Oct 13, 2009

The Ability To Communicate With All Level, Biar Betul Beb?

Korang jangan ketawa. Mesti ada antara korang yang letak kat dalam resume, "able to communicate with all level." Hek eleh, tak mengaku pulak. Silap-silap siap letak 'multitasking'. Haha. Sama macam aku.

Kalau dalam definisi yang aku faham, komunikasi kat tempat kerja bukanlah berkaitan pada komunikasi verbal sahaja. Ada presentation, email, phone call (pun verbal), video conference, etc.

Department aku beruntung sebab setiap orang kena present aktiviti atau projek masing-masing masa weekly meeting dengan big bos. Kat sinilah dia punya fun and thrill. Ada sesetengah orang yang ambil peluang ini untuk develop diri, yang lain bagi alasan leceh la, takde masa la. Macam-macam.

Balik pada cerita komunikasi tempat kerja. Selalunya masa aku buat presentation, yang hadir tu ada macam-macam level staf dan level pemikiran yang berbeza-beza. Rasanya tak payah nak eloborate pasal isi tengah, isi tepi, cara nak tarik audien dan cara nak pendekkan presentation sebab itu cerita kanak-kanak ribena tom-tom-bak.

Macam kes aku, setiap kali aku propose idea atau konsep, masalah aku ialah penerimaan terhadap idea tu berbeza-beza. Kebanyakkan respon macam celaka dan plainly are giving me hell. Dan terlintas kat otak aku, adakah mereka ini dilahirkan untuk menyusahkan orang lain? Yang si bos suka memerintah, yang lain pula narrow minded. Itu tak kena, ini tak kena. Buat aku panas hati je. Apa ke hell yang aku letak able to communicate with all level?

Seperti biasa la, wife aku juga memberi basic idea, "Probably you don't undertsand them. That's why you think they are giving you a hard time". Oh isteriku, bijak berkata-kata ala urban pula. Tapi memang betul.

Macam mana aku nak faham mereka ni? Takkan aku nak kena add sekor-sekor kat Facebook untuk faham diorang? Aku bukan ada Facebook pun. Ha ha ha. Ikuti bawah ni untuk lebih details.

Adam Khoo pernah tulis, komunikasi di tempat kerja, terdapat 2 kumpulan manusia, iaitu yang pertama, orang yang pentingkan details dan yang kedua tak ambil kisah pasal details. Juga bermaksud 'the way they chunk information' atau 'chunking'. Mismatch dua kumpulan ini yang selalu menyebabkan meeting jadi panas dan bahang macam WWE.

Highly ambitiuos or effective leaders are normally high chunk people. Bermaksud, mereka ini tak ambil kisah pasal details. Visi dan misi syarikat selalu jadi ayat mainan diorang. Cara mereka lihat sesuatu idea juga broad atau meluas. Diorang ini lihat sesuatu benda dari segala aspek, kemungkinan dan future. Kalau setakat projek atau idea cap ayam, memang kena kapak la jawabnya. Think big bebeh!

Kumpulan yang kedua biasanya yang specialist dalam bidang mereka atau low chunk people. Mereka ni pentingkan details tapi narrow berdasarkan skop speciality mereka sahaja sampaikan kadang-kadang rasanya nak tunjuk hebat lebih daripada contribute idea. Contoh kumpulan ini ialah technician, akauntan, QA, procurement, etc.

Low chunk people ini selalu ada mind-block dan susah untuk menjadi lebih visionary, kreatif dan fleksibel macam kumpulan pertama. Hidup akan menjadi lebih neraka kalau ada yang di dalam kumpulan ini yang pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang yang SAMA. Hahahaha. Diorang ni macam katak bawah tempurung transparen (kadang-kadang siap tinted).

