Oct 14, 2009
Drawing the Line
Perlukah agaknya kita berkongsi kisah peribadi kita kat tempat kerja?
Kalau tempat kerja tu nama macam laman sosial pun belum tentu kita boleh share benda-benda peribadi kita kat orang lain. Aku bagi pengecualian pada 1-2 orang yang rapat dengan kita.
Pada pendapat aku, tempat kerja adalah tempat kita buat kerja atau bekerja. Bukan tempat kita share masalah atau cerita hal-hal peribadi. Bukan sahaja menjejaskan produktiviti malah impak kepada mental atau psikologi.
Memang la kita spend masa 6-8 jam dengan rakan sekerja, jadi memang susah kalau tak bercampur dengan masyarakat. Tapi kalau sampai nak tau details hal peribadi orang itu bukan bersosial tapi itu ber-so-SIAL. Ha ha ha haramjadazz.
Berkongsi kisah peribadi kat tempat kerja ni lebih banyak impak negatif berbanding baik. Bukanlah bermaksud kita jangan percaya pada orang, tapi ada sesetengah orang yang hobinya mengalahkan wartawan hiburan, berita yang diorang dengar ditokok tambah jadi sedap orang dengar. Si mak-mak Joyahs lahanat ni biasanya macam kurator arkib, semua info dia tahu dan simpan (kebanyakkanya cerita nasi tambah). Last-last cerita yang kecil jadi besar, yang teruk jadi lagi teruk.
Lagi satu aku pelik si Mak-Mak Joyahs sekelian yang tak pernah fikir dosa-dosa fitnah. Liberal habis. Solat semua cukup, siap pakai tudung Ekin. Habis solat Zuhur, mengumpat. Habis Asar, mengumpat. Mak-mak Joyahs sekelian hari-hari datang kerja forward email hadith, dosa, pahala, amanat Nabi, pastu petang pergi mengumpat orang. Watdeparkkk-ji-sung kau nak buat wahai Mak Joyahs?
Bayangkanlah kalau jawatan kita tu perlukan kita 'in-control' dan 'lead'. Mesti susah nak buat kerja. Intergriti beb. Sekali cerita dah tersebar, it's too late for damage control. Sedikit sebanyak terjejas juga kualiti kerja, maruah jangan cerita lah entah ke mana.
Pendapat aku, ada baiknya cerita personal ini kita simpan untuk famili dan kawan-kawan rapat. Dan sekarang my bestest friend of all, my bini. Di antara kawan-kawan pun kena pilih jugak untuk share information.
Aku memang introvert dan pentingkan privasi (konon-konon). Segala cerita peribadi adalah sekadar general stuff. Macam, "kau raya kat mana tahun ni?". Jawab aku "raya kat kampung bini." General. Takyah la details sampai nama bapak mertua aku pun diorang tau. I save it for certain people only.
Tak kira lah cerita sedih ke, gembira ke, beli kereta ke. Kadang-kadang cerita yang remeh pun orang boleh putar belit jadi bukan-bukan. Sebab ada info yang kita share kadang-kadang kita tak sedar bakal menjelmakan kita punya weakness.
Ada sesetengah orang yang tak suka ada dual personaliti. Maksudnya kalau peramah kat luar, kat tempat kerja pun nak peramah juga. Pada aku buatlah apa yang perlu asalkan periuk nasi tak terjejas. Orang selalu cakap aku sombong kat tempat kerja sedangkan kat luar sebenarnya aku peramah dan kelakar jugak (ha ha ha tipu! tipu! tipu!). Dah jangan ketawa lebih-lebih, yang penting drawing the line between work and personal.
Aku terlintas nak share cerita ni sebab baru-baru ni ada kawan aku yang dinasihatkan resign atas alasan conflict of interest. Korang pandai-pandailah fikir kaitannya.
Labels:
it's a mad mad world,
life,
Work
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Bahaya2~
Kat sekolah dulu pun selalu mengelak bila orang tanya hal2 peribadi~
Kebanyakan yang Joyah2 atau Kepochi2 ni adalah orang yang tak boleh tahan dengan budak yang dah grad tapi takde teman lelaki~ Sebuk mahu canang carikan laki~
Gila~
mana2 pun bersepah geng2 makcik suka sebuk hal orang lain..
bila tak bercerita,dituduhnya kita ni sombong..haishhh
ZARA,
ha ha. ada jugak spesis camni?
FARYN,
pedulikan apa diorang nak kata. asalkan jgn panggil celcom dah la.
eh ko mmg kelakar la beb, sayang ko tak masuk Raja Lawak, klu tak sure aku dh undi ko byk2 wakakakaka
lawak ku tak cukup bodo utk masuk siaran tu
ish.... pernah ker wujud lawak yang pandai???
ada ada...lawak orang melaka...lagi ulu lagi pandai lawak dia...barangkali kat area bandar kurang sikit kepandaian lawaknya
gila pandai lawaknya, sampai tv pun boleh keluar air mata ketawa
kelakar sambil menguji iq...pandai...genius...
semenjak dua menjak ni...
baca blog ko....
nampak mcm stress jeee??
kta cari keje baru jom??
ape2 hal pun, esok malam kita jamming, kita lupakan Johor Jaya!!!
Post a Comment