Ada yang bergayut berjam-jam sampai berpeluh cuping telinga. SMS sampai lebam jari. Senyum sorang-sorang macam sakit mental. Tenung handphone macam nak telan, menunggu bunyi dering. Tengok handphone selang 10 saat takut kalau-kalau takde coverage atau tetiba handphone off sendiri.
Ada yang hari ni bergaduh beriya-iya sampai nangis mata lebam, tapi esoknya selamba aku tengok keluar dating macam semalam baru kenal. Aku tak mahu huraikan kisah relationship yang clash dan recover dalam masa kurang 24 jam. Itu cerita kontroversi. Ada yang gaduh baling kunci, baling kasut, baling kuih raya, tumbuk dinding, tumbuk cermin. Macam cilake je bunyinya. Apatah lagi kisah sedih kena dump kat LRT. Lagi la bahlul.
Orang selalu cakap kita jadi bebal bila bercinta sebab cinta itu buta dan membutakan. Kalau betul cinta itu buta, barangkali ungkapan itu lebih sesuai untuk wife aku. Hahaha. Betul. Aku selalu tahu yang my lovely wife is the one. She's the best. Yang menjadi misteri kenapa agaknya wife aku terima lamaran aku. Sebagai manusia yang serba kekurangan aku bersyukur ada orang yang nak kahwin dengan aku. When basically 86.21% of my ex-gf said that I treat them like thrash, layan diorang macam tugu, ignore them for weeks, bla bla bla. Hahaha. Ini true story. Well, nobody is perfect.
Sejak kebelakangan ni barulah aku sedar sedikit sebanyak macam mana perasaannya jadi fools in love. Diherdik, dikutuk, dikeji, disindir, tapi kalau dah sayang perasaan kita tetap tak berubah. Kita lihat kualiti yang orang lain tak dapat lihat. Macam kena jampi serapah bomoh mak piah. Relak dulu beb, jangan salah sangka. Aku bukannya ada affair atau ada girlfriend baru. Malah aku antara orang yang menyokong gagasan 1Malaysia, 1Bini.
Aku malas nak taip panjang-panjang lagi. Liverfool ke, team lauk ke, kipas susah mati ke, team asam pedas ke, team bola pantai ke, aku tak kisah. Nah, terimalah hakikatnya...puas aku ketawa sambil taip. Hahaha.
LIVERPOOL (2 )- MANCHESTER UTD (0)
12 comments:
KUANG KUANG KUANGGG.....makan bola tido bola sarapan pagi bola makan malam bola...
macam sial.. macam sial.. aku tahu ada unsur rasuah dalam perlawanan semalam. aku akan bongkar gejala rasuah itu. aku tahu. aku cuma memerlukan masa untuk memberitahu dunia. tunggu.
Tumbukan Padu Maut, Dusyum!!!! (disusuli cermin pecah)
dear,
terimalah hamba seadanya...ha ha
Hazrey,
rasuah? cmon la weh. nanti aku belanja roti KOSONG, DUA.
Dengar2 kakak ipar cakap kau dah buang jersey man utd.
Arab,
nampaknya the reds punya tumbukan lebih padu. dua biji kene kat Manure utd.
eh, kene cermin? mcm penah dengar cerita ni...
eleh incik Azhan~
hahaha~
dah kalah 4 kali straight, bagi je lah menang. Kang Rafa menangis kena pecat pula~
cerita yang lalu usah di ungkit2 semula.... nanti berdarah semula tangan yang tumbuk tu....
Anyway, janji Man Utd kalah...aku suka, aku suka, aku suka..hahahahahahahahahahaaa
Zara,
skrg dah officially jadi cikgu, you better behave! haha.
anyway, terima kasih man u (sila buat nada ala iklan lahanat hai-o)
Wak,
terima kasih wak zailan atas sokongan anda.
intro punyala panjang..kah kah kah..
arab, aiseh xkan skang pun tumbuk cermin lg :p
ntah ape yg dorg minat sgt MU tu.
cinte itu bute. :D
aku tak tumbuk cermin dh, aku tumbuk bawang sama belacan, tolong bini masak, kihkihkih
klu yg minat Liverpool jiwang, selalunye yg minat ManUre ni sensitip.
some might say~~Opposite attracts ;)
FARYN,
aku dulu gagal BM
Ali,
abis tu takkan nak tumbuk kau pulak?
ha ha
Arab,
ini statement berani mati namanya
dear,
yela. yela. yela.
Post a Comment