Feb 14, 2010

Romeo Must Die

What's worse than internet romeo? The answer is ponzi scammer.

Aku pernah baca kes internet romeo yang memperdayakan gadis-gadis gebu untuk dapatkan wang, handphone, etc. Targetnya mudah, gadis-gadis gebu ni biasanya lonely dan atas sifat vulnerable itulah si romeo internet ini beroperasi. Mulut manis dan tambah pulak si romeo ada unsur muka jambu dan badan ketul-ketul macam fags yang berlakon tari tirana tu.

Ponzi scammer/MLM scammer atau MLM romeo ni pun beroperasi dengan modus operandi yang lebih kurang jugak. Cari mangsa yang ada duit dan jenis yang terdesak nak hidup senang. Mulut manis, dan bertopengkan pulangan lumayan dalam jangka masa pendek. Daripada dua-dua kes di atas kesimpulannya "if anything is too good to be true, then it is not true at all."

Scammer ponzi, skim cepat kaya, MLM ini sekarang beroperasi di pelbagai bidang, diversify beb...cafe, emas, cacing, lintah, kambing, dan macam-macam lagi. Jangan sampai satu hari nanti ada skim bela Hobbit dengan pulangan 20% sebulan pun orang percaya jugak, memang doom la nasib orang melayu. Biasanya jumlah yang kena tipu bukan sikit-sikit beb. Boleh beli satu fasa rumah aku, termasuk show house dan pak guardnya sekali.

Dulu aku ada entri cerita pasal scammer ni. Aku selalu detect yang manjadi mangsa ni selalu jadi defensif sikit apabila aku diberi nasihat. Aku masih ingat 2-3 tahun lepas, masa tengah hot Swiss cash dan skim advertising email (yang actually spam mail). Biasanya si bodoh sekelian ini akan cakap "Apa la kau, inilah masa untuk orang melayu maju. Apa yang kau susah sangat, bukan duit kau pun." Namun kebodohan mereka makin terserlah apabila dah kena tipu, "dah nasib, takde rezeki. Jangan ketawakan orang, nanti time kau pulak."

Apalah punya bangang, the time you hand over your money to scammer, rezeki kau dah memang takde. Itu rezeki scammer namanya. Tidakkah mereka ini semua sedar
"nothing parted faster than a fool and his money." Dan lagi yang aku pelik campur hairan, orang yang sama jugak masuk Swiss Cash, EA, masuk email, join Island red cafe, join Buluh Emas. Why oh why?

Sekarang ni maklumat di mana-mana je ada. Segala free info pasal scammer dari credential people macam Azizi Ali dan Ustaz Zaharuddin pun senang nak dapat. Tapi apakan daya, dulu masa kedua-dua orang ini beri pendapat pasal skim-skim tertentu mereka pun teruk kena hentam. Ada seorang mamat marah ni siap hantar open email kat Azizi Ali. Aku bagi sikit content email tu yang aku ambil dari thread BJ.

"Saya nasihatkan saudara cuba dulu melabur sedikit contoh USD100 atau jika tidak berminat silalah layari website grup kami untuk mendapat maklumat lanjut. Untuk makluman saudara, saya baru saja melabur sebulan tetapi income dah lebih 40%. Jangan hilangkan rasa hormat orang lain terhadap saudara hanya kerana pandangan saudara sesekali dangkal. TQ"
Excerps from what Azizi Ali replied,

"As for the 'respect' bit, Tuan Mohd Fa****in, I have never done anything in my life just to make people love and respect me. I do what I love to do, give it all I've got, do the best that I can and tell things as it is. After that, whether people judge that I'm good or small or half good or half small is up to them. If they like what I do, then I'm happy. If they don't, then that's fine too. This is a free country. At the end of the day, it is your money. You do what you want with it. Just don't drag others into it."
I share the same opinion with Azizi Ali. Macam mana nak tolong kalau orang-orang macam ni tak mahu di tolong? Dah kena scam sibuk-sibuk nak buat report polis dan keluar kat newspaper, and you can't blame me if I lols sambil guling-guling. Ish ish ish.

Satu lagi urban myth mereka ialah "setiap kali ada skim yang menguntungkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan serbu dan freeze akaun syarikat terbabit". Dan para scammer yang berada di puncak piramid mula hebahkan story ada di kalangan orang yang dengki dengan skim mereka lalu report ke BNM, dan yang berada di kaki piramid atau yang tak tahu pasal undang-undang mula percaya dan marah pulak kat BNM, kat kerajaan. What the hell?

First, jangan salahkan BNM. Sebab kalau betul-betul operasi skim tu betul, takde sebab BNM nak freeze sesuka hati. Lagilah kalau ramai yang complaint and report. So, before nak join apa-apa skim check dulu dengan SSM dan BNM. Baru boleh tau fraud atau tak.

Second, Kalau BNM tak buat macam ni, aku pulak yang marah nanti. Sebab skim-skim macam ni boleh ranapkan sistem ekonomi negara kalau ia berleluasa. This already proven that in 1997 in Albania sehingga UN campur tangan, semuanya gara-gara kerajaan Albania benarkan skim cepat kaya. Insiden yang dikenali sebagai Lottery Uprising in Albania menyebabkan negara tersebut collapse dan rusuhan di sana-sini. Mahu jadi macam tu?

Akhir kata, stay away from romeo skim cepat kaya. Suck-ass jugak title entry ni. Macam jahanam je bunyi.

Kisah dan tauladan:
Albania's ponzi scheme in wiki
Berita scam 1
Berita scam 2
Berita scam 3

5 comments:

Guru said...

betul sangat-sangat tu.
rasa pelik ngan perangai orang2 yang nak cepat kaya ni..
kekadang malu jugak tengok yang asik kena tipu ialah orang2 kita

arab said...

eh ape benda tari tirana tu? cerita apekah itu? ko follow cte tu ka?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hahaha~

tak bleh blah~

ada tari tirana gak tu~

kamu tak mencarut2 kat FB kan?

hahaha~

btw, aku tak suka MLM~
tak berapa nak suka~
dengan org main paksa2~

Wak Zailan said...

aku mcm ada perasan quote 'fags from Tari Tirana', any explaination??

Azhan said...

kl citizen,
apa nak malu? glamer masuk news

Zara,
kami orang tade facebook

wak & arab,
it's a bait fags...see..lols.