Aug 24, 2009

Oseltamivir

Puasa tahun ni memang mencabar. Sebab tahun ni seluruh dunia, termasuk Malaysia sedang dirundung pandemik H1N1. Macam mana agaknya nak pergi tempat-tempat yang lazimnya sesak macam pasar Ramadhan atau pegi shopping kompleks. Nak pakai topeng?

Aku perhatikan ramai yang selamba macam takde apa-apa yang berlaku sedangkan kes kematian kat Malaysia tak menunjukkan angka yang baik. Tengok statistik kematian pun aku naik ngeri nak pergi tempat-tempat sesak. Dan yang aku lagi ngeri bila tengok Kementerian Kesihatan punya counter measure. Tapi itu cerita dah basi. Banyak orang dah merungut.

Virus yang boleh hidup 8 jam di luar badan perumah memang menakutkan. Terutama kalau nak pergi kerja terpaksa naik lif, pastu yang ada dalam lif tuh jenis tak sekolah, bersin non-stop dah tu tak pakai topeng. Air liur bersepai merata-rata penuh dengan virus. Memang bengap tak sekolah arab punya orang.

Sekarang ni ngeri aku bertambah satu level lagi. Sejak Kementerian Kesihatan buat pengumuman pasal Tamiflu atau Oseltamivir, ramai yang ingat itu adalah vaksin atau penyembuh/ubat untuk H1N1 sedangkan Tamiflu adalah antiviral yang sekadar membantu meredakan demam selsema. Boleh baca info kat sini. Setakat yang aku tahu, belum ada lagi ubat atau vaksin untuk selsema. Tak kira la selsema babi ke, ayam ke, itik ke atau selsema yang datang bila jadi kutu embun. Jadi jangan diambil ringan dengan H1N1 ni saudara-saudari sekalian. Perlu tahu beza vaksin dan antiviral.

Jagalah benda yang asas macam kebersihan dan basuh tangan tak kira la pergi mana. Kalau ada selsema tu pergilah dapatkan rawatan dan pakai topeng untuk elakkan air liur bersepai merata-rata dan menyusahkan orang lain. Guna sabun antiseptic macam Protex atau Dettol untuk mandi.

Oseltamivir (macam nama player EPL) ni bermula dari R&D oleh syarikat Gilead Sciences Inc. semasa pandemik H5N1 (avian flu). Hak pengedaran 'ekslusif' diberi kepada syarikat Roche untuk production. Nak tau lagi? Gilead Sciences Inc. ini diterajui oleh Donald Rumsfeld, setiausaha pertahanan Amerika masa zaman George W Bush. Best tak? Rilek dulu, tunggu plot thickens.

Aku ada baca 4 tahun lepas, Bush menanam panik kepada rakyat Amerika yang avian flu pandemik bakal menyerang Amerika dan beratus-ratus ribu rakyat Amerika akan mati. Dan setelah semua orang panik, kerajaan Amerika order 2o billion dos Tamiflu yang bernilai kira-kira USD2 billion. Hahahaha! Baca di sini. Hensem sungguh konspirasi 'the company'. Sekarang baru aku dapat lengkapkan jigsaw puzzle ni.

Ngeri aku bertambah lagi 2 level, apabila aku baca mutasi gen virus A daripada Spanish Flu (1918) hingga Swine Flu (2009).

Untuk info yang berkaitan dengan H1N1 boleh lawati MOH punya infoweb di sini. Nanti aku sambung sikit berkaitan R&D dan hak intelektual.

2 comments:

apis said...

ahahaha, peristiwa paling ngeri bab h1n1 ni bila masuk lif dan tetibe ada seorang 'macha' bersin ke arah area button2 lift iu tanpa sempat aku menekan button tingkat mana yang hendak dituju....haram jadah! lepas tu buat donno....bukan nak tolong tekan kan....ohh patutkah aku bunuh pembawa kuman tersebut...

Azhan said...

HAHAHAHHA!

apa yang kau patut buat ialah hantukkan kepala mamat tuh utk tekan button lif...itu namanya 2 in 1.