Nov 25, 2009

Gelang Penunjuk Aras Emo

Emel ni salah satu bentuk komunikasi yang agak penting kat tempat kerja. Akan tetapi apa jua bentuk komunikasi pasti ada adab dan tatasusilanya. Walaupun tak apply bagi sesetengah orang yang macam tak reti atau faham etika hantar email. Guna CAPS LOCK. Guna simbol !!!!!!!!!

Ada jugak yang kerjanya asyik berdebat dalam emel atau email war. Biasanya melibatkan dua pihak yang hobinya berdebat dan mengadap PC atau laptop membalas emel. Satu hari boleh jangkau sampai 8 hingga 15 emel. Emel berbalas sela masa 15 minit menunjukkan part time job mereka sebagai keyoard warrior. Biasanya sebagai pembaca setia, aku akan mengharapkan satu pertandingan debat yang mana neither side I wanna see lose. Hahaha. Yang kelakar c.c. list panjang berjela-jela sampai semua orang dia nak hantar. Nasib baik makcik cleaner takde emel account. Tak cukup dengan itu, boleh sambung kat bilik meeting. Tapi itu cerita masa kat tempat kerja lama.

Ada juga kes yang aku ketawa sampai hari ini. Emel yang pertama dan kedua nampak macam biasa je. Sampai emel ketiga tiba-tiba satu pihak emo. Puncanya satu pihak lagi tersalah tafsir emel kedua dan baca ikut nada dan kefahaman ke'emo'an sendiri. Yela, emel bukan ada nada atau lengguk suara. Emel ni kan medium written communication yang unik, tak macam tulis buku atau majalah, jadi info selalu disalah ertikan atau terjadi misinterpretations. Part yang ni selalu terjadi. Orang-orang macam ni biasanya berfikiran (atau tak pernah fikir) yang emel ni sama macam bercakap.

What can be misunderstood in an email message will in fact be misunderstood.

90% orang percaya yang mereka faham nada yang cuba disampaikan dalam emel. Aku baca kat sini. Cerita emel ni sama lah juga dengan sms, chat, YM. Selalu disalah erti, sama ada serius atau sarcasm atau lawak. Mana satu?

Kadang-kadang aku ada juga dapat emel yang menurut kefahaman aku nak provoke aku, lalu membuatkan darah aku membuak-buak nak hentak kepala dia kat laptop murahan aku ni 18 kali, tapi... "Oh wait, maybe he/she didn't mean it that way..."

Beberapa hari yang lepas aku jumpa device ni. Emo bracelet+bowl atau Phillips Rationalizer daripada Phillips. Asalnya konsep device ini dibuat untuk mereka yang terlibat dalam sektor pelaburan atau online investment. Peranti atau device bertindak sebagai "mirror of emotion" untuk mengelakkan pelabur buat keputusan pelaburan yang tidak rasional.

Saranan aku, kepada yang selalunya mengikut perasaan semasa hantar emel, boleh beli satu dan cuba. Kalau boleh letak buzzer kat device ni untuk lebih alert dengan level ke'emo'an anda itu. Nak lagi ekstrem boleh modify sikit letak 110 volt power supply supaya boleh bagi kejutan elektrik setiap kali emo sampai ke level kritikal. Boleh emel aku untuk modify tambah power supply 110 volt tu. Ha ha.

Kompeni sekarang ni aku dah tak nampak email war lagi. Mungkin bukan culture kat sini. Lagipun setiap kali aku dapat emel, aku bengang sebab tak faham. Bahse ingris orang jepun macam lahanat dia punya nahu.


Phillips Rationalizer. Gambar dari sini.

Nov 13, 2009

Bakhil bin Kedekut Ilmu

Aku pernah share satu quote yang aku tak ingat jumpa kat mana...
Kau bagi aku satu ringgit, aku bagi kau satu ringgit. Maka kita sama-sama ada satu ringgit. Kau bagi aku satu ilmu, aku bagi kau satu ilmu (yang lain). Maka, sekarang kita sama-sama ada dua ilmu.
Tapi hari ini ada orang cakap dengan aku, kalau kita bagi dia satu ilmu dia takde bagi kita apa-apa. Apa yang kita dapat?

Apa agaknya persepsi korang terhadap orang yang tanya soalan camtu? Ya, kedekut ilmu.