Contohnya, aku pernah join satu meeting projek yang mana ada seorang procurement engineer ni asyik cerita pasal masalah birokrasi siap dengan terms yang berbelit-belit. Sensei aku jawab selamba dengan pelat Jepun, "It's a man made law. Why not make it for flexible to make the project more successful." Malu betul aku sebagai rakyat Malaysia masa tu. Ironinya sebab orang Jepun yang selalu abide by the law menasihati orang Malaysia yang selalunya ABOVE the law. Kelakar!

Jadi untuk memastikan idea atau proposal lebih terkesan adalah penting untuk pastikan kedua-dua kumpulan ini mencapai kepuasan masing-masing. Untuk turun ke level low chunk memang mudah, tapi challenge ialah untuk menggapai high chunk people. Tapi jangan bimbang, skil ini boleh develop dan yang penting jangan narrow sangat kepada speciality yang kita ada.

Dan setelah beberapa bulan, hidup korang semua akan lebih tenang setelah memahami mereka-mereka ini. Lebih Zen dalam meeting.

Oct 11, 2009

TUBE TV - 10 years, LCD TV - 1 year

Baru-baru ini aku ada problem equipment design berkaitan voltage surge. Jadi aku terasa nak share cerita ni. Entri ini bayak term teknikal, untuk elakkan rasa bosan berhenti baca di sini. Yang curious, sila teruskan. Aku nak cerita pasal kualiti bekalan kuasa kat rumah kediaman.

Lebih setahun yang lepas, berlaku over voltages (lebihan voltan) sekitar kawasan rumah sewa aku. Rasanya lebih daripada 10 buah rumah terlibat. Banyak peralatan elektrik rosak. TV, radio, dvd, air-cond, water heater, dekoder Astro, etc. kecuali beberapa barang yang aku tak switch ON.

Over voltages atau lebihan voltan banyak puncanya. Salah satunya ialah akibat kecurian komponen (biasanya kabel) daripada sub-station TNB. Buat makluman semua, TNB takkan bayar pada kerosakan peralatan elektrik kalau over voltages berpunca daripada kecurian kat sub station. Itu polisi mereka. Masa kejadian setahun lepas tu, initial report yang TNB bagi ialah feeder pillar TNB kena pecah/kecurian. Entah betul ke tidak aku tak tau, sebab sampai sekarang aku dah malas nak follow up. Pampasan repair barang elektrik pun entah apa cerita. Cekik darah deal dengan TNB ni. OK, move on.

Bekalan voltan untuk rumah kediaman kat Malaysia normal rating ialah 220/240 volt. Over voltages bermaksud lebihan voltan berbanding rating normal.

Kenapa agaknya main switch atau MCB tak putuskan litar kalau over voltage?
Breaker atau MCB kat rumah kita berfungsi sebagai pemutus litar ketika lebihan arus bukan lebihan voltan. Arus dan voltan adalah dua benda yang berbeza. Cara perlindungan untuk arus dan voltan pun berbeza. Macam limau dan epal. Jadi kalau berlaku over voltage, jangan harap la breaker nak selamatkan rumah korang.

Sekarang ni kat Eropah, Jepun, Amerika konsumer amat concern pasal lebihan voltan ni sebab diorang sayangkan peralatan elektrik diorang yang canggih-manggih tu. Ditambah pulak dengan rekabentuk peralatan elektrik sekarang yang kompleks dan menggunakan komponen mikro dan sensitif kepada voltan macam transistor dan microprocessor. Jadi kat luar negara, hampir setiap rumah akan ada peranti atau device over voltage protector atau surge protector.

UPS ini ialah satu contoh surge protector.

Over voltages secara lampau boleh rosakkan barang elektrik secara on the spot. Tapi satu lagi masalah kualiti bekalan kuasa ialah transient voltage surge atau momentary over voltages atau voltan lampau jangka masa pendek (macam lahanat bila translate dalam BM).

