Sana sini cerita pasal KPI kerajaan tapi apa benda tu KPI?
Satu perkara yang aku tahu pasal KPI atau Key Performance Indicator ni berkait rapat dengan BSC atau Balanced Scorecard. BSC ni adalah asas atau foundation untuk KPI. BSC menyediakan semua strategi dan mapping untuk execute KPI. KPI tanpa BSC ibarat travel tanpa kompas dan peta atau sekarang GPS. Tak tentu hala dan akhirnya terkandas.
BSC adalah satu konsep yang mana strategy map dan objectives ditentukan dan kayu pengukurnya ialah KPI. Selain daripada KPI dan BSC, satu lagi elemen ialah CSF atau Critical Success Factor. Penyumbang kepada KPI. Satu mitos yang selalu dengar ialah CSF = KPI. KPI bukan CSF!
KPI = mengurangkan berat badan 60 kg pada tahun 2010.
CSF = no more eating meat!
Terang lagi bersuluh?
KPI ialah satu penanda aras atau elemen yang quantify kejayaan sesuatu objektif. Selalunya penanda aras ni mudah dan straight forward untuk diukur atau data yang sediakala ada. Tapi macam biasa la, setiap kali diumumkan statistik atau data ada je kontroversi.
Satu lagi bila cerita pasal statistik ni, aku selalu tengok kat tv, kalau nak cerita pasal pengurangan atau penambahan....diorang tak cakap pengurangan atau penambahan dalam bentuk peratus, tapi lebih suka cakap dalam bentuk actual number...mungkin sebab sedap telinga dengar. Contoh-contoh: pengurangan kadar pendatang haram adalah 20 kes untuk bulan Jun berbanding bulan Mei. Tapi bila dilihat dari segi peratus, tak sampai 1% pun. 20 kes lebih sedap dengar berbanding 1%.?
Apa-apa pun tahniah la diucapkan kepada kerajaan atas pengenalan penanda aras atau KPI ni. Lebih baik ada sistem yang basic daripada kerja takde sistem. Takde sistem macam kilang baja taik ayam! Cuma lagi best kalau setiap kementerian atau jabatan share sikit strategy map untuk achieve KPI kat website masing-masing.
Aku pasti ketua-ketua jabatan, dan orang yang war-war kan KPI ni tau apa yang diorang buat. Diorang kan semua pandai-pandai dan selalu pergi training. Takkan BSC dan strategy map tak buat sebelum umum KPI?
5 comments:
omg! thx azhan, aku pun tercari-2 maksud KPI tempohari. good info.
welkam.
mesti kompeni kau tade kpi...
kumpulan pancaragam indonesia
tempat aku keje kpi die supaya ketua pengarah dapat jadi jusa. so skang organisasi aku bukan lagi piramid tapi segiempat. orang atas same byk org bawah.
fifi,
tak abes2 dgn indo kau...mau balik kalimantan?
ali,
ha ha segiempat
apa2 bentuk pun tetap yg bawah tetap kena penangannya. tapi takpe, tempat kau tuh menjanjikan JOB SECURITY
kahkahkahkah
Post a Comment