh lagi setia dengan celcom sebab kalau aku pakai maxis..
sangat ketara sekali aku bela ananda krishnan
yeke?
jangan jadi macam zaid...pakai no maxis, tapi ops celcom
ha ha ha
aku tak kenal zaid
sbb tu aku letak nama dia
haha
Post a Comment