Voltage surge ni macam kanser. Sikit-sikit tapi lama-lama akan memendekkan jangka hayat peralatan elektrik rumah. Selalunya konsumer akan suspek kualiti barang elektrik zaman sekarang macam lahanat...tak bertahan lama, tak macam barang elektrik zaman dulu. Tapi ramai tak tau kualiti bekalan kuasa juga mainkan peranan. Macam mana? Baca lagi...

Dulu kebanyakkan design peralatan elektrik guna semikonduktor tube. Saiz besar macam anak gajah, design kompleks dan functional wise amat limited. Tapi kalau setakat problem voltage surge, takde masalah. Kemudian semikonduktor saiz gajah ni digantikan oleh transistor. Saiz kecil, murah dan menyumbang kepada terciptanya intergrated circuit. TAPI kelemahan transistor ialah sensitif terhadap perubahan mendadak voltan atau voltage surge. Kat sinilah salah satu punca jangka hayat barang elektrik zaman sekarang yang makin pendek. Sama juga kes dengan microprocessor, epitome bagi segala miniature design technology. Sensitif kepada voltage surge. Sekarang ini, coffee maker pun ada microprocessor.

Sikit je spike, say goodbye to your LCD tv in maybe a year?

Jadi dengan perkembangan teknologi, dengan adanya transistor, intergrated circuit dan microprocessor, dan semakin kompak saiz perlatan elektrik, makin nipis, makin ringan, makin mudah terkesan dengan voltage surge. Faham semua?

Apa puncanya voltage surge?
Sistem wiring rumah yang lemah. Yang ni seafdalnya kena cari kontraktor atau pemaju. Mematikan suis utama secara tiba-tiba (ada sebab kenapa setiap peralatan elektrik ada button ON/OFF) pun boleh jadi punca.

Satu lagi, kalau kawasan rumah dekat dengan kawasan perindustrian atau bengkel yang ada arc welding juga terdedah kepada voltage surge. Industrial motor dan arc welding boleh menyebabkan voltan turun naik mendadak disebabkan induction. Jadi cubalah elakkan beli rumah kat tempat-tempat macam ini. Rumah yang paling hampir dengan sub station juga lebih cenderung untuk alami voltage surge ini.

Jadi inilah penyelesaiannya.

An example of a voltage surge protector. Keluar la modal sikit untuk protect LCD tv tu.

Oct 9, 2009

Celcom: Recovery From Downtime part 2

Celcom dan Streamyx bersaing rapat. Yang belakang nun
di sana plak TNB.


Apesal bila aku tulis benda-benda macam ni aku teruja? Sebab aku memang suka komplen. Ha ha ha.

Celcom patutnya rasa bersyukur ada customer yang memberikan feedback yang aktif macam aku. Walaupun 98.13% panggilan aku ke customer service dijawab oleh pekerja-pekerja Celcom yang mempunyai respons yang slow macam Wes Brown, tapi aku tetap setia dengan Celcom.

Daripada respons customer, kita dapat improve kita punya servis atau produk. Kalau servis atau produk yang dikeluarkan macam lahanat, dan customer lari ke tempat lain tanpa apa-apa feedback, macam mana kita nak improve? Lain la kalau terlibat dengan bisnes confirm untung macam tol atau TNB.

Hari ini ialah hari bertuah Celcom. Handphone aku kena barred sebab exceed credit limit. Di musim raya ni, mestilah banyak guna handphone...sms, call. SMS selamat hari raya je berlambak-lambak nak kena hantar. Tapi mengikut perkiraan aku, sampai je billing date takkan sampai credit limit sebab aku guna auto debit kad kredit aku.

Oh, nampaknya sekali lagi aku perkecilkan kemampuan Celcom.

Dulu masa aku guna khidmat tele-order pun diorang boleh salah payment, sekarang guna auto payment pun ada masalah. Ha ha ha ha.

