Oct 11, 2009

TUBE TV - 10 years, LCD TV - 1 year

Baru-baru ini aku ada problem equipment design berkaitan voltage surge. Jadi aku terasa nak share cerita ni. Entri ini bayak term teknikal, untuk elakkan rasa bosan berhenti baca di sini. Yang curious, sila teruskan. Aku nak cerita pasal kualiti bekalan kuasa kat rumah kediaman.

Lebih setahun yang lepas, berlaku over voltages (lebihan voltan) sekitar kawasan rumah sewa aku. Rasanya lebih daripada 10 buah rumah terlibat. Banyak peralatan elektrik rosak. TV, radio, dvd, air-cond, water heater, dekoder Astro, etc. kecuali beberapa barang yang aku tak switch ON.

Over voltages atau lebihan voltan banyak puncanya. Salah satunya ialah akibat kecurian komponen (biasanya kabel) daripada sub-station TNB. Buat makluman semua, TNB takkan bayar pada kerosakan peralatan elektrik kalau over voltages berpunca daripada kecurian kat sub station. Itu polisi mereka. Masa kejadian setahun lepas tu, initial report yang TNB bagi ialah feeder pillar TNB kena pecah/kecurian. Entah betul ke tidak aku tak tau, sebab sampai sekarang aku dah malas nak follow up. Pampasan repair barang elektrik pun entah apa cerita. Cekik darah deal dengan TNB ni. OK, move on.

Bekalan voltan untuk rumah kediaman kat Malaysia normal rating ialah 220/240 volt. Over voltages bermaksud lebihan voltan berbanding rating normal.

Kenapa agaknya main switch atau MCB tak putuskan litar kalau over voltage?
Breaker atau MCB kat rumah kita berfungsi sebagai pemutus litar ketika lebihan arus bukan lebihan voltan. Arus dan voltan adalah dua benda yang berbeza. Cara perlindungan untuk arus dan voltan pun berbeza. Macam limau dan epal. Jadi kalau berlaku over voltage, jangan harap la breaker nak selamatkan rumah korang.

Sekarang ni kat Eropah, Jepun, Amerika konsumer amat concern pasal lebihan voltan ni sebab diorang sayangkan peralatan elektrik diorang yang canggih-manggih tu. Ditambah pulak dengan rekabentuk peralatan elektrik sekarang yang kompleks dan menggunakan komponen mikro dan sensitif kepada voltan macam transistor dan microprocessor. Jadi kat luar negara, hampir setiap rumah akan ada peranti atau device over voltage protector atau surge protector.

UPS ini ialah satu contoh surge protector.

Over voltages secara lampau boleh rosakkan barang elektrik secara on the spot. Tapi satu lagi masalah kualiti bekalan kuasa ialah transient voltage surge atau momentary over voltages atau voltan lampau jangka masa pendek (macam lahanat bila translate dalam BM).

Voltage surge ni macam kanser. Sikit-sikit tapi lama-lama akan memendekkan jangka hayat peralatan elektrik rumah. Selalunya konsumer akan suspek kualiti barang elektrik zaman sekarang macam lahanat...tak bertahan lama, tak macam barang elektrik zaman dulu. Tapi ramai tak tau kualiti bekalan kuasa juga mainkan peranan. Macam mana? Baca lagi...

Dulu kebanyakkan design peralatan elektrik guna semikonduktor tube. Saiz besar macam anak gajah, design kompleks dan functional wise amat limited. Tapi kalau setakat problem voltage surge, takde masalah. Kemudian semikonduktor saiz gajah ni digantikan oleh transistor. Saiz kecil, murah dan menyumbang kepada terciptanya intergrated circuit. TAPI kelemahan transistor ialah sensitif terhadap perubahan mendadak voltan atau voltage surge. Kat sinilah salah satu punca jangka hayat barang elektrik zaman sekarang yang makin pendek. Sama juga kes dengan microprocessor, epitome bagi segala miniature design technology. Sensitif kepada voltage surge. Sekarang ini, coffee maker pun ada microprocessor.

Sikit je spike, say goodbye to your LCD tv in maybe a year?

Jadi dengan perkembangan teknologi, dengan adanya transistor, intergrated circuit dan microprocessor, dan semakin kompak saiz perlatan elektrik, makin nipis, makin ringan, makin mudah terkesan dengan voltage surge. Faham semua?

Apa puncanya voltage surge?
Sistem wiring rumah yang lemah. Yang ni seafdalnya kena cari kontraktor atau pemaju. Mematikan suis utama secara tiba-tiba (ada sebab kenapa setiap peralatan elektrik ada button ON/OFF) pun boleh jadi punca.

Satu lagi, kalau kawasan rumah dekat dengan kawasan perindustrian atau bengkel yang ada arc welding juga terdedah kepada voltage surge. Industrial motor dan arc welding boleh menyebabkan voltan turun naik mendadak disebabkan induction. Jadi cubalah elakkan beli rumah kat tempat-tempat macam ini. Rumah yang paling hampir dengan sub station juga lebih cenderung untuk alami voltage surge ini.

Jadi inilah penyelesaiannya.

An example of a voltage surge protector. Keluar la modal sikit untuk protect LCD tv tu.

10 comments:

Arab said...

patutla belkin nie mahal nak mampus....rupanye ada function.....hahah.....

udin said...

kalau umah sebelah sub station TNB camana? khe keh keh

Hazrey said...

cantik, aku dah berabis beribu kat rumah ni baru kau nak cerita. macam monyet kan.

nanti belikan benda alah jadah tu, pastu aku bayar kau balik. LCD tv aku dah terbakar itu hari. cibai punya Uda.

Dan jangan lupa sebut betapa lahanat dan macam sialnya pemaju yang bernama Uda.

Azhan said...

Arab,
kau ingat Belkin ni macam multi socket kat giant tu ke?
ha ha

aku recommend beli Belkin brand. Kalau tak silap lepas pakai 5 tahun boleh pulang ke manufacturer untuk recond. takyah beli baru.

Udin,
kalau umah sebelah sub station tapi tade bekalan elektrik confirm tade effect. Macam aku cakap, lagi dekat, lagi cenderung untuk effect. Faham?

Hazrey,
ha ha ha.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku patut bagi link penulisan kamu ni pada pensyarah aku yang setiap tahun tukar TV.

Sekejap guna TV LCD, TV Plasma dan kalau ada TV Platlet pun mungkin dia akan beli.

Azhan said...

ikut trend, biasalah tu

Arab said...

ala, pki TV CRT pun leh tgk desperate housewife tak gitu En Azhan?

junkfood said...

kilat warranty tak cover ke kalau tv?

Azhan said...

Arab,
dan juga ugly betty dan grey's anatomy...seleksi dvd yg sgt gay
ha ha

Fifi,
itu kau kena tanya uncle Khin Guan

Anonymous said...

Hey
Companies House Webcheck
Webcheck Companies House

[url=http://perosnalbinking.v3host.be/companies-house-webcheck.html]company house webcheck[/url]