Nampaknya perniagaan membuka studio jamming tak dapat menjamin masa depan yang gemilang atau mungkin kesilapan strategi marketing yang menyebabkan diorang lingkup. Lahanat betul. Studio besar-besar kat BBU semua dah tak buka lagi.
"Ni surat bersepah kat depan kedai, macam dah lama tak bukak," Alanzed bersuara macam Grissom.
Aku, Alanzed dan wak terus bergerak ke Taman U.
Nampaknya setelah semua student kena duduk kolej, Taman U rasa macam dah setengah mati. Kebanyakkan tempat makan kosong dan layu. Apa yang aku faham, pihak universiti nak menangani masalah sosial di kalangan student yang duduk luar kolej. Dulu bersepah student duduk kat rumah sewa, sekarang semua kena paksa duduk dalam kolej. Tokeh-tokeh kedai makan gigit jari jela. Berkorban sikit demi anak bangsa.
Studio pertama yang kitorang sampai ialah Fly Studio, nampaknya tokeh masih sama. Dia tersengih tengok kitorang. Dulu kitorang regular kat sini. Cekal betul brader ni berniaga. Rasanya dia buka studio ni tahun 2002. Aku perhatikan dressing dia pun maintain sama je. Baju collar neck putih dengan seluar khakis. Mungkin juga itu je baju yang dia ada. Berjimat demi nak maintain studio. Nampaknya studio fully booked sampai subuh. Info dari brader tu studio lain kat Taman U dah lingkup. Aiseh. Budak-budak sekarang ni tak Metallica langsung. Dulu ada 3 studio pun berebut. Sekarang tinggal satu je.
Kitorang buat satu round kat tempat-tempat studio lain. Memang betul. Semua dah lingkup. Ada satu studio tu, S.O.D. ke apakebende namanya dah jadi tempat rumah urut. Aku pun call abang aku tanya kat mana studio lain yang ada. Cruz Studio Sri Skudai. Banyak-banyak tempat aku tak sangka kat Sri Skudai ada studio.
"Ada satu studio kat Sri Skudai? Perghh, dulu masa student Sri Skudai port mat jiwang berdating makan nasi lemak dengan awek," selamba aku berkata-kata sesekali jeling kat Alanzed. Dia diam je. Mungkin tengah fokus bawak kereta. Tak tau la kalau dia terasa.
Malam tu memang rasa umur dah lanjut. Main 2-3 lagu berhenti sampai 10 minit. Hahaha. Tua. Penat disebabkan main 3 piece je. Sorang lagi cancel last minute sebab
8 comments:
mesti ko suruh bini ko record kan nurkasih malam tu, hehe.
bukan ada peristiwa merajuk antara pasukan jamming ko ke?
zilanat lu, mana ada rekod? tgk kat dalam kereta...ha ha
peristiwa merajuk itu khabar angin je. kikihkihkih
mmg susah nak cari jammin studio, kat keyhell pun takde dah. abang aku siap buat bilik sendiri utk jamming, tapi mmg memekak ler sbb dinding tak soundproof. aduyaiii
kena main lagu slow...
semua dah mellow...
haha...
(rhyme la pulak!)
belle,
takleh cari makan bukak studio. budak2 skrg ni tak pegi jamming, diorang kumpul stem ke?
Alan zedzaidi,
main lagu slow, bukan da mellow, sbb kesian mu yg paling tuo...kihkihkih
first time dengar lagu 'Mati Hidup Kembali' ingatkan lagu raya...'Malam semalam gundah gulana, Hari ini hari mulia'...kikiki!!
mungkin ditulis pada malam raya. yang pastinya bukan malam jumaat.
Kembali............
kita pun mcm butter juga ek??
satu masa dahulu kita mengucapkan 'Selamat Tinggal Dunia'...
Sekarang kita kata 'Kembali'....
Post a Comment