Aug 24, 2009

Usain Bolt vs Azhan Bolt

Tajuk entry masuk dalam kategori "kepala hotak kau berjambul, Azhan Bolt".

Hahahaha!

Dah tentu kalau aku lawan Usain Bolt dia sempat makan kuaci nak tunggu aku lintas garisan penamat. Kalau lawan Faiz, mau-mau pun kene makan murtabak siap dessert dengan tauhu bakar baru settle.

Dalam semak-semak kerja, aku sempat la dengar cerita Usain Bolt pecah rekod 100m dengan 200m selamba dalam satu tournament.

Mamat Bolt ni memang tinggi lampai, 1.96 meter height. Sekali langkah boleh jangkau paling keji pun 1.5 meter. Bayangkan lah kalau 100 meter dia lari 9.58 saat, (aku abaikan bantuan angin) dalam 10 meter dia boleh lari kurang dari 1 saat!

100 meter = 9.58 saat, speed 10.43 m/s (aku abaikan bantuan angin)
10 meter = 0.96 saat

Rekod 100 meter Malaysia ialah 10.33 saat oleh Watson Nyambek, di catat pada tahun 1998. Dulu rekod 100 meter Malaysia kalau tak silap aku dipegang oleh the flying doctor, Dr. M. Jegathesan, 10.38 saat pada tahun 1966. Berpuluh tahun nak tunggu pecah. Sampai sekarang 10.33 saat tu jadi rekod dan sampai bila nak tungu orang Malaysia "break the 10 second barrier" ibarat menunggu team bola Malaysia masuk World Cup.

Satu faktor paling ketara pasal orang Malaysia ialah fizikal. Di kalangan orang Malaysia, yang paling tegap/muscular selalunya orang dari pedalaman terutama Sarawak, tegap-tegap macam terlebih hormon kesan makan daging biawak dan angkut kayu balak masa kecik-kecik. Hahaha! Tapi macam orang tua-tua cakap, selalu angkat barang berat masa kecik nanti tinggi macam Frodo. Dulu masa zaman aku MSSM, budak-budak dari Sarawak ni umur jek 12 tahun, tapi susuk badan lebih tough dari guard-guard UTM. Itu belum kira dia punya bulu kaki, bulu dada, misai, janggut tuh semua.

Watson Nyambek ketinggian cuma 170 cm, berat 73 kg. Kalau dibandingkan dengan Usain Bolt, ketinggian 196.0 cm dan berat badan 86 kg. HAHAHA! Midget. Selepas era Watson dan Azmi Ibrahim, muncul pula budak Terengganu, Nasmizan Mohamad dengan susuk sprinter, tinggi 181 cm, berat 78 kg. Tapi nak samakan rekod Watson pun gigil. Setakat best time 10.38 saat.

Nanti jap, Maurice Green "The Green Machine", record holder pada tahun 1999 dengan masa 9.79 saat mempunyai ketinggian cuma 1.75 meter, dengan berat badan 82 kg. Itu baru la dikatakan WILL POWER beb. Satu lagi kelemahan atlit-atlit Malaysia, takde fighting spirit.

Kalau Usain Bolt tu rakyat Malaysia, dan tentu sekarang dia dikenali sebagai:
Datuk Usain Bolt.
Bergambar tepi kolam dengan artis.
Digosipkan dengan artis-artis perempuan yang muka macam orang putih.
Tersebar gambar dia clubbing dengan artis yang pernah melakonkan watak bertudung.

Hahahaha.

p/s: Kali terakhir aku catat 100 meter masa aku umur 15 tahun, form 3. Kalau tak silap 11.78 saat kot. Masa form 4 aku retired. Apa-apa pun 2 rekod kat EC aku masih ada nama aku.

7 comments:

faiz said...

oh... ko jgn lupa rekod 100 meter aku... masih jugak rekod EC

Azhan said...

aku tak lupa.

100 meter - 1 minit

mmg rekod.

udin said...

rekod mok...mmg rekod...ada satu lg...rekod masa hilang waktu periksa KH...memandangkan kelas kita yg jauh dari toilet dgn kesusahan mengawal bukaan...bayangkan la betapa lajunye pais masa tu

Azhan said...

rekod masa tuh disqualified sebab ada bantuan ANGIN.

hahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ada lagi kat EC?

nanti aku gi check bro~

Azhan said...

ooo...sudah jadi cikgu besar EC ke?

AZIZAN & HAFIZAH said...

jom lawati www.jombinabadan.com