Aug 25, 2009

Oseltamivir (Tamiflu) part 2

Perlu ke kawal paten untuk perkara yang memberi manfaat kepada dunia?

R&D dan hak intelektual. Daripada pengalaman aku kalau dalam bidang R&D kerja sampai nak mati pun yang untung kompeni juga. Kebanyakkan kompeni R&D akan buat perjanjian semasa surat tawaran kerja, confidentiality agreement untuk mengelakkan segala info berkaitan R&D bocor ke syarikat lain. Mungkin satu hari nanti ada kompeni yang guna kaedah wiping the memory clean macam dalam Paycheck. Haha.

Daripada tenaga, masa dan sampai hak intelektual pun kompeni yang pegang. Saat kau blah atau resign daripada kompeni lama dan saat tu jugak kau berpisah dengan hasil kerja kau. Paling-paling pun yang kita dapat ialah layanan non-human resource daripada ex-employer. Tapi itu adalah view daripada individu, macam mana pula skop yang lebih besar?

Cerita pasal Tamiflu pula, Antiviral yang mula R&D oleh Gilead Sciences Inc. tapi hak 'eksklusif' pengeluaran diberi kepada syarikat Switzerland, Roche. Jadi langsung atau tak langsung monopoli berlaku dan segala jualan terhad hanya daripada Roche malahan untuk developkan antiviral yang mirip Tamiflu juga terhad disebabkan hak-hak intelektual dan paten. Paten ini melindungi Roche untuk menghasilkan Tamiflu sehingga tahun 2016. Masa 2016, tak tau la berapa juta orang dah mati kalau diorang maintain nak monopoli lagi.

Yang jadi mangsa ialah negara-negara mambangun yang takde sumber cukup untuk beli antiviral. Hingga June 2009 atas desakan banyak pihak di peringkat antarabangsa, Roche akhirnya mengalah dan benarkan antiviral yang mirip Tamiflu dibangunkan R&D nya. Antara yang paling lantang bersuara menentang monopoli antiviral ini ialah Dr. K. Yusuf Hamid (chairman Cipla of Bombay), pernah berkata dia sanggup langgar undang-undang paten jika perlu.

Jadi kat sini aku terfikir sejenak. Undang-undang paten ni memang perlu review semula , terutama jika melibatkan nyawa dan krisis yang melanda seluruh dunia. Juga untuk R&D yang boleh beri manfaat untuk alam sekitar seperti energy saving, alternate energy selain petrol, etc. etc. Takkan lah sampai ubat pun nak dipatenkan. Inilah world domination bentuk baru, knowledge control.

Roche, pengeluar Tamiflu pernah alami 'shortage' atau kekurangan output berbanding permintaan. 'Bottle neck' untuk hasilkan Tamiflu ialah untuk mendapatkan bekalan 'shikimic acid' yang hanya boleh diekstrak daripada 'star anise'. Korang tau apa tu 'star anise'? Tengok gambar, macam kenal?

Star Anise, apa nama dalam bahasa Malaysia?
Gambar dari kuali.com

5 comments:

udin said...

kalau selsema, balik nnt gigit bunga lawang...aa teknik ni aku dah patenkan...jangan ngengada tiru

faiz said...

kalau batuk kokol?

Azhan said...

nak ubat batuk kokol perlu tanya mr.dean

Anonymous said...

Second to pass the quiddity with two backs casinos? be supportive of this raw [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] president and horseplay online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also hold-up our perceptive [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] orientate at http://freecasinogames2010.webs.com and away from non-partisan hearten !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] livelihood is www.ttittancasino.com , as opposed to of german gamblers, fall ill chasing unrestrained online casino bonus.

Anonymous said...

Someone deleted a variety of links from load2all and mediafire ...

From now, we will use www.tinyurlalternative.com as our main [url=http://www.tinyurlalternative.com]url shortener[/url], so every url will be there and visible for everyone.

You can choose from many great [url=http://kfc.ms]short url[/url] address like:

kfc.ms easysharelink.info jumpme.info megauploadlink.info megavideolink.info mygamelink.info myrapidsharelink.info mytorrentlink.info myurlshortener.com mywarezlink.info urlredirect.info urlshrinker.info weblinkshortener.com youtubelink.info and many others.

They include above 60 different available domains and the [url=http://myurlshortener.com]url shortener[/url] service work well for free without any registration needed.

So we think it is good notion and suggest you to use [url=http://urlredirect.info]url redirect[/url] service too!

Thank you.