Isitilah 'multitasking' mula mendapat tempat dalam resume-resume sekitar 1990-an. Di mana kehendak dan permintaan terhadap golongan pekerja semakin meningkat. Dan apabila demand terhadap workforce meningkat maka secara tak langsung terpaksa buat 2-3 kerja dalam satu masa malahan ada yang sampai 7-10 task sehari. Jangan terperanjat. Memang ada. Dan satu lagi disebabkan syarikat-syarikat yang ambil pekerja ketika itu (sampai sekarang) lebih cenderung untuk pekerja yang sanggup melakukan multitasking. Jimat (cost saving) dan lebih efisyen.
Tapi betul ke?........Tipu.
Semasa aku bekerja dengan kompeni Singapore, bukan setakat multitasking tapi kerja dah macam mesin. Dalam satu hari, telefon project coordinator kat Singapore (sambil bertekak), hantar email, ambil data, buat evaluation, test equipment, tengok measurement itu ini. In a short time frame. Kerja aku jadi lagi jahanam. Jangan kata produktiviti dan kualiti. Silap-silap aku kena pergi anger management. Tapi bos aku suka, sebab aku nampak busy. What the FISH la kan?
Ketika itulah aku baru rasa bahang multitasking. Secara relatifnya kalau 30 tahun dahulu golongan pekerja boleh bertahan dalam sesebuah organisasi berpuluh tahun, mungkin sebab belum ada istilah multitasking. Hahahaha. Yela, kalau nak compare 30 tahun dulu, apalah sangat demand dari golongan pekerja dibandingkan dengan hari ini. Aku hanya berfikiran logik dan daripada pengalaman sendiri. Sekarang setiap kompeni mahu pekerja yang efisyen, cekap, agresif, bla bla bla. Sebab kat dunia sekarang ni semua benda nak cepat, tepat dan murah. Jadi ungkapan keramat "work smart" tuh boleh lah dibungkus dengan kain kuning kemudian campak ke longkang.
Aku memang tiada masalah dengan multitasking. Kalau buat satu kerja kemudian ambil masa bertahun-tahun nak siap pun susah jugak. Atau pun sepanjang tahun buat kerja yang sama. Tak produktif langsung. Yang aku nak cakap ialah isu berkaitan dengan kualiti pekerja dari segi human resource development dan kompeni yang ambil kesempatan daripada multitasking ni. Berapa ramai orang yang boleh buat multitasking dan fokus dan belajar daripada apa yang mereka buat itu. In long term, you cannot expect much from that certain employee. Kualiti kerja? Sampah.
Tahu tak, pekerja yang telah diganggu email, telefon, bebelan bos, report yang berlambak-lambak jatuh IQ 2 kali lebih rendah daripada penghisap ganja. Bukan aku yang cakap, tapi kajian BBC dan Hewlett-Packard. Kerja dalam keadaan multi task akan menghadkan cara kita belajar sebab keadaan belajar yang tak fleksibel dan lebih tertumpu pada satu benda, iaitu menyelesaikan kerja.
Teknologi juga ada menyumbang dalam 'multitasking boom' ini. Contohnya handphone. From a simple device for calls and sms to GPS, mp3 player, mpeg player, organizer, camera and so on. Multitasking boom ini tak berhenti setakat itu. Tengok la yang telefon sambil drive. Baca buku sambil sms dan tengok tv. Multitasking bebeh!
Multitasking juga penyumbang stres dan kesannya produktiviti pekerja dan syarikat terbabit jatuh. Macam di US, kajian New York Times pada 2007 menunjukkan US kerugian USD650 billlion kerana multitasking dan infomania atau information overload. Dengan keadaan eksekutif sana yang dilengkapi Blackberry, email on the go, tengah kencing, berak, makan, dan yang sewaktu dengannya. Multitasking takkan buatkan kerja kita lebih efisyen. Bila ada multiple task, perasaan urgency atau terburu-buru tuh buatkan kita banyak buat silap, silap, silap dalam decision making. Atau paling tidak pun kau akan tanya soalan berulang-ulang sampai orang naik menyampah (daripada pengalaman peribadi).Haha.
Aku ada jumpa buku bertajuk sama dengan tajuk entry kat kedai buku Harris. Kat kulit depan buku tu ada tulis "How Doing It All Gets Nothing Done". Ya, tak syak lagi. Buku ni banyak ceritakan pasal strategi untuk buat multitasking. Efektif ke tak strategi dalam buku tu nanti aku cuba apply.
10 comments:
ada satu lagi multitasking ko lupa sebut...korek hidung sambil membatalkan puasa
dan sambil makan nasi...
macam yang kau selalu buat
multitasking mmg fark....
ayat seorang mangsa multitasking
gemok selalu multitasking...
customer servis @ sesumpah dino @ wrestler
hahahahaha! itu tertulis kat resume, sbb tuh boleh jadi plant manager.
ehh boss!
aku tak pernah pandai multitask dan tak akan letak dalam resume kot. sekian terima kaseh
tak baek gosok gigi sambel kenceng atau berak.. membuatkan kita lupa.. apalagi google la
amirrrr..
masa berak pun nak multitasking?
hahahahaha
apa boleh buat, nasib badan!!!
tapi kadang2 aku ada sikit respect kat orang Cina & India laaa.... on how they kiss their boss ass, just to make sure they did not being scolded and as alat nak lepas diri!!!
tapi kadang2 ada sikit2 juga orang melayu jadi mcm tu...hehehheheeee
tak habih2 kisah rival dengan chep
Post a Comment