Barangkali orang yang berkata-kata itu lupa, "what you give is what you get." Kalau memberi ilmu yang bermanfaat takkan habis ilmu kita, bahkan akan datang lagi beberapa ilmu yang bermanfaat dengan izin tuhan. Pehh, tiba-tiba pandai pula aku macam pakar motivasi. Ada banyak lagi ungkapan yang berkaitan dengan ilmu ni. Letih kalau nak menaip.

Satu lagi, ada satu perangai di kalangan orang kita yang suka sangat simpan ilmu. Macam ni kata-katanya.

(1)"Aku tak boleh ajar kau benda ni. Ni periuk nasi aku ni."
(2) "Ini skil keramat aku belajar dari nenek embah aku punya mak sedara punya jiran, takleh share."
(3) "Kalau aku ajar kau, nanti value aku hilang la. Aku nak management nampak kalau aku takde, kompeni tak jalan."
(4) " Ni aku ajar kau lebih-lebih nanti kau naik pangkat sedap-sedap. Aku macam ni jugak."

Itu kata-kata keramat daripada orang-orang kita. Biasanya ilmu yang diorang kedek sangat tu bukannya ada nilai intelek atau spesial sangat pun. Aku hairan, sepatutnya diorang pikir dan aku juga pikir (sampai nak masuk sepital aku pikir) sebab aku dinaikkan pangkat tu dinilai daripada value aku kepada kompeni. Value yang dinilai dari skil dan pengetahuan yang relevan dan sentiasa mahu improve atau perbaiki diri. Kalau setakat kedekut ilmu lapuk yang orang lain boleh belajar. Lambat-laun orang baru masuk belajar slow-slow kemudian lebih pandai dan itulah masanya diorang sedar yang diorang sudah tidak relevan atau tiada value kepada kompeni lagi.

Kalau la terjejas hidup dan pintu rezeki kita apabila share ilmu dengan orang lain, kenapa agaknya jutawan-jutawan kat dunia ni tulis buku, buat blog, ceramah share rahsia kejayaan diorang. Takde pun diorang jatuh miskin atau bankrap. Ramai juga jutawan siber yang share cerita dan tips secara free kat blog masing-masing.

Itu cerita orang kita. Macam mana pula dengan bangsa lain?

Mengajar tapi bersifat selektif atau biased. Ini pun dikira kedekut juga. Mahu mengajar tapi tertakluk kepada kaler kulit. Sifat estet dan bukit ni memang wujud. Masa aku mula-mula kerja dulu dengan sebuah kompeni MNC, kebanyakkan senior staf mata sepet kat situ biarkan kitorang (budak-budak melayu) buat silap dan struggle bagai nak gila tetapi di group lain pula sentiasa diorang support penuh dengan kasih sayang. Satu benda kat sini yang kita perlu respect ialah cara diorang bantu-membantu. Walaupun dengan cara yang agak lahanat.

Masa tu aku tak hiraukan sangat sebab aku berpendapat itulah 'job's learning curve'. Sedangkan itulah 'life's learning curve' yang sebenarnya. Mak aku pula dengan tone dan pitching yang sempurna berkata "Sabarkan aje, bukannya kita mati pun diorang buat camtu."

Nov 12, 2009

Survey di kalangan pekerja

Kecik-kecik dulu aku rasa semua orang tengok sesame street dan sempena ulang tahun Sesame Street ke-40, aku cuba cari common ground beberapa karakter sesame street dan karakter di opis based on pengalaman aku kerja di sesetengah company. Jangan serius sangat, just for laugh.

(1) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Oscar. Hobi bertegang leher. Semua benda dia nak berdebat. Scrammmm! (Farah dulu ada kawan baik kat IQC macam ni, ha ha ha).

(2) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Bert. Rakan sekerja yang fikirannya sentiasa -ve dan grumpy. "Ini tak boleh, itu tak boleh. Tak boleh pakai la ni. Macam mana nak amik data ni. Macam mana nak buat ni." Paranoid android.


(3) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Ernie. Semua kerja nak simple dan ambil mudah je. Idea pelik-pelik dan kadang-kadang cara dia kerja boleh buat orang lain mengamuk.

(4) Adakah bos anda sebegini? (Y/N)
Count von Count. Suka cekik darah. hahaha.