Aku call Celcom customer service pada pukul 7.15 am (aku agak-agak), menurut mamat customer service yang bertuah tu, perkhidmatan auto debit bil belum dikemaskinikan. Sedangkan hari ni dah 9 haribulan, billing date ialah 3 haribulan. Watdehel! Dan menurut dia lagi khidmat auto bil mengambil masa sehingga 14 hari untuk clear. Takkan aku nak kena tunggu 8 hari lagi! Biasanya trek rekod Celcom ni paling lembab pun aku tengok, bil kad kredit 8 haribulan baru bayar. Ni dah catat rekod baru.

Tapi aku puji mamat tu, dia cuba untuk waive kan call barred tu untuk 6 hari. So, janjinya kena tunggu 30 minit.

Aku pun sambil tak marah-marah putuskan talian, tunggu jela 30 minit. Bukan lama pun.

Lepas habis meeting 9.05 am, aku tengok phone aku masih kena barred. Aku call sekali lagi. Dail hotline 1111. Kalau 666 tuh number of the beast, 1111 lagi seram aku tengok.

Kali ni minah yang jawab, "Encik punya request tu tengah proses."
"Berapa lama ya? Tadi last saya call katanya 30 minit "aku jawab berhemah, jarang-jarang berlaku.
"Biasanya 30 minit hingga 24 jam." jawab minah tu selamba.

Aku pun tak tahan nak gelak dah.

Kat sini aku nak share. Once dah guna auto debit facility, walaupun kita dah bayar cash kat kaunter. Auto debit tetap akan potong. So kena bayar dua kali la. Nanti nak claim rebate kat Celcom, banyak plak dia punya mentekedarah.

Lagi satu, kenapa tak guna spare line je? Yang ni, nanti la aku sambung.

Oct 8, 2009

Pengalaman Bela Toyol

Ini bukan seleksi cerita seram. Aku pun tak tau kategori apa.

Kat dept/section aku ada seorang budak lulusan dari UTEM yang keje dengan aku. Dia tak report dengan aku. Tapi kerja dia, aku kena monitor. Apa la punya organisasi ni?

Walaupun aku tak berapa nak kawan dengan budak-budak man utd ni, tapi si Amir ni boleh dikatakan reliable la juga. Boleh la juga diperhambakan. Ha ha.

Baru-baru ni, Amir cakap aku bela toyol. Sampai 4 ekor pula tu. Aku gelak.

Toyol yang dimaksudkan bukanlah toyol yang curi duit tu. Ini jenis toyol urban. Kalau toyol yang curi duit tu setakat mintak hisap ibu jari kaki je sebagai balasan. Balasan yang toyol urban ni mintak lebih daripada sedut darah kat ibu jari. Toyol-toyol urban atau korporat ni betul-betul punya cekik darah.

Toyol-toyol urban ni biasanya jenis yang buat kerja sikit-sikit, tapi mintak balasan lebih-lebih. Nak mintak itu, nak mintak ini. Yang jenis buat baik, tapi baik ada makna tuuu. Ada juga toyol yang buat baik, last-last nak pinjam beratus-ratus ringgit. Buat-buat baik, last-last kena join dia punya downline. Ha ha ha macam jahanam. Celcom pun tak cekik darah macam ni.

Toyol generasi ke-5.2, Udin.

Nampaknya toyol-toyol sudah mula menunjukkan berantakkan terhadap aku. Dan terpaksa la aku tabur guli dan kacang hijau kat sekitar meja aku. Syuh syuh syuh.

Kalau dulu kat sekolah atau u, term 'toyol' ni maksudnya bawak notes kecik masa exam. Relevan lagi ke term ni sekarang?

Ni baru la define...size, just nice. Ya betul, ukuran kertas tu. Just nice. Ha ha

Oct 6, 2009

Satu untuk kau, dua untuk aku

Ini quote yang aku dapat hari ini.

Kau bagi aku satu ringgit, aku bagi kau satu ringgit.
Kita sama-sama ada satu ringgit.

Kau bagi aku satu ilmu, aku bagi kau satu ilmu (yang lain).
Kita sama-sama ada dua ilmu.

Betul ke tak?