Jul 23, 2009

Muda Mura Muri

Aku memang tak boleh terima kalau kena buat kerja yang sama, tiap-tiap hari. Paling lama boleh tahan sebulan, sebelum aku resign atau jadi gila. Kerja-kerja rutin ni macam kerja operation. Operation macam production. Itu kerja gila. Hari-hari mau kejar output. Kualiti entah ke mana. Itu belum cerita budak-budak maintenance lagi, siang malam menghadap repair mesin. Lama-lama muka dah macam Awang Spanar.

Ni berkisar kat kerja aku yang hari-hari nak kena fikir pasal kaizen untuk eliminate 3M (Muda, Mura, Muri). Orait la jugak daripada buat kerja rutin. 3M ni adalah ungkapan Jepun.

Muda = waste
Mura = uneven
Muri = overburden

Kadang-kadang kaizen ni tak perlu approach yang saintifik atau high-tech pun. Bergantug pada keadaan dan case study. Yang penting research. Kalau takde research ke longkang la idea.

Seperti biasa, kalau buat improvement, banyak la masa kita 'luangkan' nak buat orang accept improvement. Tak semua orang boleh terima pembaharuan walaupun demi kebaikkan diorang. Sama juga macam kita beri pendapat, tak semua orang boleh accept. Manusia kan memang defensive sikit.

Tapi setelah bekerja bertahun-tahun, baru aku sedar orang Malaysia ni sebenarnya sangat sentimental (aku pun sama kot). Suka simpan benda buruk yang dah tentu tak guna sebab sentimental value. Macam tu jugak la dalam pekerjaan. Bila ada problem, tapi sayang pula nak eliminate sebab dah jadi sebahagian dari rutin kerja. Dah macam hantu cerita 'Shutter', terlekat atas bahu tak mahu turun.

Doing something that is wasteful efficiently. Cuba fikirkan tentang sesuatu kerja/proses yang in the first place yang payah buat, and they will invest some money/time into it to make it more efficient. Waste!

Contoh-contoh:
"Dah 15 tahun saya kerja encik, macam ni la saya buat..." - dah masa untuk berubah.

"Bang, dulu saya kerja kat kompeni Jerman macam ni la diorang ajar saya buat..." - Diorang ajar betul, kau yang buat salah.

"Kita patut beli kamera high-tech dan pasangkan kat production line untuk detect printing defect kat product carton." Apa agaknya part quality dept buat?

Macam cilakak kan?

*****

Aku ambil contoh cerita daripada 'sensei' aku. Situasi kat kilang simen. Seorang pekerja diambil semata-mata untuk membersihkan simen yang melimpah disebabkan overflow dari paip. Jadi 'sensei' aku pun tanya, apa susah-susah nak upah orang sodok simen kat seorang engineer kat situ. "Biasalah kan ni kilang lama. Kilang simen pula tu. Mesti la ada simen bersepah-sepah."

Kan best kalau aku pergi bank, orang-orang kerja bank cakap macam tu. "Ala biasalah ni kan bank. Mesti la duit bersepah-sepah." Ha ha ha.

Jadi 'sensei' bertanya balik "Kenapa agaknya diorang tak study flow rate simen tuh, atau study dust catcher yang dah tak berfungsi. Dah tentu pakcik tuh tak payah sodok simen, dah 8 tahun dia sodok simen!" Ini lah contoh "doing something that he's not suppose to do efficiently" atau yang dikatakan waste atau MUDA dan apa yang pakcik tu buat adalah MURI. Kerja takde faedah.

Kaizen, approachnya ambil step yang simple dulu. Kemudian barulah step yang lagi kompleks. Tak payah nak susah-susah nak ajar operator ilmu six sigma. Senang tak? Kalau susah, kenapa agaknya...

4 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ihiks~

ke longkang...kalau lec aku dulu, dia mau campak ke gaung~

junkfood said...

lecturer engkau siapa tu zara? dudok tepi gunong ke? kalau dudok kat rumah memang lah campak ke longkang sebab kat rumah tak macam tepi gunong yang ada gaong.

Azhan said...

gaung ka, longkang ka sama ja...

junkfood said...

mana sama aku dulu jatoh longkang tak mati.. aku tak pernah jatoh gaong