Aug 26, 2009

Rafa Revolution?

Di bulan yang penuh berkat ini dan menguji ketabahan ini, aku menahan sabar dengan Rafa. Dah buat silap tunding kat orang lain. Dalam kebanyakkan alasan kali ini Rafa telah menunding jari ke arah pemain senior. Gerrard dan Carragher antara yang kena. Carragher seperti yang diketahui selain daripada kesetiaan pada pasukan, dah tamat masa 'prime'nya. Dan untuk menunding kesalahan Gerrard kerana tak perform adalah tak masuk akal, sedangkan dulu Rafa pernah berkata "we are not 1 man or 2 man team". Dan paling tidak memeranjatkan aku apabila Rafa masih nak backing Lucas sebagai first eleven. Kalau hantar hatta Wan Jamak pun boleh tahu Lucas main macam haram. Passing semua bersepah macam sampah kat pantai Lido.

Sejak ketiadaan Alonso semua fan dah jangka ' flair' di midfield jadi pertaruhan. Dan banyak komentar semi-pro yang aku dengar kenapa tak letak Gerrard je kat midfield. Rafa memang raja kontroversi. Daripada polisi pengiliran (rotation) sampailah keputusan untuk jual Alonso. Daripada 3 game yang aku dah tengok, tak sampai 70% pun bayangan performance daripada team musim lepas. Yang pasti pengganti Alonso yang masih cedera hingga Oktober, Aquilani bakal menggalas beban midfield di bahunya. Menggunung beban!

Sebenarnya Rafa mempunyai banyak pilihan untuk manjawab soalan-soalan post game, mengaku kesilapan taktikal salah satu daripadanya. Menunding jari kepada pemain senior mungkin juga boleh dijadikan "reverse psychology" untuk cabar pemain senior, tapi ahli-ahli sukan ini sangat sensitif. Lebih-lebih lagi apabila rasa tak dihargai. Tengoklah musim lepas masa pra-season Rafa buat keputusan untuk bid Barry dan offload Alonso. Dan musim lepas juga Alonso jadi pemain terbaik Liverpool. Dan bila peluang ke Madrid muncul, Alonso tak fikir 2 kali untuk blah dari Anfield.

Aku masih menuggu Rafa Revolution, dan dalam masa seminggu ni juga aku tenangkan diri. Rilek-rilek sudah sambil tunggu hujung minggu ni punya game dan tengok Rafa punya first eleven. Musim masih baru nak warm up. Kita tengok sampai match ke-10.

Nampak gaya dah hampir seminggu budak-budak team budak-budak shuffle meraikan 'kemenangan' di ofis. Aku, sebagai penyokong team yang agak suram pencapaiannya, setakat ni belum sampai tahap lagi nak switch ke Serie A atau Bundesliga. Dah tentu kat sana takde orang tengok di samping menyelamatkan diri daripada jadi bahan. Play safe. Dan...tentu sekali aku takkan memilih opsyen untuk menjadi Munchausen syndrome untuk mengelak dari mamat-mamat barney sekalian. Haha! Opsyen terbaik adalah true to the color.

Sekian dari Anfield.

YNWA.

Rafa: Apa yang aku salah buat eh?
Kenny: Samdol.

4 comments:

Hazrey said...

Aku tetap penyokong Piala Malaysia. Cuba kau tanya aku siapa pemain Johor. Dengan pantas aku akan jawab:

"PIALA MALAYSIA ADA LAGI EHH?".

p/s: Senah buat hal lagi. Seperti biasa. Acara tahunan, bulanan.

Azhan said...

bola malaysia? no hope.

acara tahunan kali ni melibatkan round robin atau pusingan kalah mati? hahahahaaha

udin said...

sokong je semua team yg lawan man u...

atau dengan kata lain, menyokong kekalahan man u

Azhan said...

udin the man u hater.
sokong semua team yg lawan man u?
perhaps perhaps perhaps