Lama gila tak update. Baik delete je blog. Ha ha. Macam mana dengan 2010 korang? 2010 kick off with a bang?
Masuk je tahun 2010 macam-macam hal yang timbul. Lebih baik jangan fokus kepada negatif energi sekelian dan jangan pulak nak panjangkan hal. Juga elakkan bakar sana, bakar sini.
OK move on. Awal tahun ni aku cuba settelkan KPI company. Ada lagi balance 2 bulan sebelum dead line atau kompeni tutup fiscal year. Kompeni aku akan mula tahun baru (fiscal year) pada bulan April dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya. Sebaik sahaja fiscal year ni tamat, top management akan review KPI achievement setiap department. Dah ujung-ujung tanduk camni, bos pulak push suruh all out, tu yang aku bizi 'sikit'.
Fiscal year ni merujuk kepada financial year/budget year/accounting year. Macam kompeni aku fiscal year (contohnya) bermula April 2009 dan ending pada Mac 2010 (mungkin ikut fiscal year gov Japan). Mana-mana negara (kerajaan) kat dunia ni pun ada fiscal year masing-masing. Berdasarkan fiscal year inilah kiraan cukai diambil kira. Kalau Malaysia, fiscal year mengikut calendar year, iaitu Januari hingga Disember. Kalau Amerika pulak, bermula dari bulan Oktober. Pakistan pulak mula bulan Julai. Cukai ni merujuk kepada personal tax atau business tax. Tapi ada jugak negara yang personal tax tak ikut kerajaan punya fiscal year. Kalau nak tau lebih kena google la. Aku malas nak cari info.
KPI untuk fiscal year tahun lepas (FY2009) yang akan berakhir Mac ni mainly berpusing sekitar projek TPM aku. Sebagai 'driver' untuk projek ni, aku direct involved dengan production engineering dan staf-staf maintenance. Projek TPM ni menjadi 'gagasan' besar jugak. Objektifnya untuk mengelakkan staf-staf maintenance bekerja macam ahli bomba dan menjadi ahli nujum dan ahli silap mata. Setakat ni budak-budak maintenance ni aku tengok belum capai tahap Copperfield mahupun Blaine, boleh la setakat magik Ayah Pin.
TPM ni satu topik yang best jugak kepada yang berminat Lean manufacturing atau Toyota Production System. Nanti lah kalau aku ada time aku share kat sini.
2 comments:
Nak delete blog?
Jangan lah bro.
Nanti mana ada orang nak bersikap sarkastik lagi~
hahaha.
Oh, kalau ko nak buat magik, buat cepat.
mana tau boleh panggil ko sempena sukan sekolah. hahaha.
magik mat sentul bole la...
gasing terrrbang, sambil makan Tora
Post a Comment