(5) Adakah anda atau rakan anda sebegini? (male only) (Y/N)
Big Bird atau yang mempunyai big birdie. Ha ha ha.

(6) Adakah anda atau rakan anda sebegini? (Y/N)
Cookie Monster. Suka-suka mentekadarah masa kerja sampai semut pun datang kat meja kita dan juga meja orang sebelah.


Nov 10, 2009

Apabila Dah Mengantuk

Hari ni aku cuti dan banyak masa free. Aku nak compile cerita apabila aku dilanda mengantuk dan tak cukup tidur. Time tengah mengantuk ni kalau sesapa buat lawak bangang kat tempat kerja boleh kena siku. Emo aku bertambah kalau mengantuk tengok bola, lepas tu result macam haram. Tapi macam mana kalau sendiri yang buat perkara bangang?

Ini salah satu ceritanya.

Tempat kerja aku ada 3 factory. Factory 1 dan factory 2 berada 30 minit daripada rumah aku dan kedua-duanya berada di kawasan industri A. Factory 3 terletak lebih kurang 15 minit je dan terletak kat kawasan industri B. Industrial area A dan B mempunyai route yang berlainan. Main office aku kat Factory 2, tapi ada masanya aku kena pergi factory 1 atau 3 untuk meeting dan apa-apa aktiviti lain.

Ada satu hari tu aku plan nak pergi factory 3 sebab ada meeting pukul 8 pagi. Apesal orang-orang kat sini suka sangat meeting pagi-pagi. Anyway, hati senang sikit kalau pergi factory 3 sebab jalan ke sana tak jem. Lagipun malam tadi stay up champion league punya pasal. Result pula macam jahanam.

Hari tu aku pun bangun macam biasa, siap-siap lepas tu layankan MHI. Aku jeling-jeling jam, "Oh awal lagi. Mata pun mengantuk ni. Relak-relak dulu." Sikap bertangguh yang aku warisi sebagai graduan IPTA memang terserlah.

Tepat 20 minit lagi nak pukul 8 pagi aku pun gerak ke ofis. Kerja mesti precise. Tapi tak sedar tahap mengantuk aku menyebabkan kebebalan aku bertambah 18% daripada biasa. Precise kepala hotak aku.

Masa on the way tu, dalam keadaan separa mengantuk cuba layan lagu-lagu kat radio. Dah separuh jalan baru aku perasan aku dah masuk highway Pasir Gudang. Ini dah ambil route pergi ke factory 2. Bagi menambah rencah derita aku jalan pula jem ada eksiden. Macam biasalah, eksiden kat lane kiri, lane kanan sibuk nak tengok. Nak cilok sana-sini pun payah.

Memang best. Akibatnya perjalanan aku ditambah dengan re-route sampai ke factory 3 pukul 8.30 pagi. Semua dah start meeting. Masa tu aku janji dengan diri sendiri jangan cerita pasal bola selama 2 minggu.

Nov 6, 2009

Proton Patut Diajar Sejarah Bukan Teknologi

Adakah kesilapan Tun Mahathir melindungi Proton? Perlindungan terhadap produk automotif tempatan sebenarnya dah lama ada kat negara Jepun. Itu adalah salah satu polisi untuk majukan industri automotif tempatan kat sana. Rasanya kalau tiada perlindungan daripada kerajaan, industri automotif tak wujud kat Malaysia ni. Aku bukan nak kipas TDM, tapi ini fakta.

Sepatutnya yang menjadi isu ialah kenapa pihak pengurusan Proton yang sekian lama mendapat keuntungan daripada 'payung' ini tak ambil kesempatan ini untuk bangunkan Proton menjadi lebih mirip macam Toyota, Honda mahupun Nissan. Pada aku yang tak patriotik ialah orang kat Proton, bukannya orang yang tak beli kereta Proton. Mereka sepatutnya pikul segala tanggungjawab untuk jadikan Proton kebanggaan orang Malaysia bukan bahan cemuhan kat seluruh dunia.

Perbezaan ketara proton dan lain-lain jenama ialah kualiti. Kalau nak senaraikan kecacatan kualiti yang berkait dengan proton ni panjang lebar dan kelakar pun ada. Pada pendapat aku, kesilapan pihak pengurusan kat proton ialah diorang tak belajar daripada sejarah. Aku kongsi sikit pasal sejarah industri kereta melalui pengetahuan aku yang sekangkang kera ni.

Sakichi Toyoda (pengasas Toyota) dan anaknya Kiichiro Toyoda dan Taiichi Ohno (jurutera Toyota) melawat ke kilang pembuatan Ford, untuk melihat sendiri industri yang membuatkan Ford jadi kaya raya. Di sana, pasukan Ohno tak puas hati dengan keadaan yang ada di Ford. Banyak masalah di production floor, overstock dan rework di hujung proses. Dah menjadi budaya kerja orang Jepun, cuba buat benda yang sama tetapi lebih baik.

Di kilang Ford, mereka lebih tahu "what not to do" berbanding "what to do". Yang menjadi inspirasi kepada pasukan Ohno ini ialah semasa mereka berada di pasaraya bernama Piggly Wiggly. Keadaan yang bergitu sistematik dan teratur di pasaraya tersebut menjadi inspirasi kepada Sakichi Toyoda, Kiichiro Toyoda dan Taiichi Ohno untuk merintis sistem yang diberi nama Toyota Production System (TPS) dan seterusnya Lean System. Ya kawan-kawan, sampai pergi supermarket pun diorang berfikir pasal kerja.

Pada masa tu, pasukan Toyota pergi ke Ford bukan untuk mencari atau mencuri ilmu mahupun teknologi Ford. Mereka ke sana untuk menjadikan proses di Toyota menjadi lebih efisyen dan menghasilkan produk yang lebih value untuk customer. Tapi kenapa? Asas kepada sistem TPS ialah "the right process will produce the right result". Dengan adanya sistem ini, mereka cuba mewujudkan budaya kerja yang "not fixing the problem, but get quality right at the first place."

Orang Jepun bekerja memang berfalsafah kan? Daripada dua falsafah yang mudah itu, mereka cuba menghapuskan 3 elemen, Mura, Muda, Muri di assembly line. Dan falsafah back to basic ini menjadi taruhan kerana pasukan Ohno percaya setelah proses menjadi licin, barulah boleh menjadikan segala masalah atau "waste" lebih visible untuk dihapuskan dan seterusnya membangunkan teknologi-teknologi yang lebih reliable dan sustainable. "Waste" yang dimaksudkan itulah masalah-masalah kualiti yang selalunya terlepas ke tangan pembeli-pembeli malang. Secara logiknya kalau tak dapat dikesan, macam mana nak improve? Sebab itu penting untuk menjadikan "waste" visible, sebab itu juga mereka bekerja keras menjadikan proses lebih licin.

Aliran proses yang licin dan penghapusan mura, muda dan muri juga antara punca kejayaan Toyota menghasilkan kenderaan yang lebih kos efisyen. Orang-orang Jepun punya konsep pemikiran, kalau kos hasilkan barang Rm10, mereka akan cuba hasilkan Rm5, kerana mereka percaya ada beberapa peratus kos datang daripada COPQ iaitu Cost of Poor Quality. Sebab itu barang-barang buatan Jepun murah walaupun advance dari segi kualiti dan teknologi.

Satu lagi cerita sejarah. Ada suatu ketika Ford menghasilkan satu model yang menggunakan transmisi (gear) buatan Amerika dan juga Jepun. Tetapi berdasarkan feedback pembeli, ramai yang berkata tansmisi buatan Jepun lebih baik malah pembeli-pembeli baru sanggup menunggu kereta yang ada transmisi dari Jepun. Kes ini antara yang paling menarik berlaku di dalam industri automotif. Jurutera di Ford pening sebab kalau dibandingkan ukuran (dimension), dua-dua penuhi spesifikasi.

Jadi jurutera Ford menjalankan ' autopsi' ke atas transmisi buatan Jepun. Hasilnya mereka mendapati segala ukuran (dimension) dalam gear buatan Jepun lebih kecil range tolerance. Contohnya jika spesifikasi 10 inci +/- 3 inci, maka gear buatan Jepun dalam range 10 inci +/- 1.5 inci. Itulah puncanya transmisi Jepun lebih berkualiti. They make the same thing, only better and cheaper.

Aku boleh teruskan lagi pasal masalah vendor, sebab kebanyakkan parts dalam kereta Proton dihasilkan vendor-vendor. Tetapi itu semua akan balik semula kepada masalah 'visibility of waste'. Jika kualiti parts atau kelengkapan yang dihasilkan oleh vendor adalah lemah, bagaimana pula pengawalan kualiti di Proton dan bagaimana agaknya Proton membantu untuk sama-sama membangunkan vendor-vendor dan juga pekerja-pekerjanya.

Tiada industri yang boleh berjaya tanpa sama-sama bangunkan vendor dan pekerjanya, seperti yang tertulis dalam buku sejarah The Toyota Way. Membantu membangunkan kualiti vendor-vendor ini ibarat "you scratch my back, I'll scratch yours." Tapi tak tahulah kalau ada orang yang gunakan ayat itu di luar konteks.

Sesekali jenguk dan pandang ke belakang dan lihat macam mana path atau laluan yang Toyota, Ford, etc. lalui. Asyik nak tengok ke depan dan teknologi tapi assemble power window pun tak pandai-pandai sampai sekarang.

Sebelum korang nak assume apa-apa, aku juga pengguna kereta Proton. Hasilnya, kemahiran hands-on aku meningkat sebab hampir semua problem aku troubleshoot dan repair sendiri. Ini dikira first hand experience. Yela, kalau sibuk-sibuk nak jadi R&D engineer tapi pegang spanar pun tak tahu, buat malu je. Jadi kepada fresh grad engineering, belilah Proton untuk karier yang lebih gemilang. Ha ha.
Autobot Savvyo. Korang tak nampak dia dalam movie transformer sebab dia gagal sampai ke planet bumi, breakdown halfway perjalanan dari Cybertron. Sedih.

Nov 5, 2009

Across The Sea with El Scorcho

Pinkerton is still my favorite album from Weezer despite being considered a flop and even labeled as one of the worst album in 1996 by Rolling Stones. Maybe there was a huge expectations after the success of Weezer's debut, The Blue Album and people expected music video ala Buddy Holly which they refused to do anymore.

Why I like the album:
  • Straight forward and provocatively funny lyric. Most of the lyric was written from personal stand while Rivers was studying at Harvard. Even though quite a few times he admit that the album was hideous and it is like spilling your guts in front of everyone.
  • GEEK - POWER POP - TEEN ANGST. It is dark and much more personal, teen angst with loud guitar...and I was 16 when the album was released. Make sense.
  • Raw sound. I really mean raw, when I heard the sound of strings squeaked, fingers sliding on the strings and even the sound of guitar's amp humming. I can only imagine the mics are all over the studio and hi-hat and cymbals battering and the sound of amp tube. It is like jamming with the band in your bedroom.
  • Gibson guitars. Les-Paul, flying V, SG give true meaning of garage band rocka rolla.
  • The song "Butterfly". My favorite track from Pinkerton. The song gives significant end to the frenetic and noisy album.
The lyrics are damn funny, read some..

I'm dumb, she's a lesbian
I thought I had found the one
We were good as married in my mind
But married in my mind's no good
"Pink Triangle"

I asked you to go to the Green Day concert
You said you never heard of them
How cool is that?
So I went to your room and read your diary:
"Watching Grunge leg-drop New-Jack through a press table..."
And then my heart stopped, listening to Cio-Cio san
"El Scorcho"

All of the drugs she does
Scare me real good
She's got a tattoo and two pet snakes
Nobody knows me like her
Nobody knows her like me
"No other one"

At 10 I shaved my head and tried to be a monk
I thought the older women would like me if i did
You see mom, I'm a good little boy
"Across the sea"

When I look in the mirror, I can't believe what I see
Tell me, who's that funky dude, staring back at me?
"The good life"

I'm spread
So thin
I don't know who I am (who I am)
Monday night I'm making Jen
Tuesday night I'm making Lyn
Wednesday night I'm making Catherine
"Tired of sex"

On the contrary, this album in any other way influenced the emo/alternative/pop shitty bands that we have to suffer through today.

I came across to write this entry last week while I was doing 5S in my home office. I found 3 boxes containing cds and mp3s of bands/singers that I used to listen. Some of them still produce good music, some already dead and some have been abducted by alien and recently return to earth producing odd and weird new album like Silverchair. Ha ha.

Nov 4, 2009

Perjuangan Sang Office Martyr

Banyak orang, banyak ragam, lagi ramai, lagilah macam haram. Bila orang cakap "it's not rocket science". Maksudnya taklah sesusah mana. Tapi menguruskan manusia lagi kompleks daripada sains roket. Lagi susah daripada Navier-Stokes equations.

Tempat kerja aku sekarang agak unik (yela tu). Sekarang ni aku takde technician, takde assistant engineer. Semua sendiri-sendiri yang coordinate. Nasib baiklah ada bekalan authority sikit daripada sensei. Nak coordinate orang memang boleh sampai kena internal bleeding. Yela, nak handle projek mesti kena ada 3 elemen penting authority, responsibility, accountability. Kalau takde salah satu, memang dah sah-sah aku dah apply SPA awal-awal lagi. Hari-hari aku emel Omar Osman mintak naik gaji, buat kerja lebih kurang je.

Anyway, dalam menguruskan orang ni, ada macam-macam disease kita boleh jumpa. Ada yang kronik, ada yang boleh ubat.

Kali ni aku ada penemuan penyakit baru kat tempat kerja yang digelar 'office martyr' atau OM. Korang jangan nak pandai-pandai translate ke melayu pulak. Lain maksudnya nanti. Carilah buku-buku management, ada explanation lebih details dan buku-buku omputeh biasanya mengumpat pasal OM dengan lebih profesional dan teratur. Nak senang Google je la.

Golongan OM ni baru aku kenalpasti. Ada simtom seperti emo tak tentu pasal, buat kerja yang sama berulang kali dengan harapan hasil yang berlainan, buat kerja di bawah level sebenar dan sentiasa komplen banyak kerja. Paling menyedihkan golongan OM ni ingat perkara-perkara ni bukan satu masalah.

Kalau pun bukan masalah kepada diorang, tapi yang pastinya masalah kepada orang lain. Apabila ada team member yang under-performed, project coordinator takde choice melainkan membantu golongan OM ni atau projek akan ada hiccup.

Aku ada team member yang ada penyakit OM ni. Walaupun pengalaman kerja dia lagi banyak dan umurnya pun lagi tua, tapi aku tak kisah nak buli tolong dia. Cuma tak tau la telinga dia tahan ke tak.

Aku summarize benda-benda basic yang aku rasa boleh tolong minah OM kat tempat kerja aku, mana la tau nanti korang boleh guna.
  • Learn to say NO. Apesal diorang banyak kerja? Sebabnya kerja orang lain pun dia nak buat. Tak tau kat mana boundaries dan nak nego task dengan bos. Ya, memang bangang. Kalau buat kerja orang lain, lagi la double delight bangang.
  • Organize. Ni benda basic yang aku selalu highlight. Even though she holds a degree, the way she oragnized her work will make a kindergarden teacher looks like a project manager. Seriyes tak organized. Project report folder bersepah-sepah macam taik kerbau kat Rembau.
  • Prioritize. Go to hell dengan multitasking. Dengan limited brain cell yang ada, complete task based on priority.
  • Improvement is for everybody. Apabila sangkut dengan task berlambak-lambak (kebanyakkanya yang low level staff boleh buat), chances untuk improve and take bigger responsibilities are low. Learn to delegate.
  • Don't withdrawn professionally. Berkait dengan point #1. Kena inform if task received are overburden or maybe you deserve more credit. Kalau senyap macam tugu, macam mana orang nak tau. OM ni bukan kaki bodek nak buat kerja banyak-banyak atau people pleaser, tapi susah sangat nak cakap NO. Aku selalu cakap, "bos-bos ni bukan ada ilmu psikik atau ilmu ayah pin nak teka apa kau pikir atau apa kau rasa."
Aku percaya ramai yang masih ingat logging extra hours or extra job will get them more recognition. Dulu aku pun ingat macam tu. When in reality, it's the opposite. People lose respect when you don't set any limit or boundary. It's just a window of opportunity for manipulator.

Kat sini bukanlah nak suruh kita berkira tulang urat dan tenaga dengan orang lain. Tapi kena tau limitation kita. Terima bebanan kerja yang dah ditetapkan, buat sebaik mungkin dan along the way try to help others BUT don't take their responsibilities as